Chapter 14

284 22 0
                                    

Fourth sedang menunggu kedatangan Gemini sambil menikmati kopi panas tanpa krim dan croissant di café.

Setengah jam kemudian, Fourth nampak Gemini berlari masuk ke dalam café dan menuju ke arahnya.

" Lamanya ? " tegur Fourth bila melihat Gemini datang dalam keadaan tercungap-cungap. Peluh Gemini kelihatan di dahi, mengalir perlahan.

Gemini membuka jaketnya dan menyangkutkan di kerusi duduknya. Gemini duduk di hadapan Fourth dan dia melepaskan helaan nafas, penat.

Fourth bangun dan membungkukkan badannya ke hadapan, mendekatkan wajahnya dengan wajah Gemini, " Kenapa peluh-peluh begini ? Kat luar mendung kan ? Kenapa sejuk-sejuk macam ni pun kau boleh keluarkan peluh ? Kau berlari ke sini ke tadi ? " tanya Fourth sambil menaikkan keningnya.

Fourth mencari tisu dan dia menghela nafasnya bila mengetahui tisu sudah habis dia gunakan untuk mengesat tangan dan mulutnya.

" Jogging ? " tanya Fourth sambil mengelap peluh Gemini dengan lengan baju yang sedang dia pakai. Itu sahaja yang ada pada dirinya untuk mengelap sesuatu.

Gemini terkejut dengan sikap Fourth yang mengelap peluhnya tetapi dia tidak menghentikan perbuatan Fourth itu. Dia memandang mata Fourth.

" Haah, lari. Takut lambat "

Fourth mencebik, " Cih ! Memang terlambat pun "

Gemini senyum, " Lambat setengah jam je. Bukan kau tunggu aku 3 atau 4 jam pun " perli Gemini. Sarkastik.

Fourth tersenyum sinis, " Do I look care ? " tanya Fourth sinis.

Gemini menarik hidung mancung Fourth dan menggoyang-goyangkan hidung Fourth membuatkan Fourth mengerang kesakitan.

" Gem ! " Fourth memukul lengan Gemini dan Gemini melepaskan hidung Fourth. Fourth mengusap hidungnya yang memerah, " Kalau hidung aku patah, kau yang kena bayar plastic surgery aku eh ! "

Gemini menongkat dagunya, " Kalau kau nak buat plastic surgery satu badan pun, aku boleh bayarkan " balas Gemini, menggoda Fourth. Dia mengangkat keningnya tinggi.

" Kau pernah dengar kisah Romeo dan Juliet ? " tanya Fourth tiba-tiba.

Gemini mengangguk kecil.

" Aku dengar kan Romeo seorang playboy dan suka berkata-kata manis. Aku dengar dari banyak orang ramai "

" Okay and then ? "

Fourth senyum sinis, " Romeo sialan ! "

" Since when my name is Romeo ? " sindir Gemini.

Fourth membentuk-bentukkan bibirnya, menyampah dengan Gemini yang menyindirnya. Fourth ingin menjatuhkan tangannya dari muka Gemini selepas mengelap peluh Gemini tetapi tiba-tiba Gemini memegang tangannya dengan erat membuatkan pergerakannya terbantut.

Gemini mengusap-usap tangan Fourth dan Gemini melepaskan tangan Fourth selepas menyentuh hujung jari-jemarinya Fourth. Dia masih sempat mengenggam erat tangan Fourth sebelum melepaskannya.

Fourth kehairanan. Jantungnya berdegup tidak menentu. Kenapa dengan Gemini ? Gemini sedikit berubah bila mereka tidak bertemu selama seminggu ini. Apa yang terjadi dekat Gemini ?

Masa itu telefon Gemini berdering tetapi call itu tidak dijawap sampai ia mati sendiri.

" Kenapa tak jawap ? " tanya Fourth, berdiri daripada duduk.

" Not important " jawap Gemini ringkas. Datar.

Fourth mengangguk sahaja, " Aku nak ambil minuman petang lagi ni. Kopi aku habis time aku tunggu kau. Kau nak order apa-apa tak ? Kau nak minum apa ? Makan ? " tanya Fourth bertubi-tubi.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now