Gemini baring di atas sofa sambil melihat televisyen yang menayangkan rancangan. Di tangannya ada rokok dan dia menghembuskan asap rokok itu di udara. Perutnya kelaparan tetapi dia tidak peduli tentang itu. Dia sudah 2 hari tidak makan. Dia hanya menghisap rokok sambil meminum kopi untuk mengalas perut nya. Dia terlalu malas mahu keluar.
Hari ke - 10
Bekalan kopi milik Gemini sudah habis membuatkan Gemini berdecit perlahan. Dia membuka almari yang tergantung di atas kepalanya. Matanya memandang ke arah botol-botol wine yang tersusun cantik di dalam almari kayu tersebut.
Gemini mengambil satu botol wine. Dia membuka penutup botol tersebut lalu wine itu diteguk dengan rakus sampaikan ada beberapa titisan air warna gelap itu jatuh di dagu Gemini.
Gemini terus berjalan menuju ke hadapan dan dia duduk di sofa. Dia melihat televisyen sambil meminum wine bersama rokok di tangannya.
Hari ke - 15
Gemini terasa perutnya sakit tetapi dia tidak peduli. Dia memandang ke arah botol-botol wine kosong itu yang bersepah di sana sini, memenuhi lantai ruang tamu nya. Gemini meletakkan botol wine yang dia pegang saat ini. Dia mengambil sekotak rokok dan dia menghisap satu rokok. Asap dihembuskan dengan lemah dan matanya yang memerah memandang ke arah televisyen yang menayangkan rancangan entah apa-apa, dia tidak tahu.
Hari ke - 21
Gemini meringis kesakitan sambil memegang perutnya yang terasa senak. Dia berdecit perlahan lalu dia bangun daripada duduk nya. Dia berjalan ke arah dapur dan dia mengambil sepapan panadol yang berada di atas meja makan. Dia membuka almari. Wine sudah habis. Hanya tersisa beberapa puluh botol whiskey.
Gemini memgambil whiskey tersebut lalu penutup botol whiskey dibuka. Dia melihat air warna kekuningan itu dengan pandangan yang kosong. Dia memakan 3 panadol lalu dia meminum whiskey itu untuk melancarkan panadol masuk ke dalam perutnya.
Selepas memakan panadol, dia membuka-buka almari di dapur nya dan dia menjumpai sebungkus mee segera. Dia terus mengambil mee itu dan dia memasak mee pedas tersebut.
Baru sahaja dia mahu memakan mee itu, tiba-tiba asid di dalam perutnya bergejolak panas. Dia terus berlari terhuyung-hayang ke arah tandas. Dia memuntahkan isi perutnya di dalam kloset. Perutnya terasa perit dan kerongkong nya terasa pahit. Dia terbatuk-batuk dan dia mengesat salivanya yang terjejeh-jejeh di dagunya. Dia berkumuh dan dia keluar daripada tandas.
Dia duduk kembali di atas sofa lalu dia menyalakan rokok. Rokok itu disedut kuat dan asap kelabu itu dihembuskan keluar melalui hidung dengan mulut nya. Dia memandang siling dengan pandangan kosong. Tangan kanannya memegang whiskey. Dia tidak mempedulikan bualan bodoh yang terpapar di layar televisyen.
Bagaimana keadaan Fourth ? Apakah Fourth bahagia dengan Mark Pakin ?
Pertanyaan itu berputar-putar di benak nya. Tiba-tiba satu pertanyaan terbesit di minda nya membuatkan dia sedikit tersentak.
Apakah Fourth melakukan seks dengan Mark Pakin ?
Hati Gemini seperti diramas kuat bila memikirkan perkara itu. Gemini mengenggam botol whiskey itu dengan kuat dan dia menjerit.
" Arghh ! Bangsat !! "
Prang !!
Botol whiskey itu dibaling kasar dekat dinding. Pecah berderai botol tersebut dan air kekuningan itu jatuh di atas lantai. Suasana sunyi sepi.
Gemini menghela nafas dengan kasar. Pernikahan nya dengan Love semakin dekat. Tinggal hanya beberapa minggu sahaja. Bagaimana ini ?
Gemini mencengkam rambut nya dengan perasaan marah di dalam jiwanya. Dia menyedut rokok dengan rakus dan asap itu dihembus kasar dengan kening yang berkerut tajam.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...