Chapter 58

204 12 0
                                    

Gemini, Phuwin dan kawan seumuran dengannya, melompat sambil bersorak gembira bila mereka sudah habis semester terakhir dan sekarang ini mereka perlu intern.

Phuwin berjalan ke arah Gemini yang duduk sendirian di atas kerusi batu. Dahinya berkerut bila melihat wajah Gemini yang muram.

" Hey, kau okay tak ni ? " tanya Phuwin sambil menepuk bahu Gemini. Dia duduk di sebelah Gemini.

Gemini tersenyum hambar.

" Kalau kau tak boleh senyum, tak perlu senyum. Nanti okay lah Fourth tu " kata Phuwin, perlahan.

Gemini menghela nafasnya. Dia menyentuh-nyentuh bucu kertas dengan wajah yang muram. Sejak kejadian Fourth tidur dengannya di hospital malam itu, sikap Fourth lain daripada yang lain. Fourth seperti mahu menjauhkan diri daripadanya. Apa salah dia ?

" Kau kena control perasaan amarah kau tu. Kau nak mengasari Fourth lagi ke ? " tanya Phuwin, menongkat dagunya.

" Aku tak nak mengasari Fourth tapi... tapi.. hahhh.... " Gemini mencengkam rambutnya, " Kau mesti faham aku kan ? " Gemini memandang Phuwin dengan sayu, berharap Phuwin memahaminya.

Phuwin mengangguk, " Iya, aku faham. Kau perlu memperbetulkan hubungan kau dengan Fourth. Kalau tak, aku takut kau terlambat dan kau akan menyesal. Kau nampak Fourth kuat di luar tapi dia rapuh di dalam. Aku takut kau akan kehilangan Fourth. Cuba lah berbaik dengannya " kata Phuwin sambil menepuk-nepuk bahu Gemini.

Gemini mengetap bibirnya. Dia mengesat wajahnya dengan kasar, " Tapi Fourth seperti menjauhi daripada aku sejak kebelakangan ini dan majlis perkahwinan antara aku dengan Love hampir mendekat ! "

Phuwin diam seketika. Dia mengemam bibirnya.

" Malam ni kau datang ? " tanya Gemini, memandang Phuwin.

Phuwin senyum dan menggeleng, " Tak. Aku nak rehatkan badan aku. Aku nak cukupkan tenaga aku supaya aku bersemangat pergi intern " jawap Phuwin ringkas.

Gemini angguk.

" Kau intern kat mana ? " tanya Gemini lepas dia mendiamkan diri agak lama.

" Hotel pho aku lah. Aku perlu belajar beberapa bahagian sebab nanti aku yang kena ambil perniagaan hotel pho aku " bagitahu Phuwin dan membaringkan kepalanya di atas meja batu dengan helaan nafas yang panjang.

" Kau ? Intern kat mana ? " tanya Phuwin pula bila Gemini tidak memberikan respon.

" Hmmmm... Hospital "

Phuwin berdecit, " Memang aku tahu kat hospital, takkan kau intern dekat pemakaman pula " dengus Phuwin dan dia bangun daripada duduk.

" Aku pergi dulu. Maybe nanti kita susah nak berjumpa sebab sibuk " kata Phuwin sambil menepuk bahu Gemini.

" Hm ! Aku harap kau tak lupakan aku lah " sengih Gemini dan memeluk Phuwin.

Phuwin mendengus geli dan dia kembali memeluk Gemini, " Baiklah. Jaga diri kau elok-elok. Jangan terlalu banyak berfikir sebab nanti kau sakit " pesan Phuwin dan merenggangkan pelukannya dengan Gemini.

" Kau pun sama " Gemini menyelitkan rambut panjang Phuwin ke belakang telinga.

" Aku pergi dulu " pamit Phuwin dan dia menepuk lengan Gemini.

" Okay ! " ucap Gemini dengan senyuman manis di bibirnya, sebagai hadiah perpisahan mereka. Entah bila, mungkin suatu hari nanti, dia dan Phuwin akan berjumpa jika mereka tidak sibuk dengan pekerjaan mereka.

Phuwin terus pergi dari situ selepas berbual dengan Gemini. Dia melambaikan tangannya dan meninggalkan Gemini sendirian di situ.

Gemini menghela nafas panjang. Dia mencengkam rambut panjangnya yang diikat ponytail itu. Penat memikirkan sikap Fourth.















Fourth menutup matanya. Menikmati angin dingin waktu pagi. Rambut hitamnya sedikit terbuai lembut. Di sebelahnya, ada satu surat yang sudah dibukanya dari semalam. Fikirannya sedikit kusut. Dia mahu menenangkan fikirannya yang berserabut sejak beberapa hari yang lepas.

Mae Pui melihat anak lelaki nya yang tengah duduk di beranda rumah. Mae Pui senyum dan berjalan ke arah Fourth.

" Boleh mae duduk sini ? "

Suara Mae Pui mengalihkan perhatian Fourth. Fourth membuka matanya dan senyuman terukir di bibir kering nya.

" Eh mae... Duduk lah " Fourth sedikit mengesotkan badannya ke tepi, memberikan ruang untuk Mae Pui duduk di sebelahnya.

Mae Pui duduk di sisi anak lelakinya. Dia memandang ke arah Fourth dengan pandangan lembut.

" Ada apa-apa masalah ke ? " tanya Mae Pui, memegang kedua tangan Fourth dengan erat lalu tangan anaknya itu diletakkan di pahanya.

Fourth memandang Mae Pui dan dia menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

" Jangan nak tipu mae. Mae sudah tahu semuanya daripada Front " ujar Mae Pui dengan lembut.

Fourth hanya menunduk sahaja.

" Apakah ini jalan terbaik untuk hubungan Gemini dan Fourth ? " tanya Mae Pui, meminta kepastian daripada Fourth.

Fourth diam sahaja.

" Fourth masih boleh memikirkannya lagi "

Fourth menggelengkan kepalanya.

Mae Pui menghela nafasnya, " Fourth cintakan Gem ? "

Fourth mengangguk.

" Mae tak nak Fourth mengangguk. Mae nak dengar dari mulut Fourth sendiri. Fourth cintakan Gem ? "

" Fourth cintakan Gem " ucap Fourth dengan pipi yang memerah.

Mae Pui mengusap pipi Fourth, " Kalau Fourth mencintai Gem, kenapa Fourth membuatkan keputusan macam ini ? Keputusan Fourth buat ini, bukan setakat menyakiti hati Gem tapi ia juga menyakiti hati Fourth. Apakah Fourth bersedia untuk itu ? " tanya Mae Pui lagi dengan serius.

Fourth memandang biji mata coklat milik ibunya, " Ini keputusan Fourth. Lagipun, ia impian Fourth. Tidak salah kan kalau Fourth menerimanya ? "

" Iya.. Tidak salah tapi Fourth bersedia ke menanggung kesakitan itu ? Ia bukan sakit biasa. Sakit itu bertahun-tahun lamanya, baru boleh sembuh. Apakah Fourth bersedia menerima sakit itu ? "

Fourth mengetap bibir bawahnya. Perasaan sendu memenuhi dadanya mendengar pertanyaan Mae Pui. Dia mengenggam tangan ibunya dengan erat.

" Iya... Fourth bersedia " jawap Fourth dengan yakin. Dia tidak akan menoleh kembali ke belakang. Ini adalah keputusan muktamad nya.

Mae Pui senyum, " Kalau itu keputusan Fourth, mae menerimanya " balas Mae Pui sambil mengusap-usap ubun-ubun rambut anaknya. Dia memandang Fourth dengan penuh kasih sayang. Dia tahu anaknya sakit dan terluka. Banyak menderita kerana cinta tetapi itulah cinta, walaupun ia indah tetapi tetap menpunyai duri.

Fourth terus memeluk Mae Pui dengan erat, " Terima kasih mae sebab sokong Fourth "

Mae Pui ketawa kecil, " Fourth kan anak mae. Mesti lah mae sokong Fourth sayang " ujar Mae Pui sambil mengelus lembut rambut belakang Fourth.

Fourth menghela nafasnya panjang. Setitik cahaya matahari menyapa wajah manis nya dan masa itu juga, setitis buliran jernih jatuh dari mata suram itu.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now