Chapter 12

271 22 0
                                    

Fourth baring di atas katil dengan helaan nafas yang panjang. Dia memandang siling biliknya.

Kenapa Gemini marah kepadanya ? Betullah kan kalau mereka hanya kawan sahaja. Mereka tidak lebih dari itu ataupun dia terlalu menekan jarak perkawanan mereka sejak Gemini cakap yang mereka hanya kawan sekelas sahaja di hadapan Love ?

Tapi, serius....

Ini sakit sekali kalau Gemini langsung tidak melayannya. Dia tidak sekolah hari ini semata-mata untuk berjumpa dengan Gemini, mahu bercakap dengan Gemini, mahu meminta maaf dekat Gemini kerana membuat Gemini marah tapi Gemini seperti larikan diri daripadanya. Setiap kali dia mahu memanggil Gemini, mesti ada sesiapa yang menghalang.

Fourth mengambil jam hitam milik Gemini yang berada di atas meja kecil sebelah katil. Dia melihat jam itu dan senyuman terukir di bibirnya tanpa dipinta bila dia teringat wajah Gemini.

Tiba-tiba mata Fourth memandang bunga warna kuning yang cantik terletak di atas buku nota nya. Bunga liar kuning yang masih segar, cantik, wangi dan yang paling penting, bunga itu banyak kenangannya dengan Gemini. Bunga yang mereka petik di belakang dewan semasa hari pernikahan Pond dan Phuwin.

Fourth mencapai bunga itu dan dia melihat bunga itu. Dia senyum dan mengenggam bunga kuning itu dengan perasaan yang bahagia tetapi dalam masa yang sama, dia rasa bersalah dengan Gemini.



" You jangan lah kacau I. I penat lah " kata Gemini bila Love tidak habis-habis mendesaknya supaya keluar makan malam bersama.

" I just ajak you dinner je. Takkan tak boleh ? " tanya Love dengan nada tidak puas hati.

" Boleh memang boleh tapi bukan sekarang lah. I pun baru balik dari universiti, I tak rehat langsung dari pagi hingga now. You ingat I apa ? Bodyguard you nak jaga you 24 jam ? You nak makan pun bagitahu I ? Please lah Love, I pun ada kehidupan I sendiri. Jangan ganggu I " selepas berkata sebegitu, Gemini mahu membuka tombol pintu kondominumnya tetapi Love halang dengan tubuhnya.

" I tahu you tak sukakan I tapi takkan you tak boleh bukakan hati untuk I ? You fiancée I, you kena sukakan I balik. Kalau you tak suka I, macam mana kalau kehidupan kita dah kahwin ? " tanya Love, mendongak memandang mata Gemini.

" Kalau kita kahwin lah... " balas Gemini selamba. Dia menolak tubuh kecil Love membuatkan Love terdorong ke tepi. Love perempuan, dia lelaki. Kekuatannya lebih berganda dari Love. Dia terus mengimbas kad dan pintu kondominumnya terbuka.

" Apa you cakap ? You tak nak kahwin dengan I ke ? " tanya Love dengan wajah yang terkejut.

Gemini memandang Love, " Selama ni, I tak cakap pun I nak kahwin dengan you. You je yang beria-ia cakap pasal kahwin dengan I. Sekarang ni, I lebih fokus kepada study lah Love. I tak ada masa nak fikir-fikir ni semua. Membuang masa I je. I terima you pun sebab my dad, bukan I ada perasaan dekat you. You yang tiba-tiba muncul dalam hidup I dan cakap yang you sukakan I. I tak kenal you pun. Tiba-tiba your dad  berbincang dengan my dad and  tiba-tiba, I dah ada fiancée. I pun baru tahu yang you satu universiti sama dengan I di Perancis. Di Perancis, you ganggu I dan di sini pun, Thailand ? You ganggu I juga. You nak apa actually ? I penat lah " Gemini menggaru rambutnya yang kusut. Wajahnya kelihatan penat. Sudahlah hari ini, dia langsung tidak dapat melihat wajah Fourth. Selama ini, hanya Fourth seorang sahaja yang dapat sempurnakam hidup dia hanya dengan senyuman sahaja tetapi hari ini, dia tidak dapat senyuman dari Fourth macam selalu. Kenapalah dia bodoh sangat melarikan diri dari Fourth ? Dia yang terseksa sendiri. Sialan !

Love terdiam mendengar kata-kata Gemini itu. Kata-kata yang menyakitkan hatinya. Kata-kata yang menimbulkan sejuta pilu di hatinya.

" You pulang sana Love. I penat. I nak rehat. Fikiran I tengah kusut ni. I masuk dulu. Jangan pergi mana-mana. Angin malam tak baik untuk you dan I minta maaf kalau I ada berkata kasar yang menyakitkan hati you. Sorry Love" Gemini menepuk lembut kepala Love dan masuk ke dalam kondominumnya.

Love melihat pintu kondominum milik Gemini dengan perasaam terluka. Kenapa Gemini membuatnya begini ?

Selepas berkata-kata kasar kepadanya, selepas menyakitkan hatinya, selepas memberikan luka di hatinya, Gemini akan meminta maaf dengan sentuhan manja untuknya. Dan ini lagi dan lagi membuatkan Love jatuh cinta dekat Gemini tetapi pada masa yang sama, dia dilukai juga.

Kenapa Gemini melakukan dia sebegini ?.

Gemini menghempaskan dirinya di atas sofa. Dia memicit-micit dahinya yang pening. Kenapa perlu jadi begini ?

Dia mahukan Fourth tapi dalam masa yang sama, ada seseorang yang mahukannya. Bagaimana ini ?

Jika dia memilih kebahagiaannya dan meninggalkan orang yang mencintainya, apakah itu dipanggil ego ? Tapi betul lah, lebih baik memilih sesuatu yang kita suka daripada tidak suka kan ?

Bagaimana ini ? Bagaimana ini ? Bagaimana ini ?

Jika dia memilih Love, ayah dia lah yang paling gembira sampai melompat ke angkasa kerana ayah nya Love adalah seorang yang kaya seperti dirinya.

Tetapi jika dia memilih Fourth, apakah Fourth akan bertahan ? Dia hanya takut sahaja ayah tidak menerima Fourth dan memperlakukan Fourth dengan teruk. Dia tidak mahu Fourth terluka kerananya.

Mae Ning ? Ibu nya ? Ibunya terlihat suka dengan Fourth. Jika ibunya berjumpa dengan Fourth, ibunya akan melayan Fourth seperti anak kandung, dia yang sebagai anak ni pun, seperti anak angkat, ditolak ke tepi tetapi dia menyukai bila ibunya seperti menyukai Fourth. Dia yakin, ibunya tidak akan membantah pilihannya.

Tapi bagaimana dengan perasaan Love ? Kalau Love terluka, dia akan berasa bersalah terhadap perempuan Perancis yang cantik itu. Tapi dia tidak pernah pun berikan harapan dekat Love. Dia terang-terangan jujur dekat Love yang dia tidak menyukai Love apatah lagi kalau mencintai. Mencintai Love adalah hal yang mustahil kerana dia sudah berikan hatinya kepada seseorang.

Apa reaksi Love jika dia memilih Fourth dan apa reaksi Fourth kalau dia memilih Love ?

Apa reaksi ibunya kalau dia mahu hidup dengan Love, bukanlah dengan Fourth dan apa reaksi ayahnya kalah dia mahu hidup dengan Fourth, bukanlah dengan Love ?

Cinta tidak semestinya bersama kan ?

Ahh ! Dia bencikan ayat itu !

Antara Love dan Fourth....

Siapa yang dia pilih ?

Gemini melihat gambar Fourth yang pernah Pond bagi untuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gemini melihat gambar Fourth yang pernah Pond bagi untuknya. Dia yang meminta gambar Fourth dekat Pond dan Pond memberi gambar Fourth tanpa bertanya apa-apa.

Gemini mengusap wajah Fourth yang berada di dalam gambar itu. Dia mencintai Fourth. Sangat-sangat mencintai Fourth tetapi bagaimana dia mahu meluahkannya ?

" Di sisimu ku terdiam seribu bahasa, di hatiku bergetar sejuta rasa, namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu, nafasku terhenti bila melihat dirinya, terasa pantas degupan jantungku namun aku hanya menyembunyikan perasaan ini sahaja, aku tidak seberani orang lain, aku seorang pengecut " Gemini bergumam sendirian sambil melihat wajah Fourth di skrin telefonnya.

Matanya berkaca-kaca. Dia tidak dapat bayangkan kalau Fourth tiada di hidupnya. Sehari dia tidak berjumpa dengan Fourth, dia akan kusut dan stres kerana tidak dapat berjumpa dengan Fourth.

Sejak Fourth muncul di dalam hidupnya, dia terlalu bergantung mood nya kepada Fourth. Jika Fourth ada di sisinya, dia akan gembira dan bahagia. Mood nya akan baik tetapi jika Fourth tiada, akan terjadi sebaliknya.

Gemini meletakkan telefon di dadanya dan dia menutup matanya dengan helaan nafas yang panjang. Seperti melepaskan beban di bahunya.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now