Fourth mengetatkan trench coat di tubuhnya. Hawa dingin sungguh mencucuk sampai ke tulang. Kulitnya yang putih menjadi memerah, lucu. Bibirnya ternganga kecil, mengeluarkan wap udara yang berkepul-kepul bila dia menghelakan nafas. Skarf di leher diperbetulkan untuk menutupi mulut dan hidungnya membuatkan pipinya sedikit ternaik ke atas.
Kaki yang tersarung boots coklat berjalan laju menuju ke satu kondominum mewah. Dia berjalan agak laju sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
Pukul 7 pagi.
Dia menpercepatkan langkah kakinya, mahu berjumpa dengan seseorang yang penting. Dia mahu membicarakan sesuatu dekat orang itu. Dia mahu meminta maaf. Perasaan bersalah menyelubungi jiwanya saat ini.
Lif terbuka dan dia masuk ke dalam lif. Menunggu lif bergerak naik dan Ting ! Lif terbuka dan dia tanpa membuang masa, terus melangkah keluar daripada lif tersebut.
Biji mata coklat yang indah meliar, memerhatikan nombor-nombor kondominum. Kakinya berhenti di hadapan pintu berwarna hitam yang mempunyai nombor 65 berwarna emas. Dia menghela nafas, cuba menenangkan dirinya. Jantungnya berdegup kencang, gugup.
Dia menarik nafas lalu dia menghembuskan kembali dengan tempoh perlahan. Tangan tergenggam, mulai naik di udara dan mengetuk pintu hitam tersebut.
Cuti semester nya sudah bermula. Sepatutnya hari ini dia berencana mahu pulang ke Thailand tetapi rancangannya itu ditangguh kan seketika. Ada sesuatu yang lebih penting perlu diselesaikan berbanding pulang ke Thailand itu.
Senyap..
Kening ternaik, pelik. Tangan mengetuk pintu lagi sekali. Mata coklat gelap menjeling loceng berwarna emas di sebelah pintu bahagian kanan. Jari telunjuk menekan loceng itu sebanyak 3 kali tetapi tiada sahutan dari dalam.
Apakah Gemini keluar pergi mana-mana ? Tapi bukankah Gemini susah mahu bangun awal pagi sebegini kecuali kalau ada kelas ataupun Gemini sudah bekerja ?
Fourth mencuba nasib terakhir. Dia menekan loceng dan mengetuk lagi sekali tetapi langsung tiada balasan membuatkan Fourth berasa sedih. Bibir merah nya melengkung ke bawah dengan wajah yang muram. Dia berpaling, mahu pergi dari situ.
Tiba-tiba...
Krekk..
Pintu terbuka dan Fourth berpaling sejenak untuk melihat. Dia terkaku. Mata coklat gelap miliknya bertaut dengan mata hitam milik Gemini. Matanya bergulir, memandang penampilan Gemini. Gemini memakai t-shirts putih dengan seluar pendek separas lutut sahaja. Rambut mullet Gemini sedikit berserabai membuatkan Fourth tahu, Gemini baru bangun daripada tidur. Mungkin terganggu kerana ketukan dan bunyi loceng yang tercipta daripadanya ?
Matanya kembali memandang Gemini yang tidak bergerak. Kenapa dengan Gemini ? Apakah Gemini tidak mahu memeluknya seperti biasa ? Perasaan sedih menyelubungi jiwanya saat ini.
Gemini terdiam melihat Fourth yang berada di hadapan pintunya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Ada perasaan tidak pasti menusuk-nusuk jiwanya saat ini. Dahinya berkerut, memandang Fourth yang diselubungi trench coat, skarf dan snow cap.
" Hai ? " sapa Fourth terlebih dahulu. Dia melambaikan tangannya separas dada dengan kepulan wap yang keluar daripada mulutnya bila dia berbicara.
Gemini hanya melihat Fourth atas bawah dan bawah atas dengan kening menukik tajam. Dia terus menutup pintu kembali, dia tidak mahu berjumpa dengan Fourth buat masa sekarang ini.
" Gem ! " panggil Fourth dan dia menghalang Gemini daripada menutup pintu. Tangannya menahan pintu manakala kakinya yang berbalut boots coklat menyelit diantara pintu supaya Gemini tidak dapat menutup pintu.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...