Fourth Pov
Aku menyandarkan tubuhnya di kabin yang empuk. Kedua tanganku terlipat di dada. Lagu La Valse de L' Amour beralun lembut di telinga membuatku tenang. Aku memandang ke luar tingkap kapal terbang, melihat awan-awan yang gelap. Sekelilingku gelap saat ini dengan orang ramai mulai memasuki alam mimpi. Aku rasa, hanya aku sahaja yang masih berada di alam realiti, menangisi keadaanku saat ini.
Rasa sedih dengan diriku. Aku tidak menyangka aku akan dapat luka yang sungguh teruk ini. Aku menghela nafas perlahan. Cuba menggamit kenanganku dengan bekas kekasihku yang mungkin saat ini sudah menjadi milik seseorang yang bukan lah aku orangnya.
Dahulu, aku fikir aku akan cintakan seorang perempuan dan hidup bersama perempuan yang cantik tetapi aku tidak menyangka yang aku akan mencintai seorang lelaki. Perasaanku jatuh ke karisma lelaki bermata hitam itu. Semasa permulaan aku mengenali dia, aku sudah mempunyai perasaan kepadanya tetapi aku tidak berani mengungkap kepadanya. Aku takut. Aku takut persahabatan itu akan menjadi canggung. Aku takut dia akan menjaga jarak denganku. Aku takut dia akan menjauhi aku. Paling kutakuti adalah dia menolakku dan tidak terima diriku. Itu sungguh sakit sekali.
Pada permulaannya, aku tidak tahu perasaan dia terhadap diriku bagaimana. Aku ingin tahu tapi aku takut jikalau aku mengetahuinya, aku akan terluka dan jatuh tenggelam lebih-lebih lagi bila dia mengatakan aku hanyalah kawan sekelas sahaja. Lelaki handsome dia layak berpasangan dengan perempuan cantik seperti Love, bukan lelaki sepertiku. Hari ini, aku lebih cintakan dia dari semalam. Hari ini, aku lebih rindukan dia dari semalam. Aku sangat rindukannya setiap masa. Cintaku dekatnya makin lama makin besar tanpa aku dapat menghakisnya kerana perasaan ini sudah tertanam sungguh lama sekali. Kalau perasaan ini boleh pergi begitu sahaja, aku sudah lama buang cinta ini dan lupakan dia tetapi perasaan ini datang secara tiba-tiba tanpa kita sedari. Perasaan ini pun tidak boleh paksa datang dan paksa pergi, nanti diri sendiri yang sakit.
Aku mencintai dia bukan hanya dia kacak tapi sifatnya dekatku. Sifat melindunginya kepadaku dan mengambil berat tentang diriku membuatkan aku mencintainya dengan ikhlas dan tulus. Walaupun perangainya lebih 'asshole' dan 'romeo' dekat diriku tetapi aku tetap mencintainya. Aku suka ketika dia sweet talking. Aku suka ketika dia tersenyum. Sungguh menenangkan diriku ketika aku berada di dalam masalah. Tetapi pada masa yang sama, aku benci dekatnya kerana berjaya menakluki hatiku sepenuhnya. Aku tidak pandang orang lain selain dia. Aku benci dia kerana menyakiti perasaanku dan melukakan hatiku tapi aku masih mencintainya. Aku tidak menyalahkan dia dalam hal ini kerana ini bukan salahnya. Aku tidak peduli aku jatuh dan terluka berkali-kali, aku tetap dengan perasaanku walaupun aku tengah berfikir, apakah dia tengah melakukan 'first night' dengan isterinya ?
Aku merasakan diriku sungguh bodoh kerana cintaku terhadapnya. Aku hanya boleh ketawa dan terus ketawa untuk menyembunyikan air mataku ini kerana kasihan sekali dekat diriku ini. Sungguh sedih sekali cinta yang aku dapat di dalam hidupku ini. Walaupun aku bertekad mahu menghilangkan perasaanku dekatnya tetapi aku tetap jatuh tersungkur dekat lelaki itu. Aku bertekuk lutut di hadapannya dengan hati yang masih berdarah. Sepatutnya, aku perlu meninggalkannya ketika dia melukaiku pada malam itu tetapi kenapa aku perlu kembali kepadanya dan terluka berkali-kali tanpa henti ?
Mahu tahu sebab kenapa ?
Sebab aku jatuh cinta dekatnya.
Aku jatuh cinta pada seorang lelaki. Dia mempunyai gaya yang menarik. Kehidupannya kaya tetapi itu bukanlah tarikanku. Sosoknya secerah matahari. Tutur katanya lembut dengan suaranya yang halus dan dia seorang yang sungguh baik sekali. Dia tidak tampan sangat tapi tidak bosan untuk dipandang. Dia manis ketika tersenyum. Senyumnya menawan-menawan membuat hatiku tertawan. Dia menggemaskan ketika ketawa. Dia terlihat sempurna dengan apa yang dia ada. Dia sosok lelaki yang telah berhasil menawanku dalam pesonanya itu. Dia sosok lelaki yang telah berhasil membuatku jatuh cinta berkali-kali terhadapnya tanpa henti.
Gemini Norawit adalah lelaki yang paling kacak di dunia bagiku walaupun ramai lagi yang lebih kacak dari dia. Untuk diriku, dia paling istimewa. Baik dari segi sikapnya, pertuturannya dan perhatiannya. Setiap kali, bila aku dekat dengannya, jantungku berdegup dengan sangat laju. Dia selalu muncul di dalam mimpiku. Setiap masa aku teringin menatap wajahnya dan aku sungguh gembira bila aku ada di sisinya. Aku tidak ingin masa berjalan dengan sangat laju bila dengannya. Aku rasa dunia ini seperti terhenti bila aku dengannya. Bila aku dengannya berpisah, walaupun sementara sahaja, aku sudah merindukannya. Bila aku berjalan dengannya, aku merasakan diriku terapung di graviti. Selama ini tiada sesiapa yang boleh getarkan jantungku kecuali si dia. Hidupku berubah seratus peratus bila dia datang di dalam hidupku. Hidupku yang tenang menjadi kacau bila dia muncul.
Aku resah kiranya tidak bertemu dengannya biarpun untuk sehari. Jiwaku rasa indah bila setiap kali bersamanya. Nadiku berdenyut merdu. Aku cintakannya dari segala-galanya.
Aku mengetahui pasangan kekasih seperti pasangan suami isteri, memerlukan tolak ansur, kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan. Mengenalnya bukan rancanganku, mencintainya bukan keinginanku, rasa ini datang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Aku juga tidak tahu mengapa ia wujud di dalam diriku. Cinta tidak kira masa dan cinta itu wujud walaupun baru berkenalan. Bagiku, cinta itu segi empat tempat, adil di tiap sisi. Cemburu itu segi tiga, tajam di setiap bucu dan rindu itu bulatan, tidak berpenghujung. Sentuhannya memberiku satu sentimen asing di dalam diriku buat kali pertama bila dia menyentuh wajahku.
Kenapa dia sungguh ganas di dalam hatiku ?
Aku pun seorang lelaki yang mempunyai ghairah.
Namun rinduku itu tetap sama. Bergelora tapi indah. Lemas, tapi bagaikan berada di awangan, menembus awan-awan. Rinduku ini sungguh tinggi ke langit biru. Munculnya dia dalam hidupku bagaikan pelangi. Penuh dengan warna-warni. Sama ada suka atau duka, benci atau sayang. Warna-warna itu mengindahkan kehidupanku, menyemarakkan perasaanku. Dia ialah cinta pertama dan terakhirku. Dialah yang membiatku faham arti cinta. Dialah yang mengubah pandangan dan fikiranku yang kadangkala negatif. Dia nakal tetapi pandai dan aktif.
Aku seperti tidak dapat menutup tingkap ingatanku yang sentiasa terbuka untuknya. Aku tidak dapat melepaskan wajahnya dari kotak fikiranku. Semuanya terjadi sejak hari pertama kali aku jatuh cinta dengannya.
Tetapi saat ini, semua luahan hatiku tidak berguna kerana dia sudah berkahwin dengan orang lain. Seseorang yang lebih layak mendampinginya berbanding diriku. Aku tidak dapat bayangkan ketika dia membagi kasih yang selama ini dia berikan kepadaku, dia berikan kepada orang lain. Dia memanjakan isterinya, dia ketawa untuk isterinya, dia tersenyum untuk isterinya, dia menangis untuk isterinya dan cemburu untuk isterinya. Dan dia melakukan persetubuhan dengan isterinya ketika waktu malam.
Aku tidak dapat membayangkannya !
Ini sungguh sakit sekali membayangkannya. Kasihnya bukan lagi untukku. Kasihnya terbagi. Cinta yang aku pertaruhkan tiada gunanya. Pergorbanan cintaku hanya sia-sia sahaja.
Hidupku yang warna-warni menjadi hitam legam. Hatiku yang berbunga sudah menjadi kering, penuh kedinginan. Jantungnya berdenyut sakit, nyeri. Aku tidak mahu merasakan ini lagi. Ini sungguh sakit sekali.
Perasaan yang aku dapat ini lebih tajam dari sembilu dan lebih pahit dari hempedu.
Adakah ini balasannya kerana dahulu aku mengambil hak milik seseorang yang bukanlah aku ?
Perlahan-perlahan, setitis air mata jatuh di pipiku. Tanganku mencengkam baju bahagian dada. Ini sakit. Kenapa sakit ini sungguh dalam sekali ?
Bila mahu sembuh ?
Ataupun ia tidak akan sembuh ?
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...