Fourth melihat-lihat kawasan sekolah nya yang berbeza. Ada tergantung lampu di sekeliling sekolah berwarna pink dan ada lampu mengelilingi setiap pokok berwarna putih. Beberapa set meja batu dihiasi oleh beberapa reben merah rumput-rumput halus terbuai, menari ditiup angin malam. Ada satu barisan bebatuan yang leper menuju ke pintu dewan.
Fourth yang memakai tuxedo putih dengan bow tie hitam, berjalan di atas bebatuan itu dan dia memasuki ke dalam dewan sekolah nya.
Dewan sekolah nya sungguh lain daripada yang lain. Bunga-bunga rose berwarna merah dan putih bercampur menghiasi suasana dewan menjadi segar dan romantis. Cahaya lampu berwarna oren-oren dengan dua meja bufet panjang di bahagian kiri dan kanan dewan. Di atas meja itu, pelbagai makanan dan minuman dihidang kan mengugat selera makan setiap manusia yang masuk. Ada beberapa meja dan kerusi yang berbalut kain putih. Kerusi dihiasi dengan reben manakala meja dihiasi oleh satu vas bunga kaca yang diisi bunga lavendar.
Fourth melihat-lihat sekeliling. Ramai pelajar lelaki memakai tuxedo , warna putih dan hitam tengah memimpin pasangan masing-masing untuk duduk sama-sama di atas meja. Ada yang membawak pasangan wanita yang cantik memakai gaun kembang manakala ada juga yang berpasangan lelaki-lelaki. Kerana sekolah yang Fourth belajar ini, hanya khas untuk para lelaki sahaja dan di hadapan sekolahnya, mempunyai sekolah khas untuk perempuan. Jadinya, sekolah khas untuk perempuan itu bekerjasama melakukan majlis ini jadinya sekolah ini bercampuran dengan sekolah perempuan itu.
Fourth duduk di sebelah Satang, " Hey, handsome kau malam ni " puji Fourth dengan ketawa kecil melihat Satang kelihatan kacak dengan tuxedo warna biru gelap.
Satang senyum manis, " Kau pun apa kurang nya " balas Satang dan menolak bahu Fourth dengan bahunya.
" How do I look ? " tanya Fourth sambil melihat-lihat tubuh kurusnya.
Satang melihat tubuh Fourth dengan tatapan yang susah ditafsirkan. Dia menelan salivanya, " Perfect "
Senyuman Fourth melebar sampai ke telinga mendengar pujian Satang itu. Dia memandang sekeliling, mencari kelibat tubuh tinggi Gemini tetapi dia tidak menjumpai langsung tubuh dominan itu.
Ting !
Bunyi detingan dari telefon Fourth menarik perhatian Fourth. Fourth membuka chat Gemini yang baru menghantar kepadanya.
Gemini Teerak :
Gem datang lambat sikit. Kerja belum siap ini.
Fourth menggerakkan jari-jemarinya di atas skrin telefon dengan senyuman manis di bibir.
Fourth :
Baik lah. Tidak perlu terburu-buru. Fourth tak lari ke mana pun.
Fourth tunggu Gem..
Fourth menutup telefonnya selepas membalas chat Gemini. Dia memandang ke atas pentas bila seorang guru perempuan yang memakai gaun warna hijau tengah memegang mikrofon. Mesti guru perempuan itu akan menjadi upacara malam ini.
" Terima kasih kepada yang datang ke majlis ini..... "
Kan, betul apa yang Fourth fikirkan....
Lampu ditutup menjadikan suasana di dalam dewan menjadi samar-samar. Kegelapan itu diterangi oleh cahaya lilin wangi dan lampu-lampu gantungan di luar dewan bersama sinaran cahaya bulan sabit di luar.
Alunan bunyi lagu La Vien En Rose memenuhi segenap dewan itu. Ada beberapa lelaki menghulurkan tangan dan pasangannya menyambut huluran itu. Mereka mulai menari sampai ke tengah dewan yang mempunyai lampu oren kemerahan terpancar di situ. Tepukan bergemuruh bila ada pasangan lelaki yang memakai tuxedo warna hitam menari bersama seorang perempuan memakai gaun merah beropol-ropol menari di tengah-tengah dewan. Daripada satu pasangan, menjadi dua, tiga, lima, tujuh dan beberapa pasangan yang mulai berani menari di hadapan semua orang.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...