Chapter 66

211 14 0
                                    

Fourth melilit skarf warna biru di lehernya dan tubuh kurusnya disarung trench coat warna kelabu. Dia terus keluar daripada apartemennya, ingin menuju ke mall yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia sudah bersetuju mahu menghabiskan masa di  mall dengan kawan-kawannya.

Kaki panjangnya memasuki ke dalam mall yang besar dan luas. Kawasan yang cantik menjamah matanya. Tidak ramai orang yang berada di mall ini. Sudah musim sejuk membuatkan ramai orang malas mahu keluar daripada rumah tetapi dia keluar kerana dia bosan duduk di rumah sendirian. Dia sudah mengambil keputusan untuk pulang ke Thailand semester ini.

Fourth menaiki eskalator dan dia menuju ke lantai 3. Dia berjalan-jalan sambil memandang sekeliling. Kawan-kawannya akan lambat datang ke sini kerana rumah mereka yang agak jauh dari sini. Jadinya, dia menghabiskan masa berjalan sendirian. Dia mengeratkan lagi trench coat di tubuhnya, cuba menghangatkan diri sendiri.

Tiba-tiba dia ternampak sesuatu membuatkan kakinya terhenti. Hatinya pecah melihat pasangan yang agak jauh di hadapannya. Perasaan sebak menyerbu dadanya bila melihat seorang lelaki tinggi tengah memeluk pinggang seorang perempuan yang mendukung bayi.

Gem..... bisik hati Fourth. Tubuhnya bergetar perlahan melihat Gemini ketawa di hadapan Love yang tengah tersenyum manis.

Rasa sakit menyelubungi jiwanya saat ini. Matanya berkaca-kaca. Fourth berundur setapak demi setapak ke belakang lalu dia pergi dari situ dengan hati yang hancur berkeping-keping

Sudah 5 tahun berlalu tetapi dia tetap tidak boleh melupakan Gemini. Keputusannya lari ke England bukanlah keputusan yang bagus kerana dia masih mengingati Gemini malah cintanya masih besar terhadap Gemini. Tetapi nampaknya, Gemini sudah melupakannya dan bahagia bersama Love. Hatinya sakit. Sungguh sakit. Dia mencengkam baju bahagian dadanya yang berombak nipis. Hatinya berdenyut sakit. Perlahan-perlahan, setitis air matanya jatuh di pipi.














" Gemini, you tolong jagakan Irene okay ? I nak ke tandas sekejap " Love menghulurkan budak perempuan yang berumur 4 tahun dekat Gemini yang tengah melihat patung katak.

Gemini mengangguk, " Baiklah. Jangan lama-lama "

" Kalau I lama, you tunggu je dekat Baskin Robbins "

Gemini mengangkat kening, " You nak makan aiskrim waktu musim sejuk ni ? "

Love mengangguk, " Kenapa ? Tak boleh ke ? I teringin nak makan dari semalam " beritahu Love dengan senyuman manis di bibirnya.

" Boleh sahaja tetapi jangan selalu kerana ia tidak baik untuk badan. Musim sejuk ini lebih bagus meminum minuman panas dan makan makanan yang panas daripada sejuk tetapi kalau you mahukannya, iya, I ikut sahaja. Sesekali kan ? Tidak mengapa " ucap Gemini dengan lembut. Dia mengusap rambut perang Love yang panjang mencecah pinggang.

Love ketawa kecil dan mengangguk, " I ke tandas dulu "

" Baiklah. Jumpa you di sana " kata Gemini sambil membetulkan cermin mata bulat yang bertenggek di pangkal hidungnya. Dia memperkemaskan dukungan Irene yang berada di dalam pelukannya.

Love mengangguk dan pergi dari situ dengan larian kecil, meninggalkan Gemini sendirian bersama Irene.

" Apakah Irene masih mahu melihat patung ? " tanya Gemini, melihat wajah comel budak perempuan yang berada di dalam dukungannya.

Irene menggelengkan kepalanya, " Tidak " jawap Irene ringkas.

" Kalau macam itu, kita keluar " ucap Gemini dan keluar daripada kedai patung itu bersama beberapa plastik di tangannya.

Baru beberapa langkah berjalan, Gemini berhenti melangkah. Dia duduk di satu bangku yang berada di tepi dinding kedai gelang tangan. Dia meletakkan Irene di pangkuannya manakala plastik-plastik yang penuh barangan rumah diletakkan di atas lantai seketika. Dia merehatkan badannya seketika yang terasa cepat letih kerana musim sejuk.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now