Dua minggu berlalu...
Fourth berjalan sendirian. Jam dilihat. Pukul 4:20 petang. Fourth menghela nafasnya. Dia memandang sekeliling yang sunyi sepi. Cuaca saat ini mendung, seperti mahu hujan. Kadangakala, angin dingin menerpa ke tubuh kurus Fourth.
Ting ! Ting !
Telefonnya berdenting sebanyak dua kali. Malas-malas, Fourth mengeluarkan telefon dari dalam kocek seluar nya. Dia melihat chat di telefonnya.
Satang :
Fourth.. Aku nak berjumpa dengan kau. Aku nak pulang kan kembali buku yang aku pernah pinjam dari kau
Aku tunggu di taman.
Fourth memasukkan telefon ke dalam kocek nya. Dia mengubah langkah kakinya. Dia baru sahaja ingin pulang ke apartemen tetapi Satang mesej nya ingin berjumpa di taman. Dia tahu taman apa yang dimaksudkan Satang. Taman yang berdekatan dengan apartemen nya kerana itu lah satu-satunya taman yang berada di kawasan ini.
Tiba-tiba...
" Fourth ! " satu suara memanggil Fourth membuatkan Fourth terkejut. Fourth segera berpaling ke belakang dan dia nampak Mark Pakin tengah melangkah, menuju ke arah nya.
Mark Pakin merangkul bahu Fourth dengan erat dan dia mengukirkan senyuman manis untuk Fourth.
" P'Mark nak apa ? " tanya Fourth dengan datar. Saat ini, hatinya kering. Hatinya segersang seperti di padang pasir. Kosong.
Senyuman manis di bibir Mark Pakin, menghilang selepas mendengar pertanyaan Fourth itu. Dia memandang ke arah wajah Fourth yang lain daripada lain. Wajah manis tersebut kelihatan sembab dan bengkak kemerahan, seperti baru lepas menangis.
" Apakah awak okay ? " tanya Mark Pakin dekat Fourth.
Fourth diam sahaja.
" Bergaduh dengan Gemini ? " teka Mark Pakin dan tekaan Mark Pakin itu menghentikan langkah kaki Fourth.
Fourth hanya diam, memandang jalan di hadapannya dengan pandangan yang kosong.
" Apakah betul ? " tanya Mark Pakin lagi.
Fourth diam dan kediaman Fourth itu adalah jawapannya. Mark Pakin mengemam bibirnya.
" Kenapa kalian bergaduh ? " tanya Mark Pakin, ingin mengetahui punca pergaduhan pasangan tersebut.
Fourth memandang Mark Pakin dengan tajam, " Busybody ! " balas Fourth dengan kasar dan dia menolak tangan Mark Pakin yang merangkul bahunya.
Mark Pakin tergamam melihat sikap Fourth yang lain daripada lain. Hatinya berdenyut nyeri.
" Kenapa kau bergaduh dengan Gemini ? "
" Bukan urusan kau, sialan !! " balas Fourth, membentak Mark Pakin. Dadanya mulai berombak perlahan. Matanya mulai memanas.
" Apakah kau masih mencintai Gemini walaupun Gemini sudah melukai hati kau ? " tanga Mark Pakin selepas lama mendiamkan diri.
Fourth diam.
" Aku cintakan kau, Fourth. Tolong lah bagi aku peluang -
" Tapi aku tak cintakan kau, bangsat ! Apakah kau tidak faham ? Berapa banyak kali aku harus cakap yang aku tak cintakan kau ?! " tengking Fourth dekat Mark Pakin. Fikirannya mulai berserabut bila Mark Pakin mendesak nya.
" Semalam kau datang dalam hidup aku dengan membawa segenggam cinta lalu aku berikan hati aku kat kau. Kau ajar aku apa itu cinta dan kau melayani aku dengan baik sehingga buat aku rasa yang kau turut cintakan aku tetapi kau pilih lelaki lain untuk isi ruang hati kau. Aku cuba untuk kuat kerana aku percaya jodoh dan takdir yang diaturkan Tuhan untuk aku walaupun sekeras mana aku memaksa, kalau kau bukan untuk aku, maka kau tak akan pernah aku miliki. Sekarang, hanya satu yang aku inginkan dari kau, Fourth. Doakan aku agar dapat lupakan kau. Doakan agar aku dapat padamkan nama kau daripada hati aku. Hanya itu yang aku mahukan dari kau " kata Mark Pakin, merayu dekat Fourth. Air mata mulai bertakung di tubir matanya. Hatinya pecah bila melihat wajah datar Fourth.
" Aku bukan Tuhan, dewa, dewi ataupun ' orang suci '. Aku hanya lah manusia biasa sahaja. Kau tidak boleh bergantung kepada aku " balas Fourth dengan datar. Matanya kosong dan dia terus berjalan, meninggalkan Mark Pakin di belakangnya.
Hati Mark Pakin hancur berkecai. Jantungnya seperti ditumbuk oleh balasan Fourth itu.
" Fourth ! Tunggu ! Aku belum habis cakap lagi " Mark Pakin mengejar langkah Fourth yang sudah jauh ke hadapan.
Fourth tidak mempedulikan Mark Pakin. Kakinya semakin laju menuju ke arah taman yang sudah ditangkap oleh mata coklat nya. Dia nampak Satang tengah duduk di bangku kayu.
" Satang ! " panggil Fourth sambil melambaikan tangannya. Dia berlari ke arah Satang dengan senyuman hambar di bibir nya.
Satang senyum nipis dan bangun daripada duduk, " Aku ingatkan kau tak datang tadi "
Fourth menggeleng, " Aku datang "
Satang terpandang Mark Pakin yang hanya berdiri di belakang tubuh kecil Fourth. Satang mengangkat kening.
" Siapa tu ? " tanya Satang sambil memuncungkan mulutnya, menunjuk ke arah Mark Pakin.
Fourth tidak pandang Mark Pakin. Wajahnya datar. Kosong tak ekpresi.
" Kawan aku " jawap Fourth ringkas. Dia menghulurkan tangannya.
" Mana buku aku ? " tanya Fourth dengan kening terangkat.
" Oh, nah ! " Satang memberikan kembali buku nota Fourth yang dipinjam nya.
Fourth senyum, " Terima kasih "
Satang ketawa kecil, " Sepatutnya aku yang ucapkan terima kasih dekat kau sebab pinjamkan nota itu "
Fourth senyum nipis dan menggeleng perlahan, " Sama-sama "
Fourth dan Satang berpandangan antara satu sama lain.
" Kau ada masalah ? " tanya Satang dekat Fourth.
Fourth diam sahaja.
Satang terus menarik tangan Fourth dan dia memeluk Fourth dengan erat.
" Kau ada masalah apa ? Ada apa-apa yang aku boleh bantu ? " tanya Satang lembut. Dia mengusap helaian rambut hitam milik Fourth.
Fourth terdiam. Hatinya sebak bila merasakan usapan hangat Satang di kepalanya. Usapan itu membuatkannya mengingat akan Gemini. Bagaimana khabar Gemini ? Sudah dua minggu berlalu dan Gemini sudah tidak datang ke apartemen nya. Apakah Gemini sakit ?
Mark Pakin melihat pemandangan di hadapannya dengan mata suram. Apakah Fourth dan Satang saling menyukai ? Tapi bukankah Fourth mencintai Gemini ?
" Apakah kau bergaduh dengan Gemini ? " tanya Satang.
Pertanyaan ini sudah muak di telinga Fourth. Selalu pertanyaan yang sama dihulurkan kepadanya.
Setitis air mata Fourth jatuh di pipi tetapi cepat-cepat Fourth mengesat titisan jernih tersebut tanpa disedari oleh Satang dan Mark Pakin.
" Aku merindukannya " ucap Fourth dengan suara yang serak, menahan tangisannya yang mulai mendatang.
Dada Satang terasa sesak mendengar ucapan itu. Dia mengemam bibirnya.
" Dekat.. Dekat siapa ? " tanya Satang dengan tersekat-sekat. Dia tidak mahu mendengarkan sebaris nama tersebut tetapi dia tetap bertanya.
" Gemini " jawap Fourth dengan sayu. Matanya tertutup, mahu menghalang air mata daripada jatuh.
Sakit. Itu yang dirasakan oleh Satang dan Mark Pakin saat itu ketika Fourth menyebut nama Gemini.
Kenapa Fourth masih mencintai Gemini walaupun mereka bergaduh saat ini ?
" Fourth !! " teriakan tersebut membuatkan Fourth, Satang dan Mark Pakin terkejut.
Satang terus melepaskan Fourth dari pelukannya dan wajahnya memucat melihat wajah bengis Gemini.
Jantung Fourth berdegup kencang, penuh ketakutan melihat wajah garang Gemini. Hatinya berdenyut nyeri. Perutnya senak melihat Gemini melangkah ke arah nya.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...