Chapter 57

203 15 0
                                    

" Dia mempunyai masalah pecernaan. Apa-apa yang memasuki tubuhnya, ia akan memuntahkan kembali. Sepertinya, dia tidak makan dengan benar dan hanya mengisi perutnya dengan arak. Arak berlebihan tidak bagus untuk badan. Ia boleh membuatkan seseorang itu mengalami gangguan otak, sakit jantung dan pelbagai lagi. Rokok juga sama tidak baik untuk kesihatan. Mungkin dia mengambil berlebihan sampaikan dia batuk berdarah "

Fourth terdiam mendengar penjelasan ringkas doktor lelaki tersebut. Dia menelan salivanya, " Apakah Gem akan selamat ? "

Doktor lelaki itu senyum, " Iya. Untung kamu membawak nya lebih awal ke hospital. Jika tidak, ia akan mati "

Fourth menghela nafasnya, lega, " Boleh saya jumpa Gem ? " tanya Fourth, meminta izin.

Doktor lelaki itu mengangguk, " Iya boleh. Silakan "

" Terima kasih Dr. " ucap Fourth dan dia berjalan masuk ke dalam wad.

Fourth duduk di sisi katil Gemini. Dia melihat wajah Gemini yang pucat. Tangannya mengelus pipi cengkung Gemini dengan lembut.

Dia faham. Dia sudah faham kenapa sikap Gemini sungguh kasar semasa dia datang berjumpa dengan Gemini. Doktor cakap Gemini ada gangguan otak kerana terlalu banyak meminum arak. Mungkin disebabkan itu Gemini tidak dapat bezakan diantara dia dengan Love.

" Gem... Kenapa Gem sakitkan diri sendiri ? " gumam Fourth sendirian. Dia mengenggam tangan Gemini dan dia mengucup punggung tangan Gemini. Fourth menyentuh lembut luka goresan yang berada di pipi Gemini dengan tangannya yang menggigil. Pertama kali dia melihat ada kecacatan di wajah kacak itu.

" Gem dah tak sayangkan Fourth ke sampaikan Gem menyakiti diri sendiri ? Gem sakitkan diri sendiri, Gem sakitkan hati Fourth juga " tangis Fourth teresak-esak di tangan Gemini.

" Hmmmm .... " balasan dari Gemini itu membuatkan tangisan Fourth terhenti. Fourth memandang ke arah tangan Gemini yang berada di genggamannya. Tangan itu bergerak-gerak perlahan.

" Gem ! Gem ! " panggil Fourth dengan suara yang meninggi. Dia menepuk-nepuk lembut bahu Gemini.

Mata itu perlahan-perlahan terbuka menampakkan keelokan biji mata hitan yang suram dan tampak memerah. Gemini memandang Fourth dengan wajah yang datar.

" Fourth ke tu ? " tanya Gemini, meramas-ramas tangan Fourth dengan lembut. Dia berdeham perlahan.

" Iya.. Ini Fourth " balas Fourth dengan laju. Dia memandang Gemini dengan mata yang berkaca-kaca. Sedih melihat keadaan Gemini yang lemah.

Gemini mengukirkan senyuman hambar. Dia mengusap lembut kepala Fourth.

" Gem rindukan Fourth " ucap Gemini dengan air mata yang mengalir di hujung matanya.

Fourth terdiam. Dia memegang pergelangan tangan Gemini dan dia mengucup lembut telapak tangan Gemini yang sejuk.

" Fourth pun rindukan Gem " beritahu Fourth dengan perlahan. Dia menggeselkan pipinya dekat telapak tangan Gemini.

Gemini mengangguk dengan senyuman hambar menghiasi bibirnya.

" Gem nak apa-apa ke ? " tanya Fourth selepas melihat Gemini mendiamkan diri agak lama.

Gemini mengangguk, " Gem nak air "

Fourth terus melepaskan tangan Gemini. Dia menuangkan air kosong di dalam gelas lalu straw diletakkan. Dia menyodorkan gelas itu dekat Gemini.

Gemini meminum air itu menggunakan straw. Perlahan-perlahan, kerongkong nya yang kering menjadi basah kembali. Gemini melepaskan hujung straw dari bibir nya.

Fourth meletakkan kembali gelas kosong itu di atas meja.

Gemini pandang sahaja wajah Fourth yang kelihatan sembab. Tangannya mengusap pipi tembam Fourth yang mempunyai sisa air mata.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now