Epilog II

325 11 0
                                    

Seminggu Gemini dan Fourth duduk di situ, menikmati suasana yang dingin. Keesokan harinya, mereka mulai bertolak ke destinasi bulan madu yang seterusnya iaitu di London.

Seawal 6:30 pagi, kota London sudah mulai sibuk dengan penduduknya yang berkejar. Ada yang menggunakan kereta, tapi kebanyakannya lebih nyaman dengan Underground, kereta api bawah tanah yang lebih pantas bergerak. Dari tingkap apartemen, Fourth memerhatikan sahaja pergerakan manusia di bawah sana. Sepanjang Mount Street sampailah ke jalan utama dengan memakai bathrobe. Dia tidak boleh tidur selepas melakukan hubungan intim badan dengan Gemini sejam lalu.

" Gem tak rasa pelik ke ? " tanya Fourth membuatkan Gemini yang tengah hisap rokok sambil melihat telefon, mengangkat wajah melihat sang isteri. Gelas berisi wine merah dipandang, menunggu Fourth menyambung bicara.

" Semakin dunia menua, semakin manusia sibuk mengejar sesuatu "

Gemini mengangkat kening. Dia kurang memahami.

" Cuba Gem tengok. Awal pagi lagi semua orang dah sibuk keluar rumah. Bila malam atau lewat petang baru pulang menjengah keluarga. Banyak masa dihabiskan untuk kerja. Sedari awal pagi, let say macam mereka ni, dari 6:30 pagi, pulangnya mungkin 6:30 petang atau lebih lewat dari itu "

Gemini mengangguk tapi masih belum dapat menangkap hujah utama isterinya.

" Okay... And ? "

Fourth tersenyum seraya menghampiri suaminya. Dia memeluk Gemini dari belakang. Dagunya ditongkatkan ke bahu Gemini.

Gemini mengukirkan senyuman lebar dengan tingkah isterinya yang manja.

" Cuba Gem bayangkan seribu tahun dulu... Lelaki keluar memburu dan perempuan duduk di rumah, jaga anak-anak.. atau mereka bercucuk tanam di laman rumah. Banyak masa dihabiskan bersama keluarga berbanding untuk mencari keperluan hidup... Walaupun tinggalnya hanya di gua, pakainya hanya kulit binatang dan makanannya hanya buah-buahan, sayur-sayuran ataupun binatang buruan, mereka tetap hidup. Survive. Tapi apabila teknologi semakin membangun, ramai terkejar untuk tambah keperluan. Macam kita, mampu berjalan tapi kita dambakan kereta. Dah ada kereta, nak pula kereta yang hebat-hebat. Kita boleh hidup dalam rumah seluas ini, tapi kita kejarkan rumah luas seperti padang bola. Kadang-kadang, Fourth tertanya-tanya, apa yang manusia cari sebenarnya ? "

" Kita sibuk mengejar dan mengejar.. kadangkala ada satu masa kita sendiri pun tidak pasti apa tujuan pencarian kita tu. We are lost in dire need until one day we can't differentiate either it is a need or desire "

Gemini mengangguk sahaja.

" You have a point dear " ucap Gemini sambil mengusap pipi Fourth.

" Mungkin... this is what people called dunia yang melalaikan ? " tanya Fourth dengan kening berkerut.

" Yes " Gemini mengangguk, menyetujui percakapan Fourth itu.

" Iya. Duit memang penting tetapi duit boleh dicari. Masa yang sudah terlepas itu, sudah tidak boleh diulang kembali. Masa tidak boleh berpatah. Sebab itu ramai yang mengatakan masa itu emas " bagitahu Gemini lagi. Dia menghela nafasnya membuatkan asap rokok terhembus keluar dari ruang pernafasannya.

Fourth dan Gemini diam. Mereka melihat pemandangan di luar melalui tingkap yang terbuka lebar.

Suasana hening.

Tenang.

Nyaman.

Gemini mengusap lengan Fourth dan dia mengucup tangan tersebut. Tubuh Fourth dipeluk dengan erat.

" Living with you, I will never get bored. I'm hungry " ucap Gemini dan mengucup lembut leher Fourth.

" Oh, Gem lapar ke ? Jom lah kita makan " ajak Fourth dengan halus.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now