Kelopak mata putih itu bergerak-gerak perlahan. Mata itu terbuka menunjukkan manik hitam yang cantik dan tampak mempesonakan.
Gemini bangun daripada pembaringannya dan dia duduk di atas katil. Jari-jemarinya menggosok-gosok matanya yang sedikit pedih. Kepalanya pening.
Dia di mana ini ? Kenapa dia boleh berada di dalam biliknya ? Apa yang terjadi ?
Dahinya berkerut, cuba mengingat apa yang terjadi semalam. Satu bayangan terbesit di mindanya membuatkan pipinya memerah malu sampai ke telinga bila mengetahui kelakuannya terhadap Fourth semalam. Dia mabuk, dia tidak sedar sepenuhnya. Apa yang dia lakukan ini ?!
Gemini memandang sekeliling yang sunyi. Matahari sudah tegak di atas kepala dan cahaya terik itu memasuki celah-celah langsir biliknya.
Gemini mengeliat perlahan untuk meregangkan otot-otot tubuhnya yang sedikit kejang. Dia menggaru tengkuknya sambil mengumpul nyawa nya.
" Fourth... " panggil Gemini perlahan. Dia menyelak selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Dia mengambil bathrobe berwarna putih lalu bathrobe dipakai di tubuhnya. Dia berjalan, mencari kelibat tubuh Fourth.
Ruang tamu, dapur, stor, bilik mandi dan seluruh kondominumnya dijelajahi olehnya. Di mana Fourth ?
Gemini menggaru kepalanya. Takkan Fourth sudah pulang tanpa menunggunya tersedar dari tidur ? Apakah Fourth memarahinya ?
Gemini menghela nafas lalu dia duduk di sofa hitam. Dia menutup matanya dan dia mencapai rokok di atas meja kopi. Semasa dia ingin mencapai kotak rokok, mata hitamnya menangkap kehadiran satu kertas di atas meja bersama tiga barang di situ.
Gemini mengerutkan dahinya. Dia terus mencapai kertas tersebut lalu tulisan dengan dakwat warna hitam itu dibacanya.
Gem.. Maafkan Fourth kerana memberitahu perkara ini di sini. Fourth tidak berani memberitahu perkara ini berhadapan dengan Gem. Fourth takut Fourth melukai hati Gem. Gem sudah banyak kali terluka kerana Fourth.
Fourth mahu bagitahu yang Fourth tidak akan berada di Thailand mulai dari hari ini. Fourth akan pergi ke England untuk sambung belajar di sana. Ini impian Fourth mahu melanjutkan pelajaran di luar negara. Fourth harap Gem tidak menghalang impian Fourth ini. Jangan memarahi Fourth.
Fourth bukan mahu meninggalkan Gem tetapi Fourth terpaksa buat keputusan ini. Fourth tidak sanggup bertahan lebih lama lagi. Maafkan Fourth kerana tidak dapat menghadiri perkahwinan Gemini dan Love. Fourth tidak mahu melihat perkahwinan tersebut. Fourth takut Fourth tidak kuat di sana.
Jangan memikirkan perkara yang negatif sekarang ini. Fourth meninggalkan Gem bukan kerana Fourth tidak mencintai Gem. Bukan. Fourth sangat-sangat mencintai Gem. Hanya Gem sahaja yang memiliki hati Fourth dan Fourth tidak akan mencintai sesiapa selain Gem walaupun Gem sudah menjadi suami kepada Love. Fourth hanya tidak sanggup untuk melihat masa akan datang. Fourth tidak boleh. Fourth tidak kuat Gem.
Fourth mahu cakap, tahniah untuk Gem dan Love kerana kalian sudah bernikah. Fourth harap Gem bahagia bersama dengan Love. Kenangan kita biarlah menjadi sejarah dan jangan ingat Fourth lagi. Cubalah mencintai Love, isteri Gem sendiri. Jangan datang dekat Fourth ketika Fourth mahu pergi. Fourth tidak mahu melihat Gem. Fourth takut Fourth berpaling dari keputusan ini. Fourth harap Gem tidak akan melupakan Fourth. Jangan membenci Fourth. Jangan marah dekat Fourth. Fourth minta maaf ya Gem. Jangan menunggu Fourth pulang kerana Fourth pun tidak pasti bila Fourth akan pulang ke Thailand. Maafkan Fourth ya. Hubungan kita tamat di sini. Jika Dewa Eros tidak mengizinkan kita bersama, redha lah dengan ketentuan takdir. Ini perakhiran untuk kisah cinta kita. Fourth minta maaf sangat-sangat Gem. Maafkan Fourth.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romansa" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...