Angin pagi menusuk kulit putih kemerahan milik Fourth. Fourth berjalan keluar dari apartemen dengan perlahan, menuju ke bus stop. Kalau cuti hari ini, sudah lama dia berada di bawah selimut tebalnya. Dia masih sedih kerana terpaksa menjadi friendzone dengan Gemini. Dia baru sedar, dia berkawan dengan Gemini tanpa mempunyai batas sampaikan Gemini melakukan hickey dekatnya.
Baru sahaja dia keluar dari kawasan apartemen, tiba-tiba Gemini muncul di hadapannya dengan berpakaian uniform universiti. Jantung Fourth seperti tergelincir ke bawah kerana terkejut melihat Gemini muncul secara tiba-tiba.
" Hai ? " sapa Gemini dengan senyuman manis di bibirnya.
" Morning Gem " sapa Fourth datar. Dia cuba mengabaikan perasaan sakit di hatinya. Dia tidak layak merasakan sakit itu.
Gemini melihat wajah Fourth yang tiada senyuman. Dia menghela nafasnya dengan perlahan.
" Fourth, aku minta maaf. Bukan niat aku nak cakap macam tu dekat Love " ujar Gemini, cuba menerangkan perkara sebenar.
" Apa ? Aku okay je lah " Fourth senyum hambar dan terus berjalan ke hadapan, berselisih dengan Gemini.
Gemini segera mengejar langkah Fourth, " Aku tahu kau tak okay. Kau marah kan sebab cakap kau hanya kawan sekelas sahaja ? "
" Untuk apa aku marah pulak ? "
" Kalau kau tak marah, pandang aku " pinta Gemini kerana dia sedar, Fourth tidak memandangnya.
Fourth memandang Gemini dengan berani. Dia tidak marah, dia hanya sedih sahaja. Marah dan sedih adalah perasaan yang berbeza.
" Kalau kau tak marah, mana senyuman kau ? " tanya Gemini sambil menaikkan keningnya.
" Senyuman aku ? " Fourth memandang Gemini dengan dahi berkerut. Tidak faham hala tuju pertanyaan Gemini.
Gemini menganggukkan kepalanya, " Yes, you enchanted smile. Where ? " Gemini mencubit pipi pink milik Fourth.
" Because your smile is so beautiful, it's enchanting. Won't you please smile some more ? When you don't, my heart can't take it. You almost give me heart attack when you're upset " ucap Gemini sambil memicit-micit kedua pipi Fourth dengan lembut.
Fourth tergelak kecil bila mengetahui Gemini menggunakan taktik ini lagi untuk memujuknya supaya tersenyum. Fourth menggelengkan kepalanya dengan senyuman manis di bibirnya.
Gemini senyum melihat senyuman Fourth. Dia bahagia melihat senyuman Fourth kerana senyuman Fourth manis dan sungguh indah baginya.
" Kalau orang lain tak nak senyum kat kau, kau buat benda sama ke ? " tanya Fourth, ingin tahu.
" Tak. Just kau sorang je " jawap Gemini dengan selamba tetapi jawapan Gemini itu membuatkan jantung Fourth berdebar-debar tidak menentu.
Bibir Fourth mencuit satu senyuman bila mengetahui Gemini hanya memujuknya seorang dengan perkataan itu.
" Fourth, are you a door ? " tanya Gemini tiba-tiba membuatkan Fourth kebingungan.
" Haa ? Door ? "
" Because you so aDOORable " ucap Gemini dan Fourth ketawa mendengar kata-kata manis dari mulut Gemini.
Gemini senyum dan dia melihat jam tangan di pergelangan tangan Fourth. Gemini mencapai tangan Fourth membuatkan Fourth berhenti ketawa.
" Kau nak buat apa ? " tanya Fourth bila melihat Gemini menanggalkan jam tangan nya.
Gemini tidak menjawap pertanyaan Fourth malah dia menanggalkan jam tangannya sendiri. Jam tangan milik Fourth berwarna biru dipakai di tangannya manakala jam tangannya warna hitam dipakaikan di pergelangan tangan Fourth.
" Kalau kau mahu jam kau, jumpa aku okay ? " Gemini menunjuk jam tangak biru milik Fourth yang cantik terletak di pergelangan tangannya.
Fourth ketawa kecil bila mengetahui Gemini menukar jam mereka, " Baik lah " jawap Fourth sambil melihat jam tangan hitam milik Gemini yang cantik tergulung di pergelangan tangannya.
Gemini melihat Fourth. Comel. Manis. Handsome. Melihat Fourth yang fokus melihat jam tangannya, Gemini mengambil kesempatan mengucup pipi tembam Fourth yang kemerahan kerana angin pagi yang sejuk.
Fourth terkejut besar. Hatinya bergetar hebat. Dia berundur satu tapak ke belakang, menjarakkan dirinya dengan Gemini, " Ap... Apa yang kau lakukan ni ? Kawan tak melakukan ini ! " kata Fourth dengan jantung yang berdegup laju tapi dalam masa yang sama, hatinya terluka kerana kata-katanya sendiri.
Zapp ! Pisau menghiris hati Gemini bila mendengar perkataan 'kawan'. Sakit sekali.
Gemini dan Fourth bertatapan mata. Sunyi sepi. Hening. Hanya bunyi desiran angin yang menerbangkan rambut mereka.
Fourth ingin membuka mulut bila melihat wajah Gemini berubah menjadi muram. Belum satu perkataan keluar, Gemini terus pergi dari situ tanpa cakap apa-apa, meninggalkan Fourth yang terpinga-pinga melihat pemergiannya.
Fourth terdiam. Apakah Gemini memarahinya ? Perasaan bersalah menyelubungi diri Fourth.
PUKUL 11 pagi...
" Gem ! " panggil Fourth bila nampak Gemini tengah berjalan sambil melihat fail hijau.
" Norawit !! " seorang lelaki Dubai memanggil Gemini sambil menunjuk-nunjuk fail hijau di tangannya.
Gemini pandang Fourth, " Maaf, aku kena pergi " kata Gemini dan pergi ke arah lelaki Dubai, meninggalkan Fourth yang terdiam.
Pukul 2 petang...
" Gem ! " Fourth memanggil Gemini yang berada di cafeteria.
Gemini memandang Fourth, " Oh ! Fourth... "
" Gem, aku nak cakap... "
" Gemini ! Dr. Alan panggil kau ! " tiba-tiba seorang lelaki Filipina menyentuh bahu Gemini.
" Oh ! Okay ! " Gemini mengangguk, " Fourth, aku pergi dulu " Gemini pergi dari situ meninggalkan Fourth yang terpinga-pinga.
Pukul 4 petang...
" Gem ! " Fourth memanggil bila nampak Gemini berjalan di koridor sambil mengangkat setumpuk buku rujukan dari pelbagai course di universiti. Buku-buku itu hampir menutupi hidung Gemini. Fourth ingin lari ke arah Gemini tapi terhenti bila nampak dua orang, perempuan bertocang dan lelaki berambut undercut mendekati Gemini.
Fourth nampak mereka berbual dengan Gemini dan kelihatan Gemini ketawa kecil. Perempuan bertocang dan lelaki berambut undercut itu membantu Gemini mengangkat timbunan buku. Mereka bertiga berbual mesra, meninggalkan Fourth berdiri sendirian di situ.
Fourth berdecit tidak suka melihat Gemini mesra dengan orang lain.
Pukul 6:30 petang...
" Gem ! Gem ! " panggil Fourth bila nampak Gemini tengah naik tangga.
Gemini ingin memandang Fourth tetapi satu suara memanggilnya.
" Mini ! " satu suara China memanggil Gemini kuat. Seorang perempuan berambut wolfcut, menarik tangan Gemini, " You cakap ingin temankan I ke library "
" Haah ! I lupa ! Jom, jom ! " Gemini merangkul bahu perempuan China itu dan pergi dari situ.
Fourth terpinga-pinga melihat Gemini yang pergi begitu sahaja.
Pukul 7:05 malam...
" Gem ! " Fourth tak tahu berapa banyak dia memanggil nama Gemini untuk hari ini.
" Gem ! Prof. Khama mahu berjumpa dengan kau !! " jerit seorang lelaki berkulit gelap.
" Okay ! Aku jumpa Prof. Khama sekarang ! " Gemini berlari sambil bawak buku nota.
Fourth terdiam dengan decakan lidah kesal, " Cih ! Bangsat !! " Fourth menyepak angin dengan perasaan geram dan sedih yang bercampur.
Gemini seperti mahu menjauhkan diri daripadanya. Apakah sebab kejadian pagi tadi yang dia mengatakan kawan tidak melakukan ciuman pipi itu ? Tapi betul lah kan ? Ataupun dia terlalu mengikuti kata-kata Gemini yang mereka hanya kawan sekelas ? Tidak sepatutnya dia cakap begitu tadi pagi. Dia menyesal tapi menyesal sekarang pun tiada gunanya. Nasi sudah menjadi bubur. Masa tidak boleh diulang kembali.
Hadapi sahaja lah Fourth....
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Roman d'amour" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...