Makin kaki mendekati ruang makan, makin jantung Fourth berdegup laju. Dia dapat mendengar bunyi yang agak meriah di meja makan. Ada suara garau yang melarang. Ada suara kanak-kanak yang bergembira. Kanak-kanak ? Anak saudara Gemini agaknya tapi bukankah Gemini anak tunggal ?
Suasana riuh-rendah dan sungguh bising tadi terus terhenti selepas melihat Fourth. Semua mata memandang Fourth membuatkan Fourth rasa tidak nyaman. Ramai yang memandangnya. Hampir penuh meja panjang itu diisi oleh ahli keluarga Gemini. Fourth mendekatkan dirinya dengan Gemini dan hujung baju Gemini, ditarik-tarik dan dipintal-pintal untuk menghilangkan kegugupan.
Gemini berdeham dan semua mata memandang Gemini. Sudah tidak memandang Fourth yang menyembunyikan diri di badan belakang Gemini.
Gemini menarik tangan Fourth supaya keluar daripada badan belakangnya. Fourth berdiri di hadapan Gemini sambil menundukkan kepalanya. Aircond di ruangan ini terlalu sejuk membuatkannya lebih gugup. Dia dapat merasakan pipinya semakin menghangat bila Gemini mulai memperkenalkan dirinya di hadapan semua ahli keluarga.
" Semua, ni Fourth. Fourth, ni family members saya. Itu pho saya, itu mae saya. Yang lain, adik-beradik saya " bagitahu Gemini sambil memegang kedua bahu Fourth. Dia mengusap bahu Fourth, menenangkan Fourth yang dari tadi hanya diam sahaja. Dia tahu Fourth tengah gugup.
Tubuh rendah Fourth yang tegang tadi menjadi rileks bila mendapat usapan dari Gemini. Pipinya menghangat sampai ke telinga bila melihat semua mata kembali memandangnya. Di meja itu, hampir sepuluh orang. Pandangan mereka itu membuatkan Fourth rasa tidak keruan seperti dia ada membuat satu kesalahan yang besar.
Fourth senyum kepada semua walaupun dia dapat merasakan senyumannya sedikit kaku. Fourth pandang ayah Gemini. Walaupun sudah dimamah usia, kekacakan masih terserlah di wajah itu. Fourth pandang pula ibu Gemini dan dia terdiam, terkejut. Ibu Gemini bukan Mae Ning. Ibu Gemini adalah seorang perempuan yang sungguh muda sekali. Siapa perempuan itu ? Kenapa Gemini memanggil perempuan itu ibu ? Di mana Mae Ning ?
" Duduklah Fourth ! Nanti aunty ambilkan nasi goreng untuk Fourth ya ? " ramah ibu Gemini berkata.
Fourth hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Fourth menarik kerusi di sebelah Gemini. Kalau dalam situasi macam ni, lebih banyak dia duduk di sebelah Gemini. Dia tidak mahu jauh-jauh dari Gemini kerana hanya Gemini seorang sahaja yang dia kenal di sini.
Fourth yang terasa diperhatikan, mengangkat kepalanya dan matanya bertaut dengan satu mata hitam pekat yang duduk di hadapannya. Budak perempuan yang mengikat rambut tocang dan memakai gaun biru langit tengah memandangnya tanpa berkelip. Budak perempuan itu seperti berumur 5 tahun, mungkin ? Siapa dia ? Kenapa budak perempuan itu memandangnya tidak berkelip ? Ada apa-apa ke di wajahnya ?
Pipi Fourth memerah sampai ke telinga. Aircond yang sejuk ditambahkan suasana pagi yang ditimpa hujan membuatkan kulit Fourth menjadi kemerah-merahan.
" P'Gem, kenapa pipi dia warna merah pink-pink ? Macam pipi P'Ting tapi pipi P'Ting warna oren, kadang-kadang warna merah pekat " suara yang berbisik itu didengari oleh semua ahli meja.
Ting, seorang perempuan cantik berambut ikal hitam panjang paras pinggang mengangkat mukanya bila namanya disebut sebanyak dua kali. Betul, pipi Ting berwarna merah campur oren sekarang ini.
Semua di meja makan ketawa bila melihat Ting memarahi budak perempuan itu tetapi ayah Gemini menghalang kerana bercakap tidak matang perempuan berumur 28 tahun bergaduh dengan budak 5 tahun. Gemini pun ketawa bersama.
" Pipi Fourth memang macam ni. Pipi dia warna pink tapi kalau dia kedinginan, pink tu akan jadi warna merah pink-pink seperti sekarang ni. Dia bukan macam P'Ting. Warna merah, oren dan pink di pipi P'Ting pakai buang. Sehari pakai, malam tu juga buang. Kalau Fourth, warnanya asli. Tak boleh pakai buang macam P'Ting " beritahu Gemini dengan senyuman lebar. Dia menggosok-gosok pipi Fourth yang kelihatan tembam itu.
Budak perempuan itu menelengkan sedikit kepalanya dan budak perempuan itu dengan nakal nya, terus naik ke atas meja yang penuh makanan itu membuatkan semua terkejut. Tangan kecil budak perempuan itu menepuk-nepuk lembut kedua pipi Fourth membuatkan Fourth terkejut dan terdiam.
" Ehhh !! Pipi awak lembut nya !! " teriak budak perempuan itu sambil ketawa suka bila memegang pipi gebu milik Fourth.
Fourth senyum manis melihat kegembiraan budak perempuan itu. Comel.
" Hey, tak sopan duduk di atas meja makan. Duduk di kerusi semula " tegur ayah Gemini tegas tetapi ada kelembutan di situ.
Budak perempuan itu gelak dan kembali duduk di kerusinya. Dia memandang Fourth dengan biji mata yang berbinar terang.
Seketika kemudian, Gemini letakkan pinggan berisi nasi goreng berwap yang baru disenduk oleh ibunya di hadapan Fourth.
" You should eat a lot " kata Gemini kepada Fourth.
Satu ayam goreng diletakkan di atas pinggan nasi goreng Fourth. Kemudian, Gemini mencapai piring kecil untuk diisi dua biji sardine roll, juga diletakkan di depan Fourth. Cawan yang berisi kopi panas pula diletakkan di sebelah pinggan Fourth. Gemini memberikan sudu dan garfu dekat Fourth bila melihat mata Fourth mencari-cari sesuatu.
" Terima kasih Gem " ucap Fourth dan senyum manis. Dia mengambil sudu dan garfu itu lalu dia mulai makan.
Bagaikan terasa diri diperhatikan, Fourth mengangkat kepala. Semua mata tertumpu ke arahnya. Kenapa semua pandang dia macam dia tengah makan kepala kuda ni ? Kenapa ?
Fourth pandang Gemini yang duduk di sebelahnya. Gemini senyum manis dan menyambung makan.
" Makan lah Fourth ! Kalau biar lama-lama, sejuk nanti " pelawa ibu Gemini. Memecahkan segala pandangan yang tertumpu kepada Fourth. Semua kembali makan.
Fourth kebingungan tetapi dia hanya abaikan sahaja. Dia kembali menyambung makan. Kadangkala, beberapa budak perempuan dan lelaki akan menggembirakan suasana menjadi meriah.
" So Fourth ! Macam mana boleh kenal dengan Gemini ? " soalan itu membuatkan Fourth tersedak semasa minum kopi.
Alan. Lelaki yang menanyakan itu adalah adik kepada Gemini.
" Hmmmm..... " Fourth tak tahu nak cakap apa tapi Gemini tolong jawapkan untuk Fourth.
" Mae Fourth berkawan dengan mae. Jadinya Gemini kenal dengan Fourth semasa mae jumpa dengan mae Fourth " tipu Gemini. Wajah Gemini selamba. Menunjukkan yang dia tidak menipu tetapi dia menipu sebenarnya.
Dan semua sunyi. Sunyi yang sangat menjanggalkan. Sampaikan bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan pun tak kedengaran. Kenapa ? Gemini menyebut sahaja tentang Mae Ning, semua diam tidak berkutik ?
" Oh, ya ke ? Patut lah rapat dengan Gemini. Kamu berdua ada apa-apa ke ni ? " tanya ayah Gemini dengan curiga. Mata itu tajam memandang tepat mata Fourth membuatkan Fourth sedikit ketakutan.
" It doesn't concern you daddy " jawap Gemini dengan datar.
" Oh yes it doesn't worry me? Just like how I sent you to MIT for engineering but you came back during semester 2 and took a medical degree? Not MIT engineering ? " suara ayah Gemini seakan-akan marah.
Gemini mendengus kasar dan terus menolak pinggan nasi goreng nya. Dia bangun daripada duduk.
" I am interested in medicine. my mother also took the medical cost for me. Ning's mother knows me better than you " kata Gemini dengan datar.
" Norawit !! " bentak ayah Gemini dengan perasaan marah.
" Are you done Fourth ? " tanya Gemini dengan wajah tiada perasaan.
Fourth menganggukkan kepala. Dia memang sudah habis makan sejak tadi. Dia hanya diam sahaja bila melihat pertengkaran di antara Gemini dan ayahnya.
" Good. Jom, Gem hantar Fourth balik " Gemini terus pergi dari situ tanpa memandang ahli keluarga nya.
Fourth turut bangun, " Saya pergi dulu. Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya semalam dan untuk breakfast ini "
" Iya, sama-sama. Lain kali, datang lah lagi ye Fourth " kata ibu Gemini dengan mesra. Senyuman manis terukir di bibir merah delima itu.
Fourth senyum, " Baiklah. Terima kasih lagi sekali " Fourth terus pergi dari situ, mengikuti Gemini yang sudah lama pergi, meninggalkannya sendirian.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...