Fourth duduk di kondominum Gemini. Dia memandang Gemini yang sudah membuka tuxedo dan hanya memakai kemeja putih sahaja.
Gemini mengambil champagne di atas almari kaca. Baru sahaja dia ingin menuang champagne di dalam gelas, perbuatannya itu terhalang kerana Fourth memegang pergelangan tangannya.
" Apa yang Gem ingin lakukan ini ? " tanya Fourth sambil mengangkat kening kanannya.
" Gem ingin minum. Apakah tidak boleh ? " tanya Gemini dengan wajah kebingungan.
Fourth mengambil botol champagne itu dari tangan Gemini, " Tidak boleh. Champagne ini sungguh tinggi alkohol nya, 60 peratus dan Gem baru sahaja keluar daripada hospital. Tidak boleh meminum sesuatu yang beralkohol. Tidak baik untuk kesihatan Gem " pesan Fourth sambil mencuit hidung mancung Gemini dengan manja.
" Gem nak minum sikit je " minta Gemini dengan wajah muram.
Fourth menggeleng, " Tidak boleh. Apakah Gem ingin mati muda ? "
" Wahh.... Sedap mulut dia cakap " tegur Gemini dan dia menjentik bibir Fourth.
Fourth ketawa kecil.
" Sikit sahaja. Hanya satu teguk. Boleh lah Fourth.. Sikit je " minta Gemini dengan wajah yang dibuat-buat sedih. Dia memandang Fourth dengan harapan yang tinggi supaya Fourth memberikan champagne itu kepadanya.
Luluh hati Fourth melihat wajah sedih Gemini. Fourth melepaskan nafasnya dan dia menghulurkan botol champagne itu dekat Gemini.
" Seteguk je tau ! " Fourth memandang Gemini dengan tajam.
Senyuman Gemini melebar, " Baik, baiklah. Hanya seteguk sahaja " jawap Gemini dan dia mengambil botol champagne itu dari tangan Fourth. Air kekuningan itu memenuhi gelas kaca dan Gemini mengangkat gelas itu.
" Apakah Fourth boleh rasa sikit ? " tanya Fourth dekat Gemini. Jari telunjuknya bermain di bibir botol champagne itu.
Gemini menggelengkan kepala, " Tidak boleh. Fourth belum cukup umur lagi " balas Gemini selamba.
Fourth mencebik mendengar itu. Dia melipatkan kedua tangannya di dada, melihat Gemini yang mahu meminum air itu.
Gemini terus minum champagne dalam satu teguk yang panjang. Habis satu gelas dengan hanya satu teguk sahaja.
Fourth ternganga melihat Gemini menghabiskan satu gelas penuh itu dengan satu teguk sahaja. Dia memandang Gemini. Tidak terkata. Speechless.
" Fourth tak boleh memarahi Gem kerana Gem meminum satu teguk sahaja " kata Gemini yang ketawa terkekeh. Pipinya memerah, mulai mabuk.
Fourth menelan salivanya sahaja. Dia tersenyum canggung dan mengangguk.
" Baiklah " balas Fourth dengan malas. Dia mengambil remote yang berada du atas meja kopi.
" Fourth... " panggil Gemini perlahan.
" Hmmm ? " gumam Fourth dan dia memandang Gemini.
Gemini terus menarik tengkuk Fourth dan bibirnya bertembung dengan bibir merah Fourth membuatkan Fourth terkejut.
Mata Fourth terbeliak besar dengan jantungnya yang berdegup kencang. Darahnya berdesir panas di dalam urat saraf nya.
Gemini menutup matanya dan dia menggerakkan bibirnya. Dia melumat bibir Fourth dengan lembut.
Fourth perlahan-perlahan menutup matanya dan dia membuka mulutnya, membalas ciuman Gemini tersebut. Dia merangkul leher Gemini dengan erat bila merasakan lidah Gemini memasuki rongga mulutnya.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...