Fourth memandang sekeliling yang kelihatan sungguh asing di matanya. Dahinya berkerut melihat terowong yang dilalui Gemini saat ini berwarna putih.
Mereka di mana ini ?
Ke mana Gemini mahu membawaknya ?
Disangkanya mereka berada di dalam terowong putih, tapi rupa-rupanya gunung-ganang dengan pokok pain dibaluti salji yang memutih memenuhi pemandangan. Matanya terpaku dekat keindahan alam yang sungguh indah. Terpesona.
" It's so beautiful " puji Fourth dengan senyuman di bibir. Dia menjeling Gemini yang tengah memandu kereta.
Dia pelik. Mereka baru berkahwin selama seminggu dan Gemini membawaknya ke tempat asing. Pada hari itu, dia baru pulang dari universiti dan dia kebingungan bila ada dua luggage di ruang tamu. Gemini mengajaknya pergi ke airport dan dia hanya mengikuti sahaja. Mereka menaiki kapal terbang menuju ke mana, dia tidak tahu kerana Gemini tidak memberitahunya. Semasa mahu mendarat, Gemini menutup matanya dengan satu kain warna hitam lalu turun sahaja dari kapal terbang, Gemini menyewa kereta Bentley. Dan sekarang ini, dia di dalam kereta Bentley bersama Gemini. Penutup mata sudah dibuka beberapa minit lepas ketika mereka di dalam terowong putih yang sebenarnya pokok pain ini.
" Gem.. Kita di mana ini ? " tanya Fourth dengan kerutan di dahi. Dia memandang Gemini yang fokus memandu di sebelahnya.
Gemini diam dengan senyuman simpul di bibir. Baiklah. Dia tidak akan bertanya sama sekali !!
Dipandang ke kiri dan ke kanan. Hanya ada salji yang memutih. Rasa-rasanha tadi ada papan tanda, tapi dalam bahasa yang tidak difahaminya. Nampak seperti bahasa Perancis tapi bukan bahasa Perancis.
Gemini menjeling Fourth. Fourth yang tengah melihat ke luar tingkap menjamah matanya. Dia mendengus geli hati bila melihat Fourth merajuk dengannya.
" Fourth... " panggil Gemini.
" Hmm ? " Fourth berpaling, memandang Gemini dan satu kucupan lembut hinggap di pipinya membuatkan Fourth terkejut.
Fourth memandang Gemini dan Gemini hanya ketawa kecil sahaja. Fourth senyum dan mengusap pipinya yang memerah kerana malu campur kedinginan yang mencucuk.
Hampir dua jam Gemini memandu dan akhirnya mereka sampai di lereng pergunungan. Pekan kecil juga jelas kelihatan sepanjang laluan. Gemini masih memandu tetapi dalam tempoh perlahan kerana jalanan yang licin oleh salji.
Sesekali, Fourth akan mengurut bahu dan leher suaminya. Dia berssa bimbang jika Gemini mengantuk. Tidak memasal mereka kemalangan di sini.
Sebuah lorong dari jalan besar dimasuki oleh mereka hinggalah sampai ke kawasan perumahan. Gemini terus memandu sebelum berhenti di sebuah rumah yang dibuat daripada kayu pokok Alpine. Rumah yang sebesar saiz rumah semi-D. Sekeliling rumah dipagari dengan pagar yang jelas diperbuat daripada batang pokok Alpine.
" Kita di mana ini ? " tanya Fourth sambil menggaru hujung keningnya.
" Here we are. Honeymoon !! " jerit Gemini dengan ceria.
Mata Fourth membesar, " Honeymoon ? " tanya Fourth dengan nada tidak percaya.
" Yes dear " Gemini mencuit dagu Fourth dengan manja.
Tempat yang dipilih Gemini ini sangat privasi sebenarnya. Kotej mereka terletak agak jauh dari rumah yang lain. Belakangnya kelihatan jelas gunung-ganang bersalut salji seperti banjaran Alps. Kalau betul perkiraan Geografi, mereka mungkin berada di Mont Blanc, France. Dalam kegelapan malam, terdapat salji-salji yang memutih, kelihatan seperti kristal yang berkilauan. Jauh bezanya dengan salji di England.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romance" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...