Chapter 7

363 26 1
                                    

Gebar Duvet ditarik sampai ke bawah dagunya. Fourth tekun menonton filem yang telah dipilih oleh Gemini. Cerita The Notebook yang membuatkan air matanya mengalir dalam diam. Gemini yang berbaring di sebelah Fourth,  hanya memandang sahaja Fourth menangis. Mungkin ruang yang gelap membuatkan Fourth tidak perasan Gemini sedang memerhatikannya.

Cerita yang lebih bersifat ulang kembali. Tarikan di antara dua insan yang sangat kuat, sampai membawa ke tua. Heroin yang berasal dari keluarga kaya manakala hero hanyalah seorang lelaki biasa, namun keserasian di antara mereka sangat kuat. Walaupun terpisah sebentar hingga si perempuan bertunang dengan jejaka yang jauh lebih berstatus dan kaya, namun apabila mereka kembali berjumpa, cinta datang kembali tanpa dipinta.

Lebih menyentuh jiwa apabila kedua-duanya menginjak ke tua. Si perempuan yang sudah nyanyuk sering terlupa siapa suaminya itu. Setiap hari jugalah si suami akan menceritakan mengenai kisah percintaan mereka supaya ingatan si perempuan kembali.

Apabila filem itu menayangkan saat si lelaki, Noah yang baru pulih dari pengsan dan dihantar ke hospital, terus pulang ke sisi isterinya yang sedang sakit, esakan Fourth semakin kuat.

Gemini segera menongkatkan kepalanya manakala sebelah tangannya memeluk Fourth.

" Shhhh... " bagai memujuk anak kecil, Gemini menepuk-nepuk lembut kepala Fourth, mahu menenangkan Fourth.

Ketika itu juga, Noah dan Allies, si heroin bertanya kepada Noah adakah cinta mereka sangat utuh hingga ajal pun tidak mampu memisahkan mereka ? Si Noah menjawab ya. Kemudian, kedua-duanya tidur bersama di atas katil hospital dan keesokannya, nurse menemui mereka mati dalam pelukan masing-masing.

Bertambah kuat tangisan Fourth membuatkan Gemini terkejut. Gemini yang berbaring, terus duduk dan menarik Fourth ke dalam pelukannya.

" Kenapa ni ? Itu just cerita je " pujuk Gemini, menepuk-nepuk badan belakang Fourth.

" Kenapa... Kenapa cinta diorang sungguh bertahan ? Seperti cerita Titanic, Rose rela masuk kembali ke dalam Titanic daripada menyelamatkan diri semata-mata mahu berjumpa dengan Jack. Tidak sampai 48 jam, mereka sudah menemukan soulmate mereka. Rose rela menolak keluarganya ke tepi untuk merasai cinta nya dengan Jack. Tetapi Jack akhirnya mati. Kenapa mereka tidak bersama ? " tangis Fourth di dada Gemini.

Gemini menggelengkan kepalanya bila mengetahui Fourth seorang hati tisu. Cepat bersimpati. Cepat merasa sedih dan cepat menangis.

" Itu memang jalan ceritanya dia. Kita tak boleh menghalang " jawap Gemini selepas diam dalam keadaan yang agak lama.

" Cinta itu kadangkala menyakitkan lebih-lebih lagi berpisah tetapi tidak pernah mempunyai pertemuan " kata Fourth, menangis di bahu Gemini.

Gemini hanya membiarkan sahaja baju bahagian bahunya basah dengan air mata Fourth.

" Mereka mengetahui rasa cinta itu bagaimana. Sebab itu mereka berjuang demi cinta dan kasih sayang " jawap Gemini lagi.

" Yes, that right. Cinta dan suka berlainan. Cinta lebih berharga berbanding suka tetapi sayang lebih diperlukan di dalam sebuah hubungan " beritahu Fourth dengan esakan kecil.

" If you like a flower, you pluck it. But when you love that flower, you water it. Itu menunjukkan antara suka dan cinta " ucap Fourth dengan perlahan.

Tersentak Gemini mendengar kata-kata Fourth. Jantungnya berdegup laju.

Dia mempunyai perasaan dekat Fourth tetapi dia tidak tahu apakah ini cinta ataupun hanya mainan perasaan. Ketika dia bersama dengan Fourth, dia akan rasa nyaman, gembira dan bahagia. Dia tidak pernah merasakan perasaan seperti ini kecuali dengan Fourth dan bila Fourth berada di sisinya, dia berasa dirinya sempurna dengan adanya Fourth di dalam hidupnya.

Apakah dia ingin mengambil Fourth ataupun ingin menjaga Fourth ? Dia tidak tahu. Kadangkala, perasaannya berbelah bahagi. Tetapi yang penting, dia ingin hidup bersama Fourth. Dia tidak mahu kehilangan Fourth. Dia tidak rela Fourth dekat orang lain. Dengan Mark Pakin, dengan Satang, dia tidak menyukainya tetapi dia sedar, dia tiada hak untuk menghalangi Fourth untuk berkawan dengan mereka sebab dia dan Fourth tiada hubungan istimewa.

Dia tidak mahu luahkannya kerana dia tidak pasti lagi dengan perasaannya apatah lagi sekarang ini dia mempunyai tunang, Love. Perasaan Love pun perlu dijaga juga. Lebih-lebih lagi Love adalah seorang perempuan yang lembut dan baik hati. Love tidak pernah membuatnya marah tetapi dia yang memarahi Love yang tiba-tiba muncul di dalam hidupnya.

Bila dia melihat Love tenang menghadapi kemarahannya, dia akhirnya mengalah dan melayan Love dengan seadanya. Adakalanya, dia melayan Love dengan ikhlas dan adakalanya, dia melayan Love dengan kasar kerana mood nya yang tidak baik tetapi dia tidak pernah sesekali melampiaskan kemarahannya dekat Love. Dia hanya menerima sahaja takdirnya.

Antara Fourth dan Love, siapa yang dia mahu pilih untuk menemaninya sepanjang hidup ?

Semestinya dia memilih Fourth. Fourth segala-gala baginya walaupun mereka berkenalan tidak sampai setahun . Perkenalan mereka singkat tetapi ia menimbulkan satu perasaan halus di jiwanya. Indah.

Cinta tidak mengenali batas masa dan umur bukan ? Bukan niatnya ingin mencintai Fourth tetapi perasaan ini datang secara tiba-tiba. Perasaan ini tidak diundang. Tetapi dia takut, kalau dia meluahkan perasaannya dekat Fourth, Fourth akan menolak dan menjauhkan diri daripadanya. Dia tidak dapat membayangkannya.

Pertama kali dia berjumpa dengan Fourth, dia sudah merasakan getaran ini tetapi dia hanya mengabaikan sahaja. Tetapi makin lama, getaran ini semakin kuat membuatkan hatinya bergejolak bila berjumpa dengan Fourth. Dia berusaha tidak mahu jatuh cinta dekat Fourth tetapi dia tersungkur di hadapan Fourth. Dia jatuh cinta dekat Fourth tanpa dapat ditahan. Sebab itu dia selalu mengambil kesempatan ke atas Fourth. Dia tidak boleh menahan dirinya dari menyentuh Fourth. Dia ingin memberikan kasih sayang dan cintanya kepada Fourth tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu menyalurkan perasaan itu.

Dia melakukan hickey, mengucup pipi Fourth, menyentuh kulit Fourth dan mengucup bibir Fourth semasa Fourth tidur dengan lena, itu adalah kasih sayang nya kepada Fourth tetapi bila dia melakukan itu semua, Fourth tidak pernah menolak. Adakalanya, dia terfikir, apakah Fourth memiliki perasaan sama sepertinya ? Tetapi otaknya bercakap, mungkin Fourth menerima atas nafsu, bukannya cinta. Dia tidak yakin .Dia tidak tahu dan dia tidak mahu tahu kerana dia tahu dia akan terluka.

Jangan memberinya harapan yang tinggi. Dia tidak mahu bergembira terbang di langit tetapi suatu hari nanti, dia jatuh terhempas di tanah. Itu sungguh sakit. Sakit yang susah disembuhkan.

Lamunan Gemini terpadam bila tubuh Fourth yang berada di dalam pelukannya bergerak kecil. Gemini menolak sedikit tubuh Fourth dan senyuman bahagia terukir di bibirnya bila melihat mata Fourth tertutup dengan air mata yang bersisa di pipi. Fourth menangis sampai tertidur dan itu membuatkan Gemini ketawa kecil. Sungguh mencuit hatinya. Comel.

Gemini mematikan televisyen dan mengangkat Fourth bridal style ke dalam bilik tidurnya. Dia membaringkan Fourth perlahan-perlahan dan menyelimuti Fourth dengan comforter miliknya. Dia duduk di birai katil dan mengusap ubun-ubun rambut Fourth.

" Apakah kau merasakan apa yang aku rasa ? " tanya Gemini di telinga Fourth.

Tiada sahutan kerana Fourth lena di dalam tidurnya.

Gemini senyum nipis, " Selamat malam Fourth " ucap Gemini dan dia meletakkan bibirnya di atas bibir Fourth. Tiada tautan. Hanya bibir bertembung bibir.

Gemini menarik wajahnya dan memandang wajah Fourth yang tengah tidur. Senyuman manis terukir di bibirnya. Bahagia. Dia harap, masa berhenti seketika supaya kebahagiaan yang dia miliki saat ini, tidak berlalu dengan cepat.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now