Setiap hari, Gemini datang ke apartemen milik Fourth dan ia akan memujuk Fourth daripada luar tetapi itu semua hanya sia-sia kerana Fourth tidak pernah sekalipun membukakan pintu untuk Gemini.
Walaupun diperlakukan sebegitu, tetapi Gemini tetap tidak putus asa. Dia akan datang pada waktu petang ataupun malam untuk menjelaskan semua nya dekat Fourth. Dia tidak tahu, apakah Fourth masih ada di dalam ataupun tidak tetapi ia tetap bercerita pelbagai benda walaupun hati nya sakit dilayan sebegini oleh Fourth. Jika dia membuka pintu apartemen Fourth dengan kunci pedua, mesti pintu tidak boleh dibuka seperti ada sesuatu yang tersekat di pintu, menghalang Gemini untuk masuk ke dalam.
Kadangkala, Gemini akan menangis di situ, di hadapan pintu bila Fourth tidak kunjung keluar, seperti saat ini.
" Fourth... Keluar lah. Gem rindukan Fourth " ucap Gemini sambil mengetuk-ngetuk pintu apartemen tersebut.
" Kenapa layan Gem macam ini ? "
" Bukan niat Gem ingin menyembunyikan tali pertunangan Gem dengan Love dekat Fourth tapi Fourth tahu kan yang Gem tak sanggup beritahu perkara yang sebenarnya ? "
" Gem tahu kalau Gem beritahu perkara yang sebenarnya, Fourth akan tinggalkan Gem macam ni "
" Fourth.. Buka lah pintu. Gem rindukan Fourth. Sangat-sangat rindu. Gem nak tengok muka Fourth "
" Fourth.. Walaupun Gem dan Love bertunangan tetapi Gem tak pernah sesekali mencintai Love. Gem hanya mencintai Fourth "
" Fourth... Please forgive me. I'm terribly sorry. Open the door please. I miss you very much. Gem rasa Gem seperti mahu mati bila Fourth layan Gem seperti ini. Fourth.. Fourth... "
Gemini mengenggam tangannya yang berada di pintu. Dia melekatkan dahinya dekat pintu tersebut.
" Tolong lah Fourth, maafkan Gem. Gem tak tahu nak buat apa sekarang ni. Gem rindu Fourth. Gem cintakan Fourth. Sekali ini sahaja, keluar lah Fourth. Gem merayu sangat-sangat... hisk "
Setitis air mata Gemini mengalir di pipi bila seseorang yang dia harap kan tidak membuka pintu. Hatinya hancur, pedih sekali. Dia perlu lakukan apa supaya Fourth keluar daripada situ ? Dia hanya ingin melihat wajah Fourth sahaja. Dia sangat-sangat rindukan Fourth. Rindunya ini melebihi daripada apapun. Fikirannya hanya mempunyai nama Fourth, Fourth dan Fourth. Dia tidak fikir tentang benda lain kecuali Fourth. Dia hanya ingin Fourth membuka pintu untuk nya.
" Fourth... Gem tahu ini salah Gem kerana menipu Fourth tetapi apakah Fourth tahu sesusah apa Gem memyembunyikan perkara itu ? "
" Fourth tahu tak, menyembunyikan rahsia tali pertunangan Gem dengan Love dari Fourth adalah perkara yang paling susah sekali Gem alami selama Gem hidup. Gem rasa bersalah dekat Love kerana mencintai orang lain tetapi pada masa yang sama, Gem rasa bersalah dekat Fourth kerana menyembunyikan rahsia tersebut. Gem tersempit, Fourth ! Gem tak dapat larikan diri dari masalah ini. Gem berusaha tak nak lukakan hati Fourth. Gem berusaha tidak mahu sakiti Fourth tetapi kenapa janji Gem itu selalu tidak tertunai ? Kenapa Gem selalu sakiti Fourth lagi dan lagi ? Fourth, apakah berpisah itu keputusan yang baik untuk kita ? Tapi Gem tak sanggup melepaskan Fourth pergi. Gem cintakan Fourth. Jangan tinggalkan Gem. Fourth ! Ya Tuhan ! "
Gemini menangis teresak-esak di situ bila pintu tersebut kaku, tiada tanda-tanda pemilik di dalam ingin membuka pintu tersebut.
" Wahai Dewa Eros, mengapa mereka yang lain bisa mendua dengan mudah nya tetapi kami dibelenggu kerumitan cinta ? Apa sebenarnya tujuan kamu ? " tanya Gemini, memandang ke arah siling dengan air mata yang semakin deras mengalir di pipi. Kerongkong nya kering dan bibir pucat merekah. Saliva ditelan beberapa kali.
YOU ARE READING
[ BL ] Flower and Cigarettes
Romans" Apakah kau masih simpan bunga itu ? " - Gemini " Iya, aku masih simpan. Kau ? " - Fourth " Masih dan ia sungguh mekar sekali " - Gemini . . . . . . . . . . . .. . . . " Mahu dengar sesuatu yang manis ? " - Gemini " Berhe...