Chapter 25

216 15 0
                                    

Fourth berjalan di jalanan persimpangan, sendirian. Bulan sabit di atas langit ditutupi oleh awan-awan memberikan cahaya remang di sekitar jalanan persimpangan itu membuatkan bulu roma Fourth berdiri perlahan-perlahan. Fourth memandang sekeliling dengan pandangan yang waswas, ketakutan menguasai dirinya.

Selalunya, Gemini yang akan menemaninya pulang tetapi waktu sekarang ini, tiada Gemini di sisinya membuatkan dia sedikit takut untuk berjalan di sini tetapi dia tetap memberanikan diri untuk berjalan kerana hanya satu-satunya jalan persimpangan ini yang sungguh dekat dengan apartemen nya.

Fourth mengeratkan pegangan nya di tali tas ransel nya yang berada di bahu. Dia menelan saliva berkali-kali tanpa henti. Kakinya sedikit menggigil apabila angin kencang menerpa dirinya. Dingin sekali malam ini.

Krekk..

Satu bunyi yang memasuki indra pendengaran Fourth membuatkan langkah Fourth terhenti. Nafasnya tersekat-sekat ketakutan. Bunyi apa itu ? Datang dari mana ?

Fourth perlahan-perlahan melihat ke belakang dan masa itu jantungnya seperti tergelincir ke perut melihat pakcik banduan psikopat itu berdiri tidak jauh darinya tengah memegang botol arak warna hitam sambil memandangi nya dengan seringaian.

Lari ! Lari Fourth !! Teriak batinnya membuatkannya terus berlari dari situ. Dan malang nya, dia jatuh tersungkur kerana terpijak tali kasut nya sendiri.

Damn !!!

Masa itu Fourth merasakan kedua kakinya ditarik. Fourth terkejut melihat muka pakcik psikopat itu yang diterangi oleh cahaya bulan sabit. Menyeramkan. Menakutkan. Wajah itu bengis dan kepala pakcik itu tiada sehelai rambut. Ada parut yang sungguh buruk dari mata kanan melingkar sampai ke bibir atas membuatkan gigi dan gusi pakcik itu terlihat. Gigi-gigi pakcik itu berwarna kekuningan dan nafas pakcik itu sungguh busuk sekali. Shit !!!

" Lepaskan aku sialan !! " teriak Fourth, ingin menendang perut pakcik itu tetapi tendangannya hanya mengenai angin sahaja.

Pakcik psikopat itu hanya ketawa terbahak-bahak melihat ketakutan di wajah Fourth. Dia terus memeluk Fourth dengan erat membuatkan Fourth meronta-ronta dengan kasar. Fourth rasa ingin muntah bila terhidu bau badan pakcik itu yang sungguh memualkan tekak nya.

Pakcik itu menarik Fourth ke arah satu bangunan lama dengan kuat. Fourth masih tidak berputus asa ingin melepaskan dirinya dari pelukan pakcik tersebut. Sungguh, dia ketakutan saat ini. Ketakutan menenggelamkan semua emosi nya sekarang. Hanya takut, takut dan takut sahaja berada di jiwanya.

Fourth dengan kuat, menggigit lengan pakcik itu yang melingkar di lehernya. Kekuatan gigitannya itu sampaikan pakcik itu melepaskan lehernya sambil menjerit kesakitan.

" Arghh !! "

Peluang itu digunakan oleh Fourth. Fourth berlari ke hadapan, ingin keluar daripada bangunan itu. Sambil berlari, dia mengeluarkan telefonnya dengan tergesa-gesa. Kelam-kabut yang dirasai saat ini membuatkan telefonnya hampir jatuh ke lantai tetapi dia sempat menangkap nya.

Fourth terus menekan nama Gemini di antara banyak-banyak kenalannya kerana nama Gemini yang berada di paling atas sekali.

Deringan pertama, Gemini tidak menjawap.

Fourth memandang ke belakang dan matanya terbeliak besar melihat pakcik itu mengeluarkan pisau di sebalik baju dengan wajah yang bengis.

Fourth berlari dan dia terhenti berlari bila melihat jalan di hadapannya. Banyak pintu kayu yang tidak dipasang dengan elok. Mana pintu yang menuju ke jalan keluar ? Mana ?

Fourth memandang sekeliling dengan degupan jantung yang laju. Nafasnya memburu dengan dada yang berombak ganas seperti tsunami.

" Dasar anak kecil sialan ! Bangsat, kau tak akan terlepas dari aku kali ni !! " teriak pakcik psikopat itu membuatkan Fourth terkejut besar.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now