Chapter 40

225 12 0
                                    

" Arghhhhhhhhhh !!!! " teriak Gemini dan mencengkam ubun-ubun rambutnya dengan kasar.

Keadaanya kusut. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Fourth. Seminggu dia tidak dapat menjejak kehilangan Fourth.

Rambutnya mulai memanjang paras leher dan bangs nya sudah melebihi hidung, hujung bangs nya mencecah atas bibirnya. Kumis nya menebal dan wajahnya pucat. Tubuhnya kurus dan seminggu juga, dia tidak datang ke universiti membuatkan ramai pensyarah menanyakan keadaannya tetapi dia hanya memberitahu yang dia tidak sihat.

Gemini duduk di atas katil dan rambut yang berantakan. Wajahnya tidak terurus dan tidak dirawat dengan baik. Dia stres tentang kehilangan Fourth. Dia ada juga memberanikan dirinya berjumpa dengan Mark Pakin dan Satang. Hadap sahaja muka dua lelaki ini, dia merasakan tangannya bila-bila masa sahaja boleh terangkat, meninju wajah Satang dan Mark Pakin tetapi dia menahan dirinya daripada bertindak melebihi batas.

Dia bertanya kepada Satang, apakah nampak Fourth tapi Satang menjawap tidak nampak dan Fourth tidak datang ke sekolah selama seminggu. Satang juga bagitahu yang guru kelas memberitahu yang Fourth bercuti di tempat lahirnya. Gemini ada juga tanya di mana tempat lahir Fourth tetapi Satang hanya mengangkat bahu dan pergi begitu sahaja.

Selepas berjumpa dengan Satang, dua hari kemudian, dia berjumpa dengan Mark Pakin. Dia melihat keadaan Mark Pakin seperti keadaannya juga. Tidak terurus. Dia tanya tentang kehilangan Fourth dekat Mark Pakin dan Mark Pakin tidak mengetahui apa-apa setelah Fourth menolaknya ketika di hari kekasih, Valentine's Day.

Gemini tidak dapat menjejak Fourth. Dia mengambil rokok yang tersimpan di dalam laci dan dia menghisap rokok itu dengan nikmat. Dia menghembuskan asap rokok di udara dan dia melihat asap putih kelabu yang mengepul mengelilingi nya. Asap itu seperti beban nya. Banyak tanpa berkurang malahan bertambah.

Dia tidak menghisap rokok selama berada di sisi Fourth kerana dia mengetahui yang Fourth sedikit tidak menyukai bauan nakotin. Dari mana dia tahu ? Pernah suatu hari dia menghisap rokok di hadapan Fourth dan wajah Fourth berkedut seribu sambil mengipas asap rokok itu. Dari situ dia mengetahui Fourth tidak menyukai kotoran nakotin ini dan dia akan menghisap rokok ketika tiada Fourth di sisinya atau ketika dia stres.

Dia memandang botol champagne milik Phuwin yang berada di atas almari kaca dengan pandangan kosong.

Phuwin ? Apa khabar Phuwin ? Sudah lama dia tidak mendengar khabar Phuwin. Apakah Phuwin sudah berbahagia dengan Pond ? Dia sangat bersyukur kalau Phuwin berbahagia dengan Pond.

Pond ?!

Pond cousin kepada Fourth dan mesti Pond tahu tempat lahir Fourth kan ?

Tiba-tiba energi Gemini kembali penuh dan Gemini mematikan rokok nya. Dia mengambil jaket jeans dan memasangkan di tubuhnya. Topi hitam dipakai dan dia mengambil kunci keretanya. Dia terus berlari ke arah lif dan dia menunggu lif terbuka.

Ting !

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk, kakinya terhenti. Wajahnya yang ceria tadi bertukar menjadi datar dan dingin. Kunci kereta di tangannya, digenggam dengan erat membuatkan urat-urat timbul di sekitar nya. Rahangnya diketap kuat.

" Gemini.. " panggil Love, melangkah satu tapak ke arah Gemini tetapi Gemini berundur seribu langkah.

" Kan aku dah cakap yang aku tak nak jumpa kau. Aku tak nak tengok muka kau. Kau tak faham bahasa ke ? " tanya Gemini dengan suara yang bergetar penuh amarah.

" Gemini, I datang sini bukan nak bergaduh dengan you. I datang sini sebab I nak minta maaf dengan sikap I " ucap Love, menundukkan kepalanya.

" Aku tak nak dengar. Kau pergi sana. Aku tak nak tengok muka kau. Aku benci kau ! "

" Gemini.. Bagilah I peluang lagi sekali " rayu Love sambil memegang tangan Gemini tetapi Gemini menepis tangan Love dengan kasar.

" Kau balik sana. Aku tak nak tengok muka kau. Aku tengah sibuk sekarang ni " Gemini melangkah masuk ke dalam lif.

Dia menekan butang lif yang paling bawah sekali. Baru sahaja pintu mahu tertutup, pintu terbuka kembali bila Love menghalang pintu lif dari tertutup.

" You maafkan I tak ? " tanya Love, memandang Gemini dengan pandangan yang sayu.

Gemini berdecit dan dia menarik Love masuk ke dalam lif. Selepas Love masuk ke dalam lif, dia keluar dari lif dan pintu lif tertutup dengan teriakan Love.

" Gemini !! "

Gemini memandang sahaja lif yang mulai turun. Gemini mendengus dan dia menggunakan pintu keluar kecemasan. Tangga yang banyak itu membuatkannya agak kepenatan tetapi lebih baik dia turun tangga daripada menggunakan lif bersama dengan Love.

Sampai sahaja di lantai paling bawah, Gemini terus berlari ke arah keretanya dan dia menelefon Pond.

Deringan pertama, Pond tidak menjawap tetapi bila masuk deringan kedua, panggilannya dijawap dari seberang sana.

" Hello Gemini. Kau nak apa ? "

" Hello phi. Phi tahu tak kat mana tempat lahir Fourth ? " tanya Gemini dengan nada tergesa-gesa. Dia menghidupkan enjin kereta.

" Hmmmm.. Kenapa ? "

" Tak. Saja je tanya. Phi tahu tak ? " tanya Gemini dengan pertanyaan sama.

" Mesti lah tahu. Fourth dan aku dari tempat sama. Dari Krabi. Kalau nak pergi Krabi, better kau guna kapal terbang sebab hanya 1 jam lebih je tapi kalau kau naik kereta atau bus, maybe 11 jam ke sana " bagitahu Pond santai.

" Baiklah phi. Terima kasih. Aku tutup dulu " Gemini terus menutup call itu tanpa membenarkan Pond menbalas percakapannya.

Gemini terus menancap gas dan keretanya meluncur laju membelah jalanan. Dia menuju ke jalanan Krabi dengan wajah yang tegas. Dia mahu mencari Fourth di Krabi. Berani Fourth melarikan diri daripadanya.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now