Chapter 10

312 22 1
                                    

Gemini dan Fourth jalan bersebelahan. Suasana diantara mereka sepi.

" Aku nak hantar kau " tiba-tiba Fourth bersuara.

" Hantar aku ? " Gemini kembali mengulangi kata-kata Fourth tadi. Kebingungan.

Fourth mengangguk, " Hm ! Aku nak hantar kau kat kondominum kau "

" Habis kau ? Macam mana ? Kau okay ke jalan sorang-sorang kat jalan persimpangan tu ? " tanya Gemini dengan risau.

Fourth senyum, " Kalau aku dalam bahaya ataupun aku mahu meminta tolong kau, aku akan telefon kau okay ? " Fourth menyakinkan Gemini supaya tidak risaukannya.

Gemini diam seketika. Dia memandang hadapan dengan pandangan redup.

" Gemmmm... " panggil Fourth dengan manja. Dia menolak bahu Gemini dengan badannya.

Gemini pandang Fourth dan masa itu, Fourth tersenyum manis.

" Okay ? " tanya Fourth.

Gemini kalah dengan senyuman Fourth. Dia senyum manis dan mengangguk, " Baiklah " jawap Gemini dengan cepat.

Fourth menghela nafas dan berjalan ke hadapan terlebih dahulu. Fourth berjalan sambil memandang langit yang dipenuhi jutaan bintang.

" Bintang-bintang di langit.. " nyanyi Fourth dengan lembut.

" Menghiasi angkasa.. " Gemini menyambung nyanyian Fourth membuatkan Fourth berpaling, memandang Gemini.

" Tinggi di atas tanah, seperti mutiara " sambung Gemini dan Fourth serentak. Mereka ketawa serentak.

Angin malam menerpa tubuh mereka. Fourth memandang Gemini dari sisi. Gemini kacak. Sangat-sangat handsome membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali terhadap Gemini.

Gemini yang menyedari diperhatikan, memandang Fourth dan mata mereka bertatapan. Fourth dengan laju, mengalihkan pandangan mata dengan jantungnya berdegup laju bersama senyuman lebar di bibirnya.

Gemini ketawa kecil melihat sikap malu Fourth. Menghiburkannya. Dia dapat melihat telinga Fourth memerah. Gemini menggelengkan kepalanya.


GEMINI berdecit bila nampak Love berada di hadapan pintu kondominumnya. Dia memandang Fourth yang berada di sebelahnya. Kelihatan, wajah Fourth kebingungan melihat Love.

Fourth terdiam melihat wajah cantik Love. Wajah cantik ini yang bersama Gemini di dalam frame gambar yang pernah dia pecahkan dulu. Apa hubungan Gemini dengan perempuan ini ? Harap tidak membuatnya kecewa. Dia berharap sangat mereka tidak ada apa-apa hubungan.

" Hai Gemini ! " Love dengan ceria, melambai Gemini.

" Hai " balas Gemini datar. Dia tidak mahu berjumpa dengan Love. Daripada mood nya gembira kerana berjalan dengan Fourth, jadi down terus mood nya bila nampak wajah Love di sini.

Love pandang Fourth dengan pandangan kebingungan. Melihat Love melihat Fourth membuatkan Gemini cemburu. Gemini dengan segera, berdeham kuat.

" Ehem !! "

Love dan Fourth memandang Gemini dengan pandangan pelik.

" Kenapa Gem ? Kau sakit ke ? " tanya Fourth, mengangkat kening.

Gemini ketawa kecil, " Tak lah "

Fourth hanya mengangguk kecil.

" Gemini, ni siapa ? " tanya Love bila terasa dirinya dipinggirkan buat seketika. Dia menunjuk Fourth.

" Oh, Fourth, ni Love yang pernah aku cakapkan tu dan Love, ni Fourth " Gemini memperkenalkan mereka berdua.

Fourth senyum manis dekat Love dan Love membalas senyuman manis Fourth dengan senyuman simpul. Tiba-tiba perasaan kurang senang menapak dalam hatinya bila melihat kerapatan tubuh Gemini dan Fourth yang berdiri bersebelahan. Bahu dan tangan mereka bersentuhan. Jika dia dan Gemini, tidak sentuh langsung malah Gemini menjaga jarak dengannya. Perkara ini membuatkannya cemburu tetapi dia cepat-cepat menyedarkan dirinya bahawa Fourth itu lelaki.

[ BL ] Flower and Cigarettes Where stories live. Discover now