BAB 3

161 16 13
                                    

Motosikal diparkir di tempat yang disediakan. Selepas itu, dia mengatur langkah ke arah lif untuk ke rumahnya. Syah duduk di rumah flat yang kebanyakannya dihuni oleh pelajar-pelajar universiti.

Sampai saja di hadapan lif, terpaksalah dia hadap masalah lif rosak. Terdapat kertas yang ditampal di pintu lif yang ditulis, 'MAAF, LIF ROSAK'.

"Haih... Naik tangga lagi lah jawabnya," getus hati Syah.

Dia menaiki tangga ke tingkat empat. Syah berjalan sehingga tiba di hadapan rumahnya.

Pintu dibuka, salam diberi. Kemudian, dia masuk ke dalam rumah menggunakan kaki kanan - seperti biasa.

"Ya Allah... Letihnya hari ini." Syah meletakkan beg galasnya ke atas sofa. Ingin saja dia membersihkan diri dahulu, tetapi rasa kantuknya tidak dapat dibendung lagi.

"Kacau budak kecil itu dululah." Senyuman ala-ala Joker ditayangkan.

Dia menghubungi Syahidah melalui panggilan video. Biar adiknya rasa terganggu.

"Assalamualaikum, Idah." Salam diujarkan sebagai pembuka bicara.

Syahidah terkejut. Tiba-tiba saja abangnya itu membuat panggilan video. Dia ingatkan ia hanya panggilan suara.

Kepalanya yang masih berbalut itu ditutup dengan selimut yang sempat ditarik tadi.

"W-Waalaikumussalam... A-Abang, kenapa call Idah tiba-tiba?" Syahidah dengan cemas menjawab salam abangnya.

"Kenapa dengan kepala Idah itu? Memang ada balutan, atau abang yang salah nampak?" Pertanyaan Syah dibiar tanpa jawapan buat sementara waktu.

"Err... Hmm... Tak ada apa-apa. Hari itu, Idah terhantuk sikit. Bengkak." Syahidah tersengih-sengih.

"Ya ke? Atau Idah kena pukul dengan ayah?" Suara Syah bertukar serius. Tidak ceria seperti biasa.

Overprotective mode, ON!

"Eh, tak. Mana ada." Syahidah menafikan soalan abangnya itu.

"Macam mana abang tahu?" soalnya di dalam hati.

"Kalau ayah atau mak pukul, beritahu abang. Jangan diam. Sama juga, kalau budak-budak itu buli Idah. Kadang dia orang itu kurang ajar juga," tegas Syah.

Dia berkata seperti itu kerana tidak mahu Syahidah dipukul dan dimaki hamun oleh emak dan ayah.

Macam yang dia alami dahulu.

"Baik, abang. Tapi Idah okey saja. Tak ada apa yang serius pun. Idah memang terjatuh, lepas itu terhantuk bucu meja. Sakit... Hmm..." Bibir dimuncungkan sedikit meminta simpati. Syah tertawa halus.

"Kasihannya adik abang ini. Nak abang balik lah itu," ujar Syah. Macam tahu-tahu saja yang si adik itu merinduinya.

"Nak!" Teruja nada Syahidah.

Abang kesayangannya itu tergelak kecil mendengar balasannya.

"Ada-ada saja dia." Matanya yang redup digosok lembut. Dia mengantuk, namun tetap ingin menyambung perbualan dengan adiknya.

Tak berbual sehari pun dah boleh sunyi hidupnya.

"Abang mengantuk ya? Pergilah rehat. Esok abang ada kelas kan?" Kasihan pula lihat wajah kuyu abangnya itu.

"Dah tahu mengantuk, kenapa call Idah?" getus hati Syahidah.

"Tak nak. Abang belum mandi lagi," jawabnya senada.

"Pergilah mandi, abang." Syahidah menongkat dagu sambil memandang wajah abangnya.

"Tak nak," balas abangnya lagi.

"Ish, degil sungguh!" Jelingan sebelah mata diberikan kepada Syah. Semakin galak abangnya itu menggelakkannya.

"Yalah. Abang mandi dulu. Oh ya. Tadi dekat sekolah macam mana? Okey?" tanya Syah, lembut.

"Okey saja. Tapi seronok juga kenakan Rina tadi." Syahidah membuka cerita.

"Idah buat apa dekat Rina? Jangan buli orang ya... Nanti kalau pengetua panggil Idah, abang yang malu." Syahidah mengerutkan dahi.

"Dah kenapa abang pula yang malu? Idah lah yang sepatutnya malu," kata Syahidah.

"Sebab abang kan bekas ketua pengawas. Nanti malulah orang kata, abang bekas ketua pengawas, adik suka buli orang." Syah meniru gaya percakapan pelajar perempuan yang suka bergosip.

"Ceh, masuk bakul angkat sendiri. Berlagak..." komen Syahidah terhadap abangnya. Syah tersengih dan menjongketkan sebelah keningnya.

"Idah tak buli Rina pun. Idah cuma gurau saja tadi. Kononnya Idah tak bawa kertas pembentangan, padahal ada saja dalam beg," sambung Syahidah.

Syah hanya meng'oh'kan sahaja. Dia melayani cerita Syahidah hingga akhirnya tertidur sambil memegang telefon di tangan.

"Abang... Laahh... Tertidur pula. Abang, bangun. Tidur dekat bilik sana. Abang," panggil Syahidah. Suaranya dikuatkan sedikit untuk menyedarkan abangnya.

"Astaghfirullahal'azim... Maaf, maaf. Abang masuk tidur dululah." Syah tersentak dari lelap.

"Jangan lupa untuk mandi, tau. Nanti busuk. Assalamualaikum." Sempat lagi dia bergurau-senda.

"Baik, bos kecil. Waalaikumussalam wbt," jawab Syah. Panggilan ditamatkan.

"Bilalah aku nak cuti ini?" monolognya perlahan. Matanya digosok-gosok.

Melihat kecederaan pada bahagian kepala Syahidah tadi saja, dia dah dapat tahu bahawa adiknya berbohong.

Dia tahu, semua itu dilakukan oleh ayahnya, Suhaimi.

Kepala digeleng perlahan. Semakin jauh dia daripada Syahidah, semakin menjadi-jadi layanan mereka terhadap si adik itu.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now