BAB 50

129 11 14
                                    

Hilman yang baru sahaja selesai solat subuh di surau hospital berjalan ke wad yang menempatkan Helmi dengan perlahan-lahan.

Sewaktu berjalan-jalan, dia berselisih dengan Laila, insan yang telah lama meninggalkannya kini berpimpin tangan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin sebaya atau setahun lebih muda daripada Helmi.

"Mama..." Hilman menegur wanita itu. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan si ibu tercinta.

"Kau ini siapa nak panggil aku mama?" Terkesima sekejap Hilman di situ.

"Ini Hilman, mama. Mama tak ingat Hilman ke?" Retina matanya tenang menatap roman muka sang ibu.

"Aku tak ada anak yang namanya Hilman. Ke tepi," tegas Laila.

"Mama, jom ikut Man. Helmi sakit mama. Dia dengan abah baru accident. Kalau mama jumpa dia, mesti dia gembira." Hilman masih tidak berputus asa untuk melembutkan hati mamanya.

"Anak aku seorang saja. By the way, kau gila ke main terjah orang yang bukan siapa-siapa untuk kau? Tak tahu malu?" Jelingan tajam diberikan kepada Hilman.

Hilman senyap. Dia tahu mamanya buat-buat lupa siapa dirinya. Dia tahu mamanya itu takkan mengaku bahawa dia dan Helmi itu anaknya.

Hatinya remuk teruk. Mungkin dia tidak patut menyapa mamanya tadi.

"Maafkan saya. Mungkin saya salah orang." Hilman menunduk hormat dan berlalu pergi dari situ. Dia terasa sebu.

Laila hanya menghantar pemergian Hilman dengan ekor mata sebelum melayani anak perempuannya yang berpakaian pesakit hospital.

"Kenapa dia boleh muncul dekat sini?" monolog Laila.

Hilman masuk ke dalam bilik wad tersebut. Katil Helmi ditujunya. Ternyata ada jururawat yang sedang memeriksa keadaan Helmi. Jadi Hilman menunggu di sisi katil itu dan tersenyum kecil kepada jururawat tersebut.

Setelah jururawat itu selesai menjalankan tugasnya, Hilman melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan.

"Abang, adik nak jumpa abah." Tangan Hilman dia pegang. Hilman menggeleng kecil.

"Abang pun tak dapat jumpa abah lagi, adik. Tengah hari nanti abang pergi," ujar Hilman.

Helmi diam. Pandangan ditalakan ke tempat lain.

"Adik lapar? Nak abang belikan apa-apa makanan?" Helmi tidak mahu. Dia hanya menutup mata dan ingin berehat.

Hilman membiarkan adiknya tidur. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon.

Dia membuka aplikasi YouTube untuk mendengar ceramah ustaz yang dia sering ikuti. Fon telinga dipakai agar kelantangan bunyi tidak memganggu pasakit lain yang sedang berehat.

Hilman mengamati apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Tajuk yang dipilih amatlah sesuai dengan apa yang sedang dialami oleh semua remaja zaman sekarang.

Couple.

Perkara yang kebanyakan remaja terlibat dalamnya. Berpasangan dengan yang bukan mahram tanpa apa-apa ikatan.

Hilman rasa tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut walaupun dia masih belum pernah bercinta dengan mana-mana perempuan lagi.

Dia akui, perasaan suka itu memang ada dalam hati. Cuma belum masanya lagi untuk dia melayani perasaan itu. Dia memilih untuk kekal pendam perasaan cinta itu daripada menyatakannya.

Dan gadis yang dia suka itu juga sangat menjaga agama dan batas pergaulan bersama lelaki ajnabi.

"Nak bercinta? Boleh... Lepas dah kahwin dengan wanita atau lelaki yang dipilih itu. Sebab apa? Bercinta selepas nikah itu lagi manis orang kata."

"Habis itu ustaz, macam mana nak kenal pasangan sebelum kahwin kalau tak bercinta? Jawapan saya mudah saja, ta'aruf dulu. Lepas itu, khitbah. Kemudian, nikah..."

"Masalahnya, ustaz... Ta'aruf itu apa? Khitbah itu apa? Kalau nikah itu saya tahu lah."

"Ta'aruf ini, berkenalan. Tapi, berkenalan tanpa melanggar hukum syarak. Selidik latar belakang pasangan dengan cara yang sopan dan bermaruah. Khitbah pula, tunang..."

Ujaran sang ustaz itu sangat mudah untuk difahami. Hilman tersenyum sendiri. Dia mematikan video itu untuk seketika waktu.

"Abang Hilman. Adik nak air, boleh?" pinta Helmi.

"Boleh. Abang tuangkan ya?" Botol air mineral dicapai bersama sebuah cawan plastik pakai buang. Air mineral itu dituangkan ke dalam cawan tersebut dengan berhati-hati dan diberikan kepada Helmi.

Dia membantu Helmi memegang cawan.

"Dah?" Helmi mengangguk perlahan. Hilman meletakkan cawan yang telah kosong itu ke atas meja kecil di sisi katil semula.

Dia mengusap lembut ubun-ubun kepala Helmi.

"Demam adik tak kebah lagi... Tidur dulu ya. Nanti kalau abang panggil makan ubat, jangan kata tak mahu ya," kata Hilman, mengingatkan. Helmi mengangguk tanda faham.

———

Terima kasih atas bacaan anda!

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now