BAB 38

88 12 19
                                    

"Ah, tamat pun kelas hari ini..." Syahidah mengelap peluh di dahi dengan tuala kecil.

"Tapi buku Biologi aku... Ish, siapa yang ambil ini?" monolognya. Hatinya jadi resah memikirkan tentang buku nota yang hilang tadi.

Sedang dia berjalan di laluan susur gajah itu memandangkan laluan tersebut saja yang tidak sesak, mata tiba-tiba tertancap pada kulit buku yang terkoyak di tepi longkang.

Terlopong mulut Syahidah melihatnya.

"Buku aku! Allahuakbar... Siapa punya kerja ini? Macam mana aku nak ulang kaji?" Setitis demi setitis air mata jatuh.

"Seronoknya dapat koyakkan semua kertas itu! Rasa puas! Biar kau gagal SPM nanti." Suara Aina muncul dari belakang. Syahidah menahan amarah dengan mengambil nafas dalam-dalam.

"Idah, sabar... Astaghfirullahal'azim." Syahidah mengutip cebisan-cebisan kertas yang bersepah di lantai. Dia tidak mahu menghiraukan Aina.

Aina yang berasa jengkel dengan perbuatan Syahidah lantas merampas kertas-kertas dari tangan gadis itu dan mencampakkan ke dalam longkang yang basah.

"Aina!" Syahidah bangkit berdiri. Bibir diketap kuat. Lutut dan tangan terasa longgar. Empangan mata mula merembeskan mutiara jernih dengan deras.

Aina menggulingkan bebola mata tanda menyampah. Selepas itu, dia berjalan meninggalkan Syahidah. Sempat juga dia melanggar bahu remaja itu dengan kasar.

Tuala kecil diambil dari poket seluar. Air mata yang mengalir dikesat. Sudahlah dia sedang selsema, lepas itu pergi menangis seperti ini. Makin banyaklah hingus keluar.

"Buat malu saja menangis dekat sini. Apalah kau ini Idah!" gumam Syahidah. Cebisan kertas yang telah basah itu dia kutip dan buang ke dalam tong sampah.

Kaki diatur keluar dari perkarangan sekolah.

"Mungkin abang ada buku rujukan. Pinjam sajalah," bisiknya sambil berjalan kaki.

-----

Telefon diambil dari bawah bantal. Dia membuka ruang perbualan bersama Syah di aplikasi WhatsApp.

Abang. Assalamualaikum.

Ucapan salam dihantar terlebih dahulu. Sambil-sambil menunggu balasan mesej tersebut, Syahidah melihat hantaran status Rina.

"Kalau kita masih rapat macam dulu, mesti syok kan?" omel Syahidah.

"Tapi itulah... Kau dah ada kawan yang lagi baik, nak buat macam mana." Dagu ditongkat di atas meja.

Zzzt...

Getaran telefon bimbit mengejutkan Syahidah.

"Tengok itu! Kita mesej, dia pergi telefon pula," rungutnya. Butang hijau ditekan dan dia menjawab panggilan tersebut.

"Kenapa, Idah?" soal Syah sebaik menerima balasan salam daripada Syahidah.

"Abang... Idah sebenarnya nak minta izin. Nak pinjam buku rujukan Biologi boleh?" Nada sedihnya tidak dapat disorokkan. Syah yang berada di dalam talian berkerut sedikit.

"Kenapa sedih semacam saja abang dengar suara itu?" Syah menyoal dengan tenang.

"Tak ada apa-apa. Sakit tekak sikit," ujar Syahidah.

"Jangan lupa minum air masak banyak-banyak... Buku itu ambil saja. Buku abang, buku Idah juga. Jangan malu-malu," ujar Syah. Bersinar-sinar mata si adik apabila diberikan lampu hijau seperti itu.

"Terima kasih!" Ucapan itu dilaung dengan agak kuat sehingga Syah menjauhkan telefon daripada cuping telinga. Dia juga tertawa halus.

"Pekak lah telinga abangmu ini nanti wahai adik," tutur Syah. Syahidah tersengih sendiri.

"Marhaban, Syahidah!" Ah, sudah! Suara siapa pula yang menegurnya itu? Syahidah terpinga-pinga.

"Abang, siapa itu?" Satu pertanyaan diutarakan.

"Itu Firman. Kawan abang... Alaa, takkan tak kenal kut? Budak yang suka cari fasal dengan abang itulah," beritahu Syah. Syahidah baru teringat akan sahabat si abang itu. Dia membalas sapaan tadi dengan sopan.

"Lagi tiga minggu nak SPM kan? Buat betul-betul. Kalahkan si Syah ini." Dia merampas telefon pintar Syah dan menyampuk perbualan mereka sekaligus menukar topik. Syahidah tertawa kecil.

"Yoshi!" jawab Syahidah dengan yakin.

"Dia cakap bahasa apa itu Syah? Apa maksudnya? Kau mesti faham kan?" Telefon dialihkan agar perbualannya dengan Syah tidak didengari oleh Syahidah.

"Yoshi itu bahasa Jepun. Maksudnya dalam bahasa Melayu, baiklah. Itu pun tak tahu..." Nada mengejek dikekalkan di hujung ayat. Firman berdecit tidak puas hati. Telefon diberikan kepada Syah semula.

"Abang, Idah nak sambung ulang kaji. Bye, bye! Assalamualaikum," putusnya. Syah menjawab dan mengakhiri panggilan.

Kopiah yang terletak elok di atas kepala Firman dia tarik ke tepi sehingga terlihat senget.

"La tahsab kub'ati!" Dia melarang Syah daripada menarik kopiahnya. Geram.

"Man qala lil'usuur 'ala sif? Kan dah kena..." kata Syah. Firman memeluk tubuh memandang tempat ke orang yang sedang masuk ke dalam masjid.

"Dah, jom solat. Lagi 18 minit nak azan maghrib." Dia mengajak Firman yang masih mengomel sendiri.

Mereka sama-sama memasuki ruang solat sementara menunggu azan maghrib dikumandangkan.

#####

Terjemahan;

"Marhaban, Syahidah!"
"Hai, Syahidah!'

"La tahsab kub'ati!"
– "Jangan tarik kopiah aku!"

"Man qala lil'usuur 'ala sif?..."
– "Siapa suruh cari gaduh?..."

Terima kasih atas bacaan anda!

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now