BAB 39

84 9 25
                                    

Seminggu lagi sebelum dia perlu memasuki dewan peperiksaan untuk berperang di atas kertas ujian. Hilman membaca basmalah sebelum memulakan sesi ulang kaji.

Belum sempat dia membuka buku teks Sejarah, jeritan kecil daripada Helmi mengejutkannya. Hilman menggeleng kepala. Dia berjalan keluar dari bilik untuk melihat apa yang berlaku di ruang tamu.

Mana tahu ruang tamu rumah itu sudah terbakar dek kerana kecuaian si Helmi.

"Adik, buat apa itu?" Lega sedikit setelah melihat ruang tamu masih dalam keadaan elok. Helmi tunduk kepala menekur lantai. Tangan kanan menutup muka.

"Menangis ke? Adik..." Dia mendekati Helmi. Belakang si kecil itu diusap-usap.

"Abang... Jojo dah tak ada. Tengok itu." Jari dihalakan ke arah seekor kucing yang sudah terkulai layu di tepi sofa. Membulat mata Hilman melihat situasi tersebut.

Dia segera menjenguk anak kucing itu. Terasa sebak hati Hilman. Baru saja mereka membela kucing itu setelah Halim membawa pulang dari tempat kerjanya.

"Adik sayang Jojo..." Si adik datang mengambil mayat kucing itu dan memeluk ia erat.

"Kita tanam mayat Jojo dekat belakang ya? Nanti kalau ayah dah balik, kita beritahu ayah," kata Hilman. Dia memujuk Helmi agar berhenti menangis.

"Tak nak! Adik nak Jojo." Dia menepis tangan Hilman.

"Tapi..." Hilman menghela nafas berat. Kemudian, dia duduk di sebelah Helmi membiarkan dia dengan kucing kesayangannya itu.

Biarlah si adik melepaskan rasa sedihnya dahulu. Kelak dia juga yang datang minta mayat itu ditanam.

Bunyi laungan salam membuatkan Hilman berlari membuka pintu. Sambil-sambil itu dia mengerling ke arah Helmi yang masih menangis di hadapan kucingnya. Si kecil itu memeluk lutut.

Hilman menyalami tangan Halim dengan sopan.

"Adik buat apa dekat situ, Man? Senyap saja." Halim hairan dengan anak bongsunya.

"Jojo dah mati abah. Adik itu sedih sangat," jelas Hilman. Halim lantas pergi ke arah Helmi. Ubun-ubun si anak diusap lembut.

"Adik, jangan sedih-sedih ya. Adik dah jaga Jojo elok-elok, tapi Allah dah ambil dia. Kita tak boleh buat apa-apa dah." Kata-kata itu diujarkan dengan tenang.

"Semua salah adik. Adik tak jaga Jojo betul-betul. Adik dosa," kata Helmi. Abahnya menggeleng kecil.

"Jojo memang dah sakit waktu abah ambil dia. Abah ingat nak bawa dia pergi klinik semalam, tapi abah balik lewat pula. Tak sempat. Hari ini dia dah tak ada. Adik tak dosa. Insya-Allah. Sebab adik dah usaha sebaik mungkin untuk jaga Jojo selama ini, kan? Dah, dah... Kita pergi tanam dia dulu," tutur Halim. Hilman di sebelah membantu abahnya memujuk Helmi.

Akhirnya, dia merelakan mayat anak kucing itu ditanam. Air mata daripada tadi tidak henti-henti membasahi pipi.

Sedih sungguh. Maklumlah, baru pertama kali membela kucing di rumah. Jadi, rasa kasih sayang itu adalah terlalu tinggi sehingga sukar untuk melepaskannya pergi.

"Man, tolong jerang air, boleh? Abah rasa nak minum kopi lah hari ini," ujar Halim. Hilman menurut apa yang disuruh si bapa.

Helmi yang baring di pangkuannya ditatap lama. Wajah anak itu benar-benar mewarisi bekas isterinya. Tiba-tiba dia teringat akan wanita itu. Namun setelah mengingati semula apa yang wanita itu telah lakukan, Halim cepat-cepat membuang isi fikiran itu jauh-jauh.

Terasa meluap-luap pula kemarahannya.

Terimbau sebuah memori pahit di benak minda.

-----

Figura seorang wanita dan lelaki yang saling berpimpin tangan itu secara tidak sengaja memasuki ruang penglihatan. Terkejut Halim melihat sang isteri tercinta sedang berjalan bersama seorang lelaki yang tidak dia kenal sambil bermesra.

Pantas dia berlari mendapatkan isterinya.

"Laila! Awak buat apa dengan lelaki ini? Kenapa sampai berpegang tangan? Astaghfirullahal'azim..." tegurnya. Laila menggulingkan bebola mata. Meluat dengan teguran tersebut.

"Tak payahlah ganggu saya. Awak pun bukannya mampu nak bahagiakan saya macam Wafiq." Jawapan itu menambahkan lagi rasa hairannya.

Sudah kenapa dengan isterinya saat ini? Disampuk hantu ke?

"Sayang... Apa semua ini? Siapa mamat ini?" tanya Wafiq dengan nada menggoda. Tangan lelaki itu naik menyentuh pipi Laila tetapi terus ditepis oleh Halim.

"Kau siapa nak sentuh isteri aku? Mabuk ke?" soal Halim, dingin.

"Aku ini teman lelaki dia. Kau, suami Laila? Aww, miskin! Tak layak untuk wanita cantik macam dia. Just don't bother our date, got it?" Wafiq menolak Halim ke belakang.

Terus niatnya yang ingin menegur dengan sabar terbantut setelah diperlakukan begitu.

"Kau jangan cari masalah dengan akulah, setan!" Kolar baju Wafiq dicengkam kuat. Laila menghalang Halim dengan bantu melepaskan cengkaman tersebut.

"Kau backup jantan ini? Laila, kau isteri aku! Istighfar! Kau sedar ke tidak ini?" Matanya tepat memandang wajah Laila yang ketakutan.

Dia menjerit meminta tolong kepada semua yang ada di dalam pusat beli-belah itu. Beberapa orang pengawal juga datang ke tempat kejadian. Ada juga orang awam yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam adegan itu.

Halim tidak melihat sekeliling . Dia hanya fokus kepada Wafiq seorang.

"Jangan ganggu isteri aku lagi kalau kau nak hidup lama," ugut Halim.

"Sudah, Halim. Saya nak awak ceraikan saya sekarang juga! Saya benci awak! Awak tak pernah saya anggap sebagai suami. Ceraikan saya!" Sejurus selepas itu, Halim melepaskan Wafiq. Dia bergerak selangkah ke hadapan.

"Laila, apa awak cakap ini? Awak lupa kita ada anak. Anak kita masih perlukan awak. Tolong jangan merepek dekat sini. Jangan disebabkan lelaki ini, awak sanggup berpisah dengan suami dan anak-anak. Tarik balik kata-kata awak." Halim menutur dengan tenang.

"I don't care! Just divorce me and we will have a better life," jawab Laila. Wafiq hanya mengukir senyuman senget. Bangga melihat roman muka cuak Halim.

"Ceraikan saja. Perempuan itu pun dah tak suci. Aku dah rasa dia." Terbuntang mata Halim mendengarnya. Terus pipi Wafiq menjadi sasaran penumbuk sulungnya.

"Tak guna punya jantan! Kau rosakkan bini aku," hambur Halim. Pengawal keselamatan yang berada di situ menahan dia daripada bertindak lebih ganas.

"Nur Laila binti Mahmud, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Itu menjadi ucapan terakhirnya sebelum dia beredar dari situ. Rumah dituju dengan menunggang motosikal secara bahaya.

Nasib baik dia tidak mengalami kemalangan sepanjang perjalanan.

Jika tidak, siapa yang ingin menjaga kedua anak lelakinya nanti?

-----

"Allahuakbar... Kenapalah terimbas balik? Sebab perkara itulah aku dera anak-anak aku. Maafkan abah, Man, adik... Abah jahat," monolog Halim sambil cuba melupakan ingatan itu daripada mengganggu hidupnya yang mula diterbitkan kebahagiaan.

Hilman menatang dulang kecil dengan berhati-hati dan meletakkan ia di atas meja.

"Minum, abah," ujarnya. Halim mengukir senyum.

"Abah fikir apa itu? Lain macam saja mukanya," tutur Hilman.

"Tak adalah! Kamu ini, memandai-mandai saja ya." Tawaan kecil muncul di bibir.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now