BAB 28

84 11 12
                                    

Syah berdiri di hadapan pagar rumah kerana menunggu kepulangan adiknya yang masih belum tiba dari sekolah.

"Mana Idah ini? Kena kacau ke? Aduh, cepatlah balik Idah..." Dia mula berfikir negatif. Mod terlalu melindunginya muncul.

"Abang! Tolong!" Jeritan kecil itu mengejutkan Syah. Terus dirinya menggelabah mencari dari mana datangnya suara adiknya itu.

"Abang... Ada anjing kejar Idah!" Dia memeluk lengan abangnya. Syah menghalau anjing itu supaya pergi.

Sejurus selepas anjing itu bertempiaran lari akibat disergah, Syah menenangkan Syahidah.

"Tenang, adik. Tenang. Abang ada," kata Syah sambil mengusap lembut kepala adiknya.

"Anjing itu dah tak ada ke?" Nafasnya tidak teratur. Air mata sudah mencurah-curah keluar dari tubirnya. Syahidah takut.

"Tak ada... Idah, jangan menangis. Tak ada apa-apa yang perlu ditakutkan pun. Anjing saja itu." Tangan Syahidah yang menggeletar hebat itu dia genggam erat.

"Dah, jom masuk rumah. Panas dekat luar. Tengok itu, dah berpeluh-peluh adik abang ini..." ujar Syah. Syahidah mengikuti kata-kata abangnya.

Beg galas adiknya dia ambil. Mereka berjalan ke rumah.

"Tak perlu menangis, Idah. Anjing saja, bukan orang jahat." Syahidah menjeling abangnya.

"Anjing itu hampir gigit kain sekolah Idah, tahu? Mahu Idah tak takut! Itu bukan anjing kecil, tapi besar," kata Syahidah sambil tersedu-sedan.

"Okey, okey... Idah masuk dalam, tenangkan diri. Lepas itu, mandi dan solat zuhur," tutur abangnya dengan berlemah-lembut.

Syahidah menurutinya. Dia berjalan perlahan ke dalam bilik. Syah tersenyum sambil menggeleng kecil.

"Manja betul adik aku ini..." bisik Syah di sudut hatinya.

——

Syahidah duduk di ruang tamu rumah bersama Syah. Mereka berbual-bual kosong sehinggalah Syah membuka topik tentang sesi persekolahan adiknya itu pagi tadi.

Syahidah hanya menceritakan apa yang berlaku di sekolahnya. Daripada perkara yang berlaku sebelum perhimpunan, hinggalah ke waktu balik, dia menceritakan pada abangnya.

Berjela-jela panjangnya cerita yang disampaikan.

"Idah tak nak jadi penolong ketua pelajar. Susah," adunya. Syah tergelak kecil.

"Relaks lah. Penolong saja, bukan ketua. Idah cuma perlu bantu apa yang patut. Kalau ketua buat salah, tegur. Kalau ada perkara yang ketua tak tahu, Idah kena terangkan. Mudah saja." Sempat mata Syah menilik jam dinding rumah.

"Hmm... Yalah." Itu saja jawapan yang mampu diberikan.

"Siapa ketua pengawas?" soal Syah.

"Hilman," jawab Syahidah. Syah hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Kalau abang ingatlah, kita pernah jumpa dia dekat kedai burger Abang Bo. Dia kerja situ," ujar Syahidah.

"Oh, dia itu ke? Bagus Hilman itu. Sopan saja abang tengok." Syah tersenyum kecil.

"Dia memang baik pun, abang. Rajin... Pandai. Selalu tolong cikgu. Bagi Idah, dia memang layak jadi ketua." Kata-kata itu dia lafaz dengan ikhlas.

"Idah, lusa abang dah balik sana," ujar Syah.

"Jaaaadi? Kenapa?" Syahidah menongkat dagu sambil memandang wajah abangnya.

"Tak ada ucapan atau kata-kata terakhir?" Sejurus ayat itu keluar dari mulut Syah, Syahidah pantas memukul lengan abangnya sedikit kuat.

Syah mengaduh sakit walhal dia tak rasa apa-apa pun.

"Itu makan dia. Apa pula suruh orang bagi kata-kata terakhir bagai. Abang nak sangat ke? Boleh." Cerlungan tajam dihadiahkan kepada Syah.

"Semoga Allah ampunkan dosa abang dan merahmati abang serta memasukkan abang ke dalam syurga bersama orang-orang yang beriman. Aamiin," balas Syahidah.

"Aamiin..." Syah meraup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangan.

"Dah bagi kata-kata terakhir, pergilah." Syahidah membuat gaya seperti menghalau. Syah tertawa besar.

"Pergi mana pula? Lusa baru abang baliklah." Syah menayang senyum.

"Pergi ke rahmatullah." Balasan itu membuatkan Syah melopong mulut.

"Sampai ke situ pula... Ish!" Syah tunduk menekur lantai. Dia bermain dengan jarinya.

"Fikir comel ke buat macam itu? Abang itu lelaki lah. Tak usah merajuk macam itu. Pelik, tahu?" Syahidah mencuit bahu Syah.

"Mana ada merajuk. Gurau saja," tutur Syah. Syahidah mencebik bibir.

——

Aman terus baring di atas sofa setelah selesai membersihkan diri. Dia memejamkan mata rapat. Dirinya terlalu letih setelah bermandi peluh di sekolah kerana menyertai kursus kawad kaki sebelum melakukan aktiviti unit beruniform minggu hadapan.

Baru mula sekolah dah dipilih untuk menyertai aktiviti.

Kasihan...

"Letih betul kau, Aman?" Amin mengambil bantal yang dipeluk oleh Aman. Sengaja mahu mencari fasal.

"Tepilah. Aku penat!" Aman menolak adiknya. Amin sekadar tertawa halus. Dia memberikan bantal itu kepada Aman semula.

Kalau tak bagi, maknanya memang mengundang perang dunia ketiga lah jawabnya.

"Kesian... Orang lain, hari pertama sekolah, relaks saja. Kau, hari pertama sekolah dah kena jemur bawah matahari." Amin menyambung kata-katanya.

"Diamlah... Aku nak rehat. Kau pergilah masuk bilik sana." Aman menutup telinganya dengan bantal - malas mahu melayan pengganggu sejati di sebelahnya ini.

"Kau itu yang pergi masuk bilik. Tidur. Sibuk menyempit dekat sini," kata Amin.

Disebabkan naluri seorang pengganggu itu sedang membuak-buak, dia bertindak mengambil bantal yang dipeluk Aman itu lalu menuangkan air ke muka abangnya.

Aman terus bangun dan mengejarnya keliling ruang tamu sebelum kedua mereka dimarahi oleh Suhaimi.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now