BAB 45

103 11 20
                                    

Bagasi diambil dari tepi almari. Syahidah berhasrat untuk mengeluarkan semua pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam bagasi tersebut.

Dia ingin lari dari rumah itu.

Telefonnya berbunyi sejak tadi menandakan terdapat banyak mesej yang dia terima. Tetapi Syahidah tidak mengendahkannya langsung. Dia tahu mesej-mesej itu dihantar oleh Syah.

Manakala Syah pula sedang merisaukan si adik yang tidak membalas mesejnya.

Idah, jangan buat abang macam ini.
Idah balas lah mesej abang...
Abang minta maaf, Idah.

Abang tahu, abang salah.
Idah...

Jawablah call abang.

Mesej itu dibaca sekali lalu. Dia malah terus mengemas pakaiannya ke dalam beg.

Semasa sibuk mengikutkan amarah, Aman membuka pintu biliknya sedikit.

"Kak?" panggil Aman.

"Ya Allah, kakak buat apa ini? Kenapa kakak kemas baju? Kakak nak lari rumah ke?" Bertubi-tubi pertanyaan diajukan kepada Syahidah.

Syahidah tidak menjawab sebaliknya dia tunduk dan menangis.

"Aman mesti bencikan kakak. Sebab kita bukan adik-beradik," ujar Syahidah.

Aman menggeleng laju.

"Aman tak bencikan kakak pun. Walaupun kita bukan adik-beradik kandung, tapi kita adik-beradik susuan," nafi Aman. Dia tersenyum kecil melihat Syahidah.

Bunyi getaran telefon pintar Syahidah mengejutkannya. Aman melihat nama yang tertera di dalamnya.

Abang Syah

Aman pun bertindak untuk menjawab panggilan tersebut. Namun perbuatanmya pantas dihalang oleh Syahidah.

"Tak payah jawab. Biarlah dia call banyak kali pun. Padan muka," kata Syahidah.

"Mesti ada sebab abang tak beritahu kakak perkara sebenar." Aman menutur tenang.

"Cuba kakak angkat call itu. Mana tahu abang nak beritahu benda penting," jelas Aman.

"Yalah, nanti kakak angkat." Aman tersenyum lega. Dia dapat juga memujuk hati kakaknya itu akhirnya.

"Aman keluar dulu lah. Yang penting, kakak jangan lari rumah. Lagi Abang Syah risau. Bukan dia saja risau, Aman pun sama," jujurnya. Syahidah mengangguk perlahan.

-----

Air mata dilap perlahan. Syah merebahkan badan ke atas katil.

"Abang dah agak semua ini akan berlaku."

"Sebab itu abang rahsiakan." Syah bemonolog sendirian.

Waktu itu juga telefonnya berbunyi. Cepat-cepat Syah bangun dan mencapai telefon di atas meja belajarnya.

Tetapi hampa, bukan nama Syahidah yang tertera tetapi Firman. Dia menjawab panggilan tersebut dengan ucapan salam terlebih dahulu.

Cumanya, saat mendengar suara Firman yang diselangi dengan esakan kecil menjawab salam, dia terus bertanya dengan serius.

"Firman, kau okey tak ini?" soalnya.

"Syah... Mak aku, Syah... Mak aku dah tak ada." Lirih saja suara Firman. Syah bangkit dari tilam.

"Innalillahi wainna ilaihi raji'un... Firman, kau tunggu sana. Aku datang," ucap Syah dengan hati yang sebak.

Firman mematikan panggilan. Syah pula bersiap memakai jaket hijaunya dan terus bergerak ke rumah Firman.

Tiba saja di rumah itu, Syah menenangkan sahabatnya. Usai jenazah dimandikan dan dikafankan, Firman dengan rela hati menjadi imam solat jenazah arwah emaknya.

Kemudian, barulah jenazah itu dibawa ke kawasan perkuburan untuk dikebumikan.

-----

Firman yang duduk menangis di tepi sofa itu dipujuk oleh Syah dengan sopan. Dia faham bagaimana rasanya sebuah kehilangan. Lebih-lebih lagi kehilangan insan yang tersayang.

"Firman... Tenang. Ini bukan salah kau." Belakang tubuh sang sahabat ditepuk-tepuk.

"Salah aku, Syah... Aku tak patut keluar waktu itu. Sampai saja dekat rumah, mak aku dah terbaring dekat lantai sebab terhantuk bucu meja. Salah aku..." Kedua tapak tangan naik menutup wajah.

"Tak usah salahkan diri sendiri," pujuk Syah.

"Aku-" Kolar baju Firman ditarik oleh seseorang.

"Ini semua kau punya fasal! Kalau nak jaga itu, jagalah betul-betul! Kau tinggalkan mak seorang diri dekat rumah lepas itu pergi lepak dengan kawan-kawan kau. Kau tengok sekarang, mak pun dah tak ada," hambur lelaki itu.

"Aku bagi kau duit setiap bulan untuk jaga mak, tapi kau buat apa? Kau abaikan mak." Lelaki yang merupakan abang kepada Firman itu ingin melayangkan satu penumbuk ke arahnya.

Pantas Syah bangkit dan menghalangnya daripada melakukan hal itu.

"Kau ini siapa pula datang menyibuk? Ini hal aku dengan adik aku. Tak payah nak masuk campur," tegas lelaki itu.

"Tak perlu menyalahkan Firman. Dia yang selama ini jaga arwah Mak Cik Zainab. Encik dengan adik-beradik lain ada fikir nak jaga arwah mak cik dulu? Masing-masing sibuk bekerja, sibuk fikir cari duit! Sekarang ini saya nak tanya, siapa yang abaikan arwah mak cik? Encik atau Firman?" tegur Syah. Firman berdiri di sebelah Syah.

"Tanggungjawab untuk jaga ibu dan ayah bukan terletak pada bahu seorang anak saja. Tapi semua. Masa arwah mak cik masih ada, encik dengan adik-beradik yang lain ada fikir nak jaga? Tak ada kan. Tapi bila arwah dah tak ada, sibuk jadi orang pertama yang ambil kisah - yang mengamuk tak tentu fasal. Tolong jangan apa-apakan Firman. Dia dah laksanakan tanggungjawab dia dengan baik selama ini. Ajal maut itu Allah dah tentukan. Lebih baik encik banyakkan berdoa untuk arwah emak encik. Itu lebih baik," jelas Syah, panjang lebar.

Terdiam lelaki itu. Syah menunduk ke bawah. Nafasnya turun naik.

"Sepatutnya jagalah ibu ayah selagi masih hidup. Sebab kalau sekarang baru nak sedar - dah terlambat," sambung Syah lagi.

"Syah..." Firman mendongak memandang wajah Syah.

"A-Aku balik dulu, Man." Mata Syah sudah bertukar kemerahan. Empangan mata mula dipenuhi air. Jadi lebih baik dia pulang ke rumah sebelum sisi lemahnya kelihatan.

Firman hanya mengangguk tanda faham dan membiarkan sahabatnya itu pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, Syah menghamburkan tangisannya sekuat mungkin.

Dia semakin rindu akan arwah ibu dan ayahnya. Lagi-lagi selepas meluahkan rasa geram pada abangnya Firman itu. Soal ibu ayah ini amatlah sensitif bagi insan bernama Syahir.

Sejurus selepas itu, telefon pintarnya berbunyi.

Idah

Syah membetulkan suaranya sebelum menjawab panggilan tersebut. Nada ceria digunakan. Sisi lemahnya tidak mahu ditunjukkan kepada si adik.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now