BAB 46

109 10 18
                                    

"Cuba abang cerita dekat Idah cerita yang sebenarnya," pinta Syahidah.

"Waktu itu, kita dekat kampung. Lagi dua hari nak raya. Umur abang, enam tahun. Idah baru 6 bulan. Tengah hari itu, mak long minta ayah belikan barang untuk masak buka puasa nanti. Jadi, ayah dengan ibu pun keluar pergi pasaraya. Abang nak ikut, tapi ayah tak bagi. Tak sampai berapa jam, dapat call ayah dengan ibu accident. Masa itu juga, Idah menangis tak henti-henti. Abang yang kena pujuk..." Pada hujung ayat, Syah tertawa kecil.

"Lepas itu, kita pun pergi hospital. Doktor kata ibu dah tak ada, ayah masih sedar lagi. Tapi cedera teruk sangat. Abang sempat tengok ayah saja. Ayah pesan, jaga adik elok-elok, solat jangan tinggal, belajar rajin-rajin..." Syah mengelap bulir bening yang mengalir ke pipi. Suara dibetulkan kerana agak serak.

Air mata Syahidah juga sudah tidak boleh dibendung.

"Tak lama lepas itu, ayah pula pergi tinggalkan kita." Mata redupnya digosok-gosok dengan perlahan. Syah sudah menangis teruk tetapi suara tenangnya tetap dikekalkan.

"Pak cik dengan mak cik hantar kita ke rumah anak yatim. Dia orang tak nak jaga kita. Semua yang arwah ayah dan ibu tinggalkan untuk kita, dia orang ambil," kata Syah.

"Teruknya..." komen Syahidah.

"Idah, jangan sedih-sedih ya? Abang akan sentiasa ada untuk Idah," tutur Syah dengan lemah-lembut. Syahidah tersenyum manis.

"Abang ini, suka buat Idah rasa nak nangis. Idah baru lepas menangis teruk tau." Tawaan kecil meletus di bibir.

"Nangis sajalah. Abang pujuk," kata Syah lagi.

"Tak nak," balas si adik.

"Dahlah. Abang nak solat asar dulu. Idah pun, pergi solat sana." Pesanan itu dibalas dengan anggukan kecil Syahidah.

"Baik, abang. Idah akan ingat itu saaaaaampai bila-bila!" Senyuman lebar menghias bibir delima milik gadis itu. Syah gembira mendengar nada ceria adiknya seorang itu.

Dia jadi susah hati apakala adiknya menangis walakin jika adiknya gembira dan tertawa ceria, Syah lega.

"Bye, assalamualaikum, Idah." Setelah balasan salam diterima daripada Syahidah, maka panggilan itu pun ditamatkan jua.

Syah bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat asar. Tidak lupa juga dia bertanya pada Firman apakah sahabatnya itu baik-baik saja.

Dapat saja balasan daripada Firman yang menyatakan bahawa dia dalam keadaan baik, Syah rasa lapang.

-----

Bukhari duduk setelah selesai menyiapkan tempahan burger terakhir tadi. Dikerling sekejap Hilman yang sedang menikmati air mineral.

"Minum air mineral pun happy sampai macam itu sekali budak ini? Pelik-pelik saja," bisik Bukhari pada diri sendiri.

"Man, sinilah..." Dia memanggil Hilman untuk duduk di sebelahnya. Hilman menurut.

Botol mineral ditutup dan dibawa sekali bersamanya.

"Ya, bang. Ada apa?" soal Hilman. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung ke atas ia.

"Saja panggil. Ini aku nak tanya... Abah kau macam mana? Ada sakit-sakit lagi?" Bukhari menyoal.

"Alhamdulillah... Hari itu abah kena heart attack lagi, tapi lepas makan ubat, elok balik. Abah banyak fikir lah, abang. Bila saya tanya, abah kata tak ada apa-apa." Hilman membuka cerita.

"Biasalah, Man. Sama macam ayah aku pun. Sibuk sangat fikir fasal adik aku yang baru nak sambung belajar. Lepas itu, dia mengadu sakit kepala. Tapi itulah... Kita sebagai anak ini tak boleh buat apa lagi dah. Seorang bapa ini memang tanggungjawab dia fikir soal anak-anak, soal rumahtangga lagi, kerja... Macam-macam lah," jelas Bukhari.

"Yang penting, kita janganlah menyusahkan dia. Yang mana kita boleh bantu, kita buat. Jagalah abah kau, Man - selagi masih ada." Ayat terakhir daripada Bukhari menyentakkan hati Hilman.

Hilman menunduk. Sebak menguasai dada.

"Eh, kau nak nangis ke? Hati tisu betul kau ini." Sengaja Bukhari mengejek Hilman. Laju Hilman mengangkat muka. Roman serius dipamerkan.

"Mana ada! Suka hati abang saja cakap saya ini hati tisu." Meledak tawaan Bukhari.

"Ingat aku takut ke tengok muka kau. Kau ini masa kecil mesti comel. Nanti aku minta gambar kau masa kecil dekat abah kau. Senang aku nak bahan kau," guraunya.

Hilman memeluk tubuh. Garang. Makin kuat Bukhari menggelakkannya.

"Apalah abang ini... Ingat dah jadi ustaz lepas nasihat tadi. Rupanya tak pun," kritik Hilman.

"Aku memang bukan ustaz. Aku bakal jenazah." Sekali lagi dia menyembur tawa.

"Yalah, yalah... Abang menang." Kedua tangan diangkat tanda menyerah kalah.

"Jom, tolong aku tutup kedai. Dah nak pukul 1200 ini. Mengantuk. Kau tengok, demi mencari rezeki untuk sesuap nasi, bukan senang tau! Sebab itu kita kena belajar sungguh-sungguh. Macam aku ini, buat kerja sambil belajar sebab apa tahu? Sebab boleh..." Wajah diraup sambil ketawa.

"Sendiri soal, sendiri jawab. Ingat lawak ke?" balas Hilman. Bukhari hanya buat tak endah.

Mereka berdua muka mengemas gerai tersebut sebelum pulang ke rumah pada pukul 1233 malam.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now