BAB 49

110 12 18
                                    

Wajah adiknya yang separa tertutup dengan alat bantuan pernafasan itu ditatap sayu. Hilman mengusap kekura tangan Helmi dengan berhati-hati.

"Aku nak kena balik dulu, Man. Esok aku ada kelas. Kalau ada apa-apa, kau telefon aku saja. Aku tolong yang mana aku mampu. Cuma, pagi itu aku tak ada kan, nanti aku minta tolong dengan abang ipar aku, tak pun adik aku." Bahu Hilman ditepuk sedikit.

Hilman mengangguk bersama senyuman di bibirnya.

"Terima kasih, abang. Maaf sebab menyusahkan..." ucapnya. Bukhari menggelengkan kepala.

"Tak adalah. Kau ini, ada pula cakap macam itu. Aku memang niat nak bantu," balas Bukhari.

"Aku balik dulu, ya? Assalamualaikum. Ingat, ada apa-apa bagitahu." Bukhari mengingatkan Hilman semula. Hilman menjawab salam seraya mengangguk faham.

Hilman kembali menatap adiknya yang terlantar itu. Seketika itu, matanya yang sudah kuyu mula hendak terkatup rapat.

Cepat-cepat Hilman menggeleng-gelengkan kepala dengan laju. Dia ingin berjaga malam ini demi Helmi.

Hati tidak putus-putus berdoa agar si adik itu sedar malam ini. Kepala dilentokkan pada sisi tilam di sebelah tangan kanan Helmi.

"Bangun, adik... Jangan buat abang risau macam ini," rintih Hilman.

-----

Syahidah duduk bermenung menatap luar jendela. Tangannya sibuk bermain-main dengan hujung baju. Tiba-tiba saja dia rasa rindu terhadap suasana di sekolah.

Lagi-lagi ketika menjalankan tugas pengawas semasa waktu rehat dan waktu pulang ke rumah. Baginya, itulah momen yang paling indah dalam hidupnya.

"Apa khabar Hilman sekarang agaknya?" Entah mengapa nama lelaki itu juga yang meniti di bibir.

Mungkin kerana mereka telah menjadi sahabat baik? Atau sebaliknya.

"Dua minggu lagi, Idah sebelum keputusan SPM keluar. Nampak gayanya, aku kena pergi ambil result seorang diri lah ini. Abang sibuk pula," bebelnya pada diri sendiri.

Ting!

Sebuah mesej yang masuk ke dalam ruang notifikasi telefon mencuit hati Syahidah.

Hei, budak kecil... Sengaja eh tak cakap dengan abang keputusan dah nak keluar. Tak nak kawan! ಥ⁠_⁠ಥ

Syahidah tergelak-gelak semasa membaca mesej itu.

"Kenapalah abang comel sangat hari ini?" Dia menghabiskan tawanya yang masih tersisa.

Saja nak buat surprise. Mana abang dapat tahu?

Daripada Firman. Abang pun pelik, macam mana dia boleh tahu. Padahal, dia mana ada adik.

Tapi tak apa. Asalkan abang dah tahu! Tak nak kawan, Idah! Hm!

Tak nak kawan konon. Nanti abang juga yang call Idah. Mengada-ngada.

Fine, abang tak nak call Idah minggu ini.

Suka hati, abanglah.

;(

Meletus tawa Syahidah dibuatnya. Perangai Syah kadangkala tidak matang itu sungguh menghiburkan hati Syahidah.

Telefon ditutup dan dibiarkan di atas meja belajar. Dia segera menapak ke arah katil dan merebahkan tubuh di atasnya.

Jam dinding dikerling sekilas.

1043 malam

Waktunya untuk tidur agar dapat bangun awal pagi.

-----

Tangan kanannya naik menyentuh pipi Hilman. Terus Hilman terjaga dari lena. Tidak sangka dia tertidur malam tadi walaupun sudah banyak kali menahan kantuk.

Hilman mengecilkan saiz mata apabila memandang wajah Helmi. Tangan Helmi yang tadi menyentuh pipinya dia genggam erat.

Sejuk!

"Ab-Abang..." Nafas si adik tersekat-sekat.

"Adik, sejak bila adik sedar ini?" soal Hilman.

"T-Tadi kakak nurse d-datang. Abang tak b-bangun," ujar Helmi.

Hilman lantas mengucup kekura tangan kanan Helmi.

"Alhamdulillah... Adik dah sedar. Eh, jangan bangun." Segera dia menghalang Helmi daripada bangun.

"Abah mana?" Lemah Helmi menyoal.

"Abah dekat ICU. Abang tak boleh masuk lagi. Tunggulah, kalau doktor dah bagi kebenaran baru abang boleh masuk," jelas Hilman.

"Ada lori b-besar langgar a-abah dengan adik," adu Helmi dengan air mata yang mengalir laju ke pipi merahnya.

Hilman menenangkan adiknya.

"Jangan nangis, dik. Abang ada," balas Hilman, lembut.

"A-Abah mesti s-sakit teruk." Roman muka Helmi jelas menunjukkan kegelisahan.

"Kita doakan abah cepat sembuh, ya. Abah kuat." Hilman menyeka air mata adiknya. Helmi menyengguk kecil sambil merenung muka abangnya.

———

Terima kasih atas bacaan anda!

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now