BAB 9

101 10 16
                                    

"Bila kau sampai sini, Syah?" soal Suhaimi, mendatar. Syah tersenyum nipis.

"Lebih kurang pukul 3. Jalan tak sesak, itu yang sampai cepat," jawab Syah, sopan.

"Kau balik sana bila?" Soalan itu membuatkan Syah terdiam seketika.

"Memang tak suka aku balik atau memang nak halau aku sekarang ini?" monolognya di dalam hati.

"Minggu depan, rasanya. Sebab Syah dah mula kerja part-time." Syah menjawab lambat-lambat.

Suhaimi tidak membalas apa-apa. Matanya masih fokus pada skrin televisyen yang sedang menyiarkan berita.

Perbualan mereka terhenti setakat itu selepas Syah masuk ke biliknya. Berpeluh-peluh badannya. Suasana ketika berbual dengan ahli keluarganya yang lain kecuali Syahidah memang selalunya agak janggal, tegang dan dingin.

Setitis air mata yang mengalir dari tubir mata cepat-cepat dia seka.

"Apa hal aku nangis ini? Lemah betul!" Dia memarahi dirinya sendiri. Semakin banyak pula air mata yang turun ke pipi walhal dia tak rasa sedih pun.

Sebuah buku dicapainya dari rak. Tiba-tiba, sehelai kertas jatuh dari buku tersebut.

"Kertas apa pula ini?" soalnya.

Lipatan kertas kecil itu dibuka. Penuh dengan tulisan. Dan yang pasti, itu bukan tulisannya, tetapi Syahidah.

Setiap kalimah yang terkandung dalam kertas itu dibacanya.

Avicenna (Ibnu Sina) most famous works are The Book of Healing, a philosophical and scientific encyclopedia, and The Canon of Medicine, which is a medical encyclopedia that became a standard medical text at many medieval universities and remained in use as late as 1650.

"Ini fasal Ibnu Sina... Macam mana boleh ada dalam buku aku ini?" Kepalanya digaru hairan.

Kaki mengatur langkah ke bilik Syahidah. Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.

"Idah, ini apa? Macam mana boleh ada dalam bilik abang?" tanya Syah. Adiknya itu tertawa kecil.

"Idah lupa nak beritahu. Hari Rabu tiga minggu lepas, Idah masuk bilik abang sebab nak pinjam buku. Masa itu, Idah memang tengah siapkan rangka karangan. Punyalah khusyuk baca buku abang, sampai lupa nak ambil kertas itu." Bibir Syahidah mengukir sengihan. Syah hanya tersenyum melihat gelagat adiknya.

"Idah... Esok, abang hantar dan ambil Idah dari sekolah, boleh? Abang ingat, abang nak jumpa Sir Isyraf lah. Dah lama tak jumpa," ujar Syah. Syahidah menyengguk suka.

"Nak!" balas Syahidah.

——

Keesokan paginya, Syah menyuruh adiknya membonceng motosikal. Syahidah pula terpinga-pinga.

Dia dah lama tak naik motor!

"Naik sajalah... Bukannya Idah pakai kain sekolah. Pakai seluar, kan? Nak segan buat apa?" Syah menarik beg sekolah yang digalas oleh Syahidah.

"Ish, abang! Nasib baik Idah tak jatuh!" marah Syahidah. Syah pula galak menertawakannya.

Akhirnya, Syahidah akur dan naik motosikal abangnya untuk ke sekolah. Sampai saja di sekolah, beberapa orang rakan pengawas yang bertugas di pintu pagar berpusu-pusu datang ke arah Syahidah untuk bertanya tentang abangnya.

Macam-macam soalan dikemukakan kepadanya, namun Syahidah hanya mampu memberikan senyuman sahaja.

Mereka mungkin menjadi tertanya-tanya, kerana ini kali pertama Syahidah menaiki motosikal ke sekolah.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now