BAB 17

99 11 32
                                    

Azilah duduk di ruang tamu bersama-sama suami dan dua anak lelakinya. Syahidah tiada di situ.

Yalah, buat apa nak ajak 'anak tak guna' itu duduk bersama, kan?

"Aman, Amin, minggu depan dah mula cuti sekolah, betul? Mak dengan ayah ingat nak pergi Melaka. Jalan-jalan dekat sana. Amacam? Okey tak?" soal Suhaimi.

"Woah! Mestilah nak! Tidur sana ke balik hari?" balas Amin.

"Tidur sana semalam dua lah. Baru best," sampuk Aman. Amin mengangguk laju.

"Boleh juga. Puas sikit nanti." Azilah bersetuju dengan cadangan tersebut. Suhaimi juga berbuat sama.

Syahidah hanya mendengar dari tepi tangga.

"Seronoklah... Cadangan sentiasa diterima." Dia menghela nafas berat.

"Idah dengan Syah ikut sekali ke?" soal Amin.

"Budak dua orang itu tak payah bawa lah. Masing-masing dah besar panjang, nanti langsung tak bagi kerjasama pula. Itu tak nak, ini tak nak. Menyampah," ujar emaknya.

Kata-kata itu menusuk hati seorang Syahidah yang berselindung di sebalik tangga.

"Sampai macam itu sekali aku kena?" monolognya perlahan.

Dia kemudiannya dengan lemah longlai menuju ke bilik semula. Tak sanggup nak dengar lebih-lebih. Nanti lagi banyak kata-kata menyerupai cebisan kaca yang menghiris sekeping hati.

Hari pertama cuti persekolahan, Azilah dan Amin sedang menyusun barang-barang yang perlu dibawa ke dalam but kereta. Katanya tiga hari sahaja, tetapi bawa barang seolah-olah ingin berada seminggu dua di sana!

Syahidah hanya memerhati dari ruang tamu. Dia telah dinyahsenarai daripada menyertai percutian keluarga tersebut.

Aman mengambil foto bersama ahli keluarga yang lain sambil memakai cermin mata hitam di hadapan kereta. Setelah itu, dia menyiarkan gambar tersebut pada status aplikasi hijau dan menulis, 'Family trip to Malacca :D' sebagai kapsyen.

"Dah, dah. Jom gerak!" ujar Suhaimi yang sudahpun masuk ke dalam perut kereta. Mereka pun berbuat sama.

Sejurus selepas itu, pacuan empat roda itu meluncur laju di atas jalan raya. Meninggalkan si anak bersendirian di rumah tanpa belas kasihan.

"Tak apalah, Idah. Belum masanya lagi untuk kau rasa semua itu," kata Syahidah untuk menyedapkan kalbu yang sedang dirundung pilu.

Telefon pintar dibuka.

Idah, nanti kunci pintu. Jangan keluar jika tak ada keperluan. Kalau ada orang datang, tengok juga... Tak payah buka pintu kalau tak kenal.

Baik, abang. Idah dah kunci pintu semua. Jangan risau sangat ya.

Mahu abang tak risau!

Idah seorang diri kut!

Janganlah marah...

Tak lah.

"Overprotective betul abang ini." Syahidah tertawa halus.

Hey, budak kecil. Kenapa senyap?

Suka hati Idah lah.

:P

Bye, Idah. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Bye...

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now