BAB 34

103 11 6
                                    

Buku-buku yang tersusun rapi pada rak itu ditatap dengan pandangan kosong. Buku dihadapannya tidak dibaca malah tidak diusik lagi. Setelah 15 minit berada di dalam perpustakaan, dia hanya termenung kosong.

Dua keping gambar masih berada pada tangannya. Firman yang sudah nampak Syah dari jauh terus menerpa ke arahnya.

"Assalamualaikum, ya siddiqi. Buat apa itu?" Dia menegur secara perlahan. Bimbang dimarahi oleh pengawas perpustakaan pula.

"Waalaikumussalam wbt, Firman. Tengah baca buku," jawab Syah.

"Ceh, baca buku konon! Daripada tadi aku tengok kau termenung sambil pegang gambar. Qabla dzalik, liman tilka as-suurah?" soal Firman berkenaan gambar tersebut.

Dia memang fasih berbahasa Arab kerana mengambil jurusan tafsir al-Quran. Syah pula disebabkan sudah biasa dengan perkataan-perkataan yang disebut oleh sahabatnya dalam bahasa Arab, dia jadi terbiasa. Malah kadangkala dia juga tersasul berbual menggunakan bahasa tersebut.

"Tak ada siapa-siapa. Gambar aku sendiri." Firman tersenyum sinis.

"Baru aku tahu, kau pernah pakai tudung. Tak payah bohonglah, Syah." Jelingan tajam Firman hadiahkan kepada sahabatnya itu. Syah mengeluh sedikit.

"Gambar kekasih kau, kan?" Firman menyerkap jarang.

"La'... Ini gambar seseorang yang istimewa dalam hidup aku saja. Tapi bukan kekasih," nafi Syah.

"Adik kau?" Syah menggeleng laju.

"Habis itu? Okey, baby yang dalam dukungan lelaki itu siapa pula? Anak kau?" teka Firman. Terbeliak mata Syah mendengarnya.

Anak?

"Pandailah kau! Sejak bila aku kahwin?" soal Syah.

"Aku teka saja..." Kening diangkat dua kali. Syah memeluk tubuh.

"Aku sepak juga kau ini," kata Syah. Tapak tangan ditunjukkan kepada Firman.

Firman tergelak tanpa suara.

"Ingat aku takut?" Senyumannya semakin melebar.

"Tak adalah... Ini gambar orang yang special, tapi bukan kekasih, bukan anak atau adik aku. Lakin... Innahu mumayaz fii hayatii." Syah masih lagi berdegil tidak mahu beritahu. Firman menghela nafas panjang.

Susah nak korek rahsia daripada Syah ini. Ada saja jawapan lain yang diberinya.

"Kau pula, datang sini nak buat apa? Datang dengan tangan kosong pula itu!" Mata difokuskan kepada Firman. Tersengih-sengih bibir Firman melihat Syah.

"Saja... Nak lepak dengan kau." Jawapan itu membuatkan Syah tertawa kecil.

"Tak payah. Aku nak kena siapkan kerja sikit. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Itu yang termenung dari tadi," jujur Syah.

"Jom lah... Kita lepak dekat kafe dulu. Ada benda penting yang aku nak bincang dengan kau ini. Sa'idnii..." Kedua tapak tangan dicantumkan sambil mulut tak henti-henti meminta tolong.

"Yalah, yalah..." Syah mengambil bukunya lalu mengikuti Firman yang sudah berjalan keluar.

Kafe berdekatan perpustakaan itu dituju dengan hanya berjalan kaki.

"Bagilah aku tengok gambar itu. Sikiiiiit saja..." Firman memujuk Syah supaya menyerahkan gambar tersebut untuk dilihatnya.

"Tak boleh. Menyibuklah kau ini. Aku dah ikut kau ke kafe ini, jangan sampai aku balik rumah..." Syah mengugut.

"Okey, okey." Firman menayang senyum.

Mereka mengambil tempat di meja yang jauh sedikit daripada orang ramai. Biar lebih tenang. Firman hanya memesan secawan latte ais dan Syah pula memesan secawan cappuccino panas.

"Apa yang penting itu, Firman?" soal Syah. Bau-bauan kopi yang disedut masuk ke dalam hidung itu sangat membantu dalam memberikan ketenangan sementara buatnya.

"Syah. Aku ada masalah sikit. Mak aku sakit dekat kampung, tapi tak ada orang jaga. Adik-beradik aku yang lain sibuk bekerja. Masing-masing suruh aku, tapi kau tahulah... Kampung aku dekat Pahang. Bukan dekat, tapi jauh. Takkanlah aku nak ulang-alik." Firman mula membuka cerita. Syah setia mendengar.

"Mentang-mentanglah aku adik yang bongsu, senang saja dia orang nak buli aku. Boleh saja kalau kakak aku itu ambil cuti lepas itu jaga mak aku. Tapi dah dia lebih pentingkan kerja dari mak sendiri, nak buat macam mana. Aku tak ada hak untuk halang," sambung Firman.

"Mak kau sakit teruk ke?" Syah membetulkan posisi duduknya. Cermin mata dibuka dan diletakkan di atas meja.

"Dah tiga hari mak aku cakap sakit kepala. Mak aku ada tekanan darah tinggi. Aku risau apa-apa jadi dekat dia. Cuma, exam dah nak dekat, kalau aku balik nanti... Haih, entah lah Syah. Kalau kau, apa yang kau buat?" Satu soalan meluncur di mulut Firman. Syah terdiam. Liur diteguk kelat.

"Ak-Aku?" Jari telunjuk dihalakan ke wajah sendiri. Firman mengangguk laju.

"Bawa mak aku duduk dengan aku dekat sini. Simple. Aku boleh jaga dia hari-hari." Jawapan Syah memberi satu cadangan bernas kepada Firman. Vermilion naik membentuk lengkungan lebar.

"Terima kasih, Syah. Betul juga cadangan kau. Bijak, bijak!" ujar Firman. Syah menggeleng kecil melihat gelagat sahabat baiknya itu.

Tak ubah seperti kanak-kanak riang.

"Syah! Aku nak tengok gambar baby itu... Siapa dia?" Mata dikerdipkan beberapa kali.

"Ishh, tak habis-habis lagi rupanya..." Gambar bayi yang sedang didukung itu diambil dari dompetnya dan dihulurkan kepada Firman.

"Comelnya anak kau..." Ujaran itu mengundang satu jelingan tajam daripada Syah.

"Aku dah kata, itu bukan anak aku," tegas Syah. Firman terkekeh-kekeh ketawa.

"Kalau itu anak aku, tak adanya aku nak duduk sini lepak dengan kau. Banyak lagi kerja aku dekat rumah. Jaga anak, layan dia lagi..." katanya. Firman tersenyum kecil.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now