BAB 48

108 12 12
                                    

Bukhari yang berada di kawasan kemalangan itu terus menghubungi Hilman saat dia mendapat tahu bahawa mangsa yang terlibat ialah Halim dan Helmi. Namun panggilan tersebut tidak dijawab.

Kesudahannya, dia mengambil keputusan untuk ke rumah Hilman dan membawanya ke hospital. Enjin kereta dihidupkan dan memecut laju ke sana.

Sampai saja di hadapan rumah Hilman selepas beberapa minit memandu, salam diucapkan dengan lantang. Muncul Hilman dari muka pintu menjawab salam. Wajah remaja itu kelihatan seperti baru sedar dari lena.

"Hilman... Abah dengan adik kau accident, Man." Dengan suara yang tenang, Bukhari menjelaskan berita tersebut kepada Hilman.

Berubah riak wajah Hilman setelah mendapat tahu perkara tersebut.

"Macam mana keadaan abah dengan adik saya, bang? Teruk ke? Siapa yang langgar dia orang, bang?" Berbondong-bondong soalan keluar dari mulut Hilman. Bulir bening sudah banyak dirembes keluar dari tubir mata.

"Sabar, Man. Sabar... Sekarang ini, ambulans dah hantar abah dengan adik kau ke hospital. Aku rasa, kita ke sana dulu. Pergi bersiap dulu." Dia yang berada di luar pagar hanya mampu menyuruh Hilman bertenang.

"Tunggu saya, Abang Bo," ujar Hilman. Ibu jari ditunjukkan oleh Bukhari sambil mengangguk kecil.

Dia bersiap menukar baju yang lebih sesuai untuk ke hospital. Beg dompet yang terkandung di dalamnya kad pengenalan dan sedikit wang saku juga dicapai dari rak bersebelahan meja belajar.

Pintu rumah dikunci dengan mangga lalu dia pun menuju ke arah pacuan empat roda milik Bukhari.

Wajah remaja itu kelihatan sugul. Hanya senyuman kecil diberikan kepada Bukhari.

"Dah, jom. Kau dah solat belum? Aku tengok kau macam baru bangun tidur saja." Pertanyaan itu membuatkan Hilman mengalihkan pandangan ke arah jam tangannya.

Pukul 0505 petang

"Saya tertidur dari pukul 3 tadi. Tak solat lagi..." Hilman menundukkan kepala. Rasa bersalah mencucuk dada.

Tangan kiri Bukhari naik mengusap belakang adik angkatnya itu.

"Tak apa. Sampai saja hospital nanti, terus pergi solat dulu. Kalau kau terus ke ruang kecemasan pun, doktor mesti belum keluar. Lambat," ujar Bukhari. Hilman mengangguk setuju.

-----

"Nasib baik ada tempat kosong. Ramai betul dekat hospital hari ini," kata Bukhari.

"Itulah. Ramai orang sakit dekat Malaysia ini, abang," balas Hilman.

Bukhari bersetuju dengan kenyataan Hilman.

"Kau pergi surau sana dulu, solat. Dah pukul 6 lebih ini. Takut tak sempat, dah kena ganti solat," pesan lelaki itu.

Hilman pun bergegas ke surau hospital untuk menunaikan solat asar.  Sesudah menyempurnakan empat rakaat dengan tekun, dia memanjatkan doa kepada Allah SWT agar abah dan adiknya berada dalam keadaan baik.

"Ya Allah, hindarkanlah abah dan adikku daripada sebarang perkara yang membahayakan nyawa mereka. Aku masih belum bersedia untuk menghadapi kehilangan mereka, ya Allah..." Merah mata Hilman ketika berdoa. Dia menahan tangisan daripada terhambur keluar.

Air mata dikesat dengan tangan kiri. Dia kemudiannya keluar dari surau dan laju berlari ke ruang kecemasan. Dia ingin mengetahui apa yang terjadi pada kedua insan yang dia sayangi itu saja.

Tiba di ruangan itu, dia melabuhkan duduk di sebelah Bukhari setelah lelaki itu mengatakan bahawa doktor masih berada di dalam bilik yang tertulis di pintunya 'zon merah' tersebut.

"Kejap lagi doktor keluar lah itu... Eh, ada pegawai polis yang nak jumpa kau. Dia dekat sana itu." Bukhari menghalakan jari telunjuk ke arah dua orang pegawai polis yang menunggu kehadiran Hilman.

Hilman pun dengan akur menemui pegawai tersebut untuk diberi keterangan lanjut tentang kemalangan dua ahli keluarganya itu.

"Ayah dan adik kamu menjadi mangsa kemalangan disebabkan oleh pemandu lori yang membawa lebih daripada had muatan yang telah ditetapkan. Hasil siasatan mendapati bahawa pemandu berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan." Hilman hanya terangguk-angguk apabila diberi keterangan oleh pegawai tersebut.

Hati dan mindanya masih sibuk merisaukan keadaan abah dan adiknya.

Selesai mendengar penjelasan pihak polis, seorang doktor keluar dari bilik tadi.

"Kedua ahli keluarga kamu berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan awal. Cuma, ayah terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU untuk diberikan rawatan yang lebih lanjut. Buat masa sekarang, masing-masing tidak menyedarkan diri," jelas Doktor Hussein.

Hilman masih mengawal rasa risaunya dan tekun mendengar setiap yang diujarkan doktor lelaki tersebut.

"Ayah kamu, mengalami kecederaan teruk pada bahagian saraf tunjang. Berkemungkinan besar, ayah kamu akan lumpuh. Selain itu, beliau hanya mengalami kecederaan kecil pada anggota lain. Adik kamu, hanya mengalami keretakan pada tulang kaki kiri dan luka-luka kecil pada bahagian tubuh lain akibat tertusuk kaca," sambung Doktor Hussein lagi.

Hilman yang hampir terjatuh selepas mendapat perkhabaran itu ditahan oleh Bukhari.

"Saya akan cuba untuk merawat kedua ahli keluarga kamu sedaya-upaya. Saya harap kamu kekal bersabar. Insya-Allah, semuanya akan kembali pulih seperti sediakala." Doktor Hussein mengukir senyum kecil di bibir. Cermin mata dibetulkan sedikit sebelum dia berlalu pergi.

Hilman jatuh terduduk.

"Abah... Adik..." Dia menekup muka dengan kedua belah tangan. Tangisannya tidak dapat dibendung lagi.

Bukhari cuba menenangkan remaja itu. Dia memeluk tubuh Hilman untuk menyalurkan sedikit kekuatan.

"Aku tahu kau kuat, Man." Belakang remaja itu diusap-usap.

Teresak-esak Hilman menangis seperti anak kecil.

"Bangun, bangun. Kita pergi tengok abah dengan adik kau dulu." Bukhari membantu Hilman untuk bangun dan membawanya masuk ke dalam wad kecemasan tersebut sementara menunggu abahnya dibawa ke ICU manakala Helmi dipindahkan ke wad biasa.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now