BAB 5

142 12 16
                                    

Sir Isyraf yang mengajar subjek bahasa Inggeris itu kelihatan gembira hari ini. Berbeza dengan hari lain, dia sering membawa sebilah rotan dan menayangkan wajah seriusnya.

Walaupun sebenarnya dia tidaklah setegas yang disangkakan oleh pelajar lain. Dah memang perwatakannya sebegitu.

"Okay class. Today, I want you all to do a group assignment." Sir Isyraf mengeluarkan sekeping kertas yang di dalamnya terkandung nama pelajar bersama pasangan masing-masing.

"Sir, how many students in a group?" soal Faiz.

"Just two students," jawab Sir Isyraf.

"Now, you choose your partner. But before that, make sure your partner is of a different race. Hurry! Stand up and choose. If you all don't stand up and search, I will decide your partners." Sir Isyraf memberikan arahan.

Syahidah terkebil-kebil tidak tahu siapa yang ingin dijadikan pasangannya. Rina sudah terlebih dahulu dipilih oleh Michelle untuk berkumpulan dengannya.

"Syahidah. Who is your partner?" Soalan daripada Sir Isyraf itu dibalas dengan senyuman hambar daripada Syahidah.

"Each of them has friend to be their partner, sir." Matanya melilau mencari kalau-kalau masih ada pelajar perempuan Cina atau India yang tiada pasangan.

"Okay. Never mind. You just become Hilman's partner." kata Sir Isyraf sambil menunjuk ke arah Hilman yang menunduk segan itu.

"But, sir..." Syahidah cuba mengelak. Dia juga sedang menahan malu.

"No but. Just go, and sit in front of him. Make a discussion about our lesson and activities today. Got it?" Sir Isyraf tersenyum nipis. Syahidah dengan akurnya menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Hilman.

"Make sure you talk to your partner in English. No Malay, no Chinese and no Tamil. Do you understand what I said?" Sir Isyraf duduk di kerusi guru.

Semua pelajar mengangguk perlahan.

"Okay, first of all, you guys need to discuss a topic related to medical science and doctorate and you are required to write an essay related to the chosen title or topic. If there is a problem, you can ask me. That's all." Guru muda itu memberikan arahan lalu kembali melihat skrin komputernya.

Syahidah menatap buku tulisnya. Pen yang berada di tangan digoyang-goyangkan tanda dirinya sedang gementar hebat.

"Hmm, what should we discuss now?" Hilman memulakan perbualan sekaligus memecahkan keheningan antara mereka.

"What if, we build an essay about a famous figure in modern medical science, like... Ibnu Sina?" cadang Syahidah. Hilman mengangguk setuju lalu tersenyum kecil. Lesung pipitnya kelihatan pada kedua-dua belah pipi.

Hilman, seorang pelajar yang paling senyap di dalam kelas mereka namun murah dengan senyuman. Jarang bergaul dengan pelajar perempuan. Kerana itulah, dia berasa gementar apabila disuruh berpasangan dengan Syahidah.

"Okay then. So... Where do we want to start from?" soal Hilman. Syahidah terpinga-pinga.

"Michelle, Rina. English please!" laung Sir Isyraf.

"Sorry, sir." Michelle dan Rina tersengih sambil memandang antara satu sama lain. Syahidah menunjukkan ibu jari kepada Rina, mengusik. Rina memalingkan mukanya ke tempat lain. Merajuk.

"Syahidah?" Hilman memanggilnya dengan sopan.

"Oh, sorry Hilman. Why not, we find the informations about Ibnu Sina. So that, we can write the essay easily." Syahidah bercadang lagi.

"It's okay. I'll find out more information about Ibnu Sina later at home and I will send it to you via WhatsApp. So now, what should we do?" Hilman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Just sit and do nothing until the class is over," balas Syahidah selamba. Hilman tertawa kecil.

Sedang mereka berbincang, Sir Isyraf berjalan sambil memerhatikan setiap perbuatan pelajarnya.

"Hilman, Syahidah, what are you guys doing? I told you two to talk, not to be silent and do nothing," tegur Sir Isyraf.

Syahidah tidak tahu ingin menjawab apa. Melihatkan hal itu, Hilman segera menjawab pertanyaan guru itu dengan sopan dan tenang.

"Sorry, sir. We just finished having a discussion earlier. We already have a topic, and our topic is related to Ibnu Sina. Syahidah and I will look for information about Ibnu Sina at home. And we will complete the task and then we will send it to you as soon as possible," ujar Hilman. Sir Isyraf bersetuju dengan pernyataan Hilman itu.

Syahidah tersenyum manis seraya menghela nafas lega.

——

Hilman telahpun mengirimkan maklumat tentang Ibnu Sina kepadanya melalui aplikasi WhatsApp seperti yang dijanjikan. Syahidah segera merangka karangan tersebut ke dalam bukunya.

Selesai melakukan tugasnya, dia menyimpan buku itu lalu merebahkan badan ke atas katil.

Ting!

Telefon diambil.
Terdapat 3 mesej daripada Rina.

Best tak satu kumpulan dengan Hilman?
Siap tersipu-sipu malu lagi kau dengan dia itu.
Ada apa-apa ke?

Ish, kau ini.
Biasa saja.
Lagi satu, aku tak ada apa-apa dengan Hilman itu, eh. Jangan memandai-mandai sangat.

Yalah...

Syahidah mencebik bibir.

"Memang tidaklah aku nak suka dekat Hilman itu. Buang masa, tambah dosa!" kata Syahidah kepada dirinya sendiri.

Bantal kecil yang selalu dipeluk olehnya itu ditekup pada muka.

"Bila nak habis ujian TOV ini? Tak sabar nak lawan bola tampar!" Dia menjerit pada bantal itu.

Kalaulah bantal itu ada telinga, pastinya ia sudah hilang daya pendengaran sekarang.

"Idah! Pergi jemur baju di ampaian!" laung Azilah dari dapur. Syahidah yang sedang baring itu lantas keluar dari bilik dan melaksanakan apa yang disuruh emaknya itu - dengan langkah yang longlai.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now