BAB 37

79 10 25
                                    

3 minggu sebelum peperiksaan SPM

Syahidah bertungkus-lumus membuat latihan Matematik Tambahan yang diberikan oleh gurunya. Sedang dia menjawab soalan, Rina menuju ke arahnya dengan membawa sehelai kertas dan sebatang pen.

"Idah... Aku nak minta tolong sikit, boleh?" pinta Rina dengan wajah tulus. Syahidah menoleh ke arah gadis itu.

"Boleh saja." Syahidah memasang riak manis di muka. Rina menunjukkan soalan yang tidak dia fahami.

Syahidah menilik soalan itu terlebih dahulu sebelum cuba menjawab dengan baik pada kertas buku contengnya.

"Okey, siap." Dia talakan buku itu kepada Rina dan mengajar satu demi satu teknik yang sesuai digunakan pada menjawab soalan tersebut.

"Faham?" tanya Syahidah. Rina senyum nipis.

Dia sejujurnya malu dengan Syahidah, namun kerana dia hanya inginkan sedikit ilmu daripada gadis itu, terpaksa jua dikorbankan perasaan tersebut.

Boleh saja dia meminta tolong pada Syeera, tetapi Syeera lebih sibuk melayani Aina yang sedang belajar subjek Bahasa Inggeris.

"Terima kasih, weh," jelas Rina. Syahidah menganggukkan kepala tanda balasan kepada ucapan tersebut.

"Good luck untuk SPM nanti, Rina. Jangan putus asa, ya!" Sempat Syahidah menyelitkan pesanan di hujung perbualan mereka. Rina hanya mampu tersenyum kecil.

"Dia cuba berbaik dengan aku ke?" teka Syahidah.

Syahidah meneruskan sesi membuat latihannya. Tanpa sedar, Hilman yang berada di hadapan mejanya sambil membawa sebatang pensel dan kertas soalan Fizik.

Malu sebenarnya Hilman ingin bertanya kepada gadis itu, namun disebabkan hanya Syahidah yang berjaya mendapat markah tertinggi dalam subjek Fizik, dia beranikan diri juga untuk meminta tolong.

Matanya tidak ditumpukan pada Syahidah. Dia cuma memandang tangan gadis itu yang pantas menulis jawapan kepada soalan janjang geometri pada kertas.

"Hebat!" bisik Hilman secara perlahan tanpa didengari sesiapa.

"Hilman? Sejak bila awak ada dekat sini?" Soalan itu diajukan kepada Hilman dengan sedikit nada terkejut pada suaranya. Hilman menggaru kepala sekejap.

"Seminit yang lepas." Senyuman manis muncul di bibir. Kedua matanya separa tertutup asbab senyuman tersebut.

"Maaf, saya tak perasan pula. Awak pun, bukannya nak tegur. Berdiri saja di situ macam tunggul kayu," seloroh Syahidah. Lelaki di hadapannya tersengih-sengih.

"Saya nak minta tolong awak semak jawapan esei ini, boleh tak? Saya kurang pasti," pinta Hilman dengan berhemah dan sopan santun.

Syahidah mengangguk laju. Kertas soalan yang dihulurkan Hilman diambil. Satu per satu jawapan esei lelaki itu dibaca. Sebatang pensel diambil dan Syahidah menanda jawapan tersebut dengan membuat tanda betul kecil dihujungnya.

"Ini dah betul. Tapi, awak kena lengkapkan ayat yang tergantung ini. Saya ada tanda dekat situ. Nanti buat pembetulan ya." Hilman yang merenung ke arah papan putih tersentak mendengar suara Syahidah lalu memfokuskan perhatian kepada apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Okey, baiklah. Terima kasih, Syahidah. Saya doakan semoga awak dapat semua A+ dalam SPM nanti. Aamiin!" ucap Hilman dengan ceria.

Syahidah membalas dengan senyuman ikhlas pada bibir merahnya. Dalam hati dia mendoakan Hilman perkara yang sama juga.

-----

Keesokan harinya, Syahidah sedang membaca nota ringkas Biologi sambil menurunkan jawapan pada kertas latihan.

Punyalah dia bertungkus-lumus sehingga tidak sedar bahawa waktu rehat telah tiba. Beberapa orang pelajar mula bergerak keluar dari kelas.

Masing-masing sudah tidak sabar untuk mengisi kekosongan perut mereka!

Antara sebab yang kedua pula, mereka takut kantin penuh. Bukan setakat tiada tempat kosong, malah barisan untuk membuat pembelian makanan juga panjang.

Dengan situasi yang sesak lagi...

Sebab itulah masing-masing berlari-lari untuk ke kantin.

Syahidah bangun dari tempat duduk. Buku nota Biologi ditutup dan dibiarkan begitu saja di atas meja.

Dia kemudiannya menuju ke perpustakaan untuk bertugas di kawasan koridor sana. Hilman pula masih tidak berganjak dari tempat duduk. Dia sibuk mengulang kaji subjek Biologi. Perut yang berkeroncong minta diisi tidak dihiraukan.

Belajar lebih penting!

Namun begitu, dia tewas dengan rasa kantuk yang telah ditahan lama. Itulah padahnya apabila berjaga malam tadi.

Tetapi ada baiknya juga dia berjaga malam. Sekurang-kurangnya dia dapat tahu bahawa abahnya itu sedang berada dalam keadaan tidak sihat. Dan itu membuatkan diri Hilman sedikit risau.

Hilman melentokkan kepala di atas meja dan mulai lena dibuai mimpi.

Melihat segalanya berada dalam situasi selamat, Aina memasuki kelas itu senyap-senyap. Buku nota Biologi di atas meja Syahidah diambil. Dia melangkah keluar dari kelas itu sambil menatap Hilman yang tidur.

"Tidur diam-diam tau!" Aina tertawa kecil.

-----

Syahidah menggelabah mencari buku nota yang hilang itu. Puas dia mencari di seluruh kawasan kelas.

Tiada!

Dia menuju ke arah Hilman. Sebatang pembaris diambil dan dia mengetuk meja Hilman perlahan-lahan. Hilman pun tersedar dari tidur.

Mata yang masih kuyu itu bergerak melihat susuk tubuh di hadapannya itu. Pantas bibir melengkung membentuk segaris senyuman.

"Ya? Kenapa?" soal Hilman. Muka Syahidah yang resah itu mengundang pelbagai tanda tanya di hati Hilman.

"Awak ada nampak buku nota Bio saya tak? Hilang..." jelas Syahidah. Kening Hilman bertaut.

"Tak nampak pula. Saya tidur sejak tadi. Maaf, Syahidah," ucap Hilman. Syahidah menguntum senyum.

"Tak apalah. Nanti saya cari sendiri. Terima kasih." Kepala ditundukkan sedikit lalu dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

"Haih, susahlah nak study," monolog Syahidah.

"Nah, pinjamlah dulu. Saya dah study." Buku miliknya dihulurkan kepada Syahidah. Syahidah cuba menolak cara baik. Tetapi Hilman tetap berdegil untuk memberikannya.

Syahidah mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu dengan sopan.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now