BAB 24

90 11 14
                                    

"Sampai macam itu sekali Kak Idah kena pukul... Kenapa, Aman? Kenapa kau terlalu bodoh?" Aman bermonolog sendiri di dalam bilik.

Mutiara jernih tak henti-henti mengalir ke pipi.

Syahidah sering dipukul oleh emak dan ayah disebabkan kesalahan Aman.

Kerana itulah perasaan bersalah membaluti hati kecil Aman setiap hari setelah kejadian tersebut.

"Kalaulah aku tak letak pinggan itu dekat tepi kabinet, mesti Kak Idah tak kena marah. Ya Allah, bersalahnya aku..." Wajah diraup kasar berkali-kali.

Ya.

Dialah penyebab utama kejadian di mana Syahidah didera teruk oleh emaknya. Dia juga yang meletakkan pinggan berjenama itu di tempat yang mudah jatuh.

Dengan niat, Syahidah akan dimaki teruk sahaja.

Tapi sangkaannya meleset apabila kakaknya itu dipukul dan dicederakan. Ini memunculkan rasa kesal yang tinggi dalam diri Aman.

——

Bungkusan itu dibuka dengan berhati-hati. Syahidah tersenyum sendiri tatkala ternampak sebuah beg berwarna hitam siap dengan namanya ditulis dengan warna emas.

"Cantiknya..." Spontan ayat itu keluar dari bibir delimanya.

Terdapat juga sebuah kanvas yang terlukis di atasnya pemandangan Kota A'Famosa.

"Pandai Aman pilih hadiah." Syahidah terharu.

Dia keluar dari bilik dan melangkah ke hadapan pintu bilik Aman. Diketuk sedikit pintu itu sebelum ia dibuka.

"Aman... Terima kasih untuk hadiah itu. Mesti mahal, kan? Nanti kakak ganti duit Aman," ujarnya. Aman menggeleng pantas.

"Tak payah gantilah. Itu kan hadiah." Dia tertawa halus.

"Kenapa mata Aman merah?" Aman terus memalingkan muka ke arah lain.

"Masuk habuk." Belakang kepala diusap-usap.

"Ya ke? Nangis eh?" Syahidah menyimpul senyum nakal.

"M-Mana ada. Aman lelaki kut. Mana boleh nangis!" Aman tidak mahu mengaku.

"Yalah itu..." usik Syahidah.

"A-Aman minta maaf, kak." Bulir bening mula bertakung di dalam kelopak mata - sekali lagi.

"Masih lagi dengan ayat maafnya itu. Aman... Aman bukannya buat salah pun. Cukup-cukuplah minta maaf," balas Syahidah.

"Tapi sebab Aman, kakak selalu kena marah. Aman salah." Dia masih lagi mempersalahkan diri sendiri.

"Tak ada apalah. Kakak tahu, Aman bukan yang macam dulu lagi." Syahidah cuba menenangkan hati Aman.

Aman menguntum senyuman manis.

"Tak sangka, Kak Idah tak macam yang mak selalu cakap. Kakak baik," bisik hatinya.

"Aman masuk bilik dulu lah. Kakak pakai beg itu, tau. Mesti cantik!" kata Aman. Syahidah hanya mengangguk dan tersenyum kecil.

Suasana itu agak janggal baginya, tetapi dia cuba untuk mengelakkan kejanggalan itu agar tidak merosakkan kegembiraan yang baru ingin dirasai.

Pintu bilik ditutup semula. Aman baring di atas katil dengan fikiran yang sarat dengan pelbagai persoalan.

Lagi-lagi tentang isu semalam. Apa yang dikatakan oleh Amin pada ketika itu membawa minda Aman ke sebuah lorong yang penuh dengan tanda soal.

"Apa yang Amin sorokkan daripada aku?" Soalan itu menghantui hidupnya.

Akhirnya, dia terlelap tidur daripada terus memikirkan hal tersebut.

——

Syah merenung ke luar jendela sambil fikirannya terbang ke tempat lain. Pada tangannya terdapat dua keping gambar yang di dalamnya terdapat dua orang insan yang dia sayangi.

Dua insan yang sangat istimewa dalam hidupnya selain Syahidah.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pentingnya dua insan tersebut pada hidup Syah.

Perasaan rindu memang tidak dapat diungkap melalui perkataan. Syah memeluk dua keping gambar itu sambil menangis.

"Ya Allah... Pertemukan lah aku dengan mereka di sana nanti. Aku rindu, ya Rabb... Aku rindu pada mereka..." Makin deras mutiara jernih itu mengalir ke pipinya.

Bayangan Syahidah muncul di langit minda.

"Kalaulah Idah tahu... Tolong. Tolong maafkan abang. Abang tak mampu nak beritahu Idah. Abang takut Idah bencikan abang," ujarnya.

Kelopak mata dipejam lama. Suasana sekeliling terasa sunyi seketika. Hanya hembusan nafasnya sendiri yang menerpa koklea.

Tiba-tiba, bunyi bayi menangis sekali dengan bunyi sebuah dentuman kuat kedengaran. Terus matanya terbuka luas.

Nafas Syah turun naik.

"Allahuakbar..." Ucapan itu meniti di bibir.

Dah masuk kali ke berapa momen mengerikan itu terpancar di skrin minda.

Dia takut.

Meskipun dia tiada ketika kemalangan tragis itu berlaku, namun bayangan itu sentiasa menghantui hidupnya. Tangisan bayi yang baru berusia tiga bulan itu juga selalu bergema pada telinga selepas bayangan kemalangan tersebut muncul.

Syah meraup mukanya dengan kasar.
Dia menyimpan semula gambar itu di dalam laci. Setelah itu, dia keluar dari rumah dan menunggang motosikal ke masjid untuk menunggu masuknya waktu solat maghrib.

Mungkin dengan suasana damai di dalam rumah Allah itu dapat menenangkan jiwa dan fikirannya yang dihantui mimpi ngeri tersebut.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now