BAB 23

89 11 26
                                    

Syahidah pulang dengan hati yang lara. Dia mengunci pintu bilik dan menangis sepuas-puasnya.

Ini semua disebabkan Rina dan Syeera.

——

"Kau tahu tak Aina, ada orang rampas Hilman daripada kau..." Syeera berbisik ke telinga Aina.

"Kau jangan buat ceritalah, Syeera." Aina seolah-olah tidak percaya. Dia cuba melangkah pergi dari situ.

Namun, langkahnya terhenti apabila Rina menunjuk ke arah Hilman dan Syahidah yang sedang berbual-bual di pondok berdekatan kantin semasa bertugas.

Aina mengetap bibir. Nafasnya turun naik. Dia cemburu?

Ya.

"Kan aku dah cakap yang aku tak tipu..." Syeera cuba membaling minyak ke dalam api.

"Dia orang berdua dah lama aku perhati. Setiap kali waktu bertugas, mesti rancak berbual sama-sama," tambah Rina.

Aina yang di sebelah semakin meluap-luap api kemarahannya. Dia segera mengatur langkah pantas ke kelas.

Syeera dan Rina tergelak-gelak melihat situasi tersebut.

"Rancangan kita, berjaya!" ujar mereka.

Semasa waktu tamat sesi persekolahan, Aina datang bertemu dengan Syahidah di laluan yang dia biasa gunakan untuk ke rumah.

Lorong itu memang agak sunyi. Kerana tak ramai yang lalu-lalang di situ. Ini memudahkan urusan Aina untuk melepaskan amarah ke atas Syahidah.

"Tak sangka pula ada orang yang nakkan kau." Aina menepuk tangan. Nada suaranya kedengaran sinis.

"Ada apa, Aina?" soal Syahidah.

"Tak sedar ke kau itu dah jadi perampas?" Aina menolak Syahidah ke arah sebuah tembok batu.

"Apa yang kau merepek ini? Bila masa aku jadi perampas? Tolonglah, aku nak balik..." Syahidah ingin melepaskan diri, namun cengkaman Aina pada bahunya semakin ketat.

"Kau rampas Hilman! Kau tahu kan, aku dah lama suka dia! Nasib baiklah Syeera dengan Rina bagitahu aku. Kalau tidak, sampai bila-bila pun kau boleh tergedik-gedik dengan dia," kata Aina. Syahidah menggeleng lemah.

"Kau salah faham, Aina. Aku tak pernah sukakan Hilman. Kami memang bertugas pada hari yang sama. Dan kami pun tak pernah berbual mesra. Selalunya, berbincang fasal kerja sekolah saja. Tak lebih dari itu," jelas Syahidah.

"Penipu! Eh, muka macam kau ini pun, si Hilman itu boleh suka. Bukannya cantik pun. Kau tunggu ya, Syahidah... Sekali lagi aku nampak kau rapat dengan Hilman, nasib kau memang tak baik!" Aina terus beredar dari situ.

Syahidah tertunduk menekur tanah. Dia pasrah saja dengan apa yang akan berlaku selepas ini.

——

"Sampai hati kau, Rina." Syahidah bersenandika.

Hilman?
Mereka cuma dilabel sebagai rakan sekelas. Tiada yang lebih dari itu.

Syahidah buntu.

"Apa masalah dia orang ini?" Tudung sekolahnya dibuka. Begitu juga dengan anak tudung.

Rambutnya yang separas bahu itu diraup kasar.

"Idah! Kau tak reti nak mandi ke?" Panggilan dari emaknya dibiar sepi tanpa balasan.

Syahidah membuka pintu biliknya bersama dengan tuala dan pakaian yang ingin dipakai lalu masuk ke dalam bilik mandi.

Usai mandi, solat zuhur dilaksanakan di dalam bilik secara bersendirian. Kemudian barulah dia menjamah sedikit makanan yang disediakan oleh emaknya.

"Idah, Aman ada bagi kau hadiah yang dia beli dekat Melaka itu, kan? Bagi aku," kata Amin. Syahidah menggeleng laju.

"Mana ada. Jangan nak buat cerita, ya." Syahidah memfokuskan perhatian kepada makanannya sahaja.

Tak kuasa nak pandang wajah adik bongsu yang tidak pernah diajarkan adab itu.

"Kalau tidak, aku selongkar almari pakaian kau, Idah... Baik kau bagi barang itu dekat aku," ugutnya.

"Tak adalah, Amin. Buat apa si Aman itu nak bagi pada kakak? Tak berbaloi pun," ujar Syahidah.

"Oh, kau masih tak nak mengaku... Tak apa. Nanti aku akan cuba ambil. Kau tak layak pegang hadiah semahal itu lah!" Amin berlalu pergi meninggalkan Syahidah yang diselubungi rasa serabut.

"Hadiah mahal?" Persoalan itu timbul di benak fikiran. Dia masih belum membuka bungkusan tersebut.

Aman yang dengar akan hal itu terus mendapatkan Amin. Dia menarik Amin masuk ke biliknya.

"Kau ini dah kenapa?" Pintu bilik dikunci kemas. Amin memusingkan bebola matanya.

"Kau itu yang dah kenapa? Siap bagi hadiah dekat perempuan itu. Apa muslihat kau, Aman?" soal Amin sambil memeluk tubuh.

"Kan aku dah kata... Dia itu, kakak aku! Suka hati akulah nak bagi apa pun pada dia. Aku cuma nak tengok dia gembira. Salah?" Aman mencerlung adiknya, tajam.

Amin diam.

"Kau tak tahu ke, Aman?"

"Oh, lupa! Kau memang tak tahu apa-apa... Tak apalah. It's up to you. Kau sayang kakak kau itu, kan? Teruskan menabur kasih pada dia. Aku keluar dulu. Bye!" kata Amin seraya meloloskan diri daripada bilik tersebut.

"Amin! Apa yang aku tak tahu?" Pelbagai tanda tanya timbul di fikirannya.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now