BAB 11

106 11 24
                                    

"Alaa... Abang, kenapa balik sana awal sangat?" Nada Syahidah kedengaran sedih. Syah mengusap lembut kepala adiknya.

"Lusa ini abang kerja, Idah." Wajah adiknya ditatap lama. Nak tinggal lama adik kesayangan dia ini, jadi kena tengok lama-lama.

"Berhenti kerja." Senang saja dia mengarahkan Syah supaya berhenti kerja.

Syah tertawa halus.

"Kalau abang berhenti, abang nak makan apa dekat sana nanti, wahai adikku Nur Syahidah?" Dua keningnya ternaik spontan. Syahidah menunduk.

"Idah juga yang cakap dengan abang. Idah nak abang jadi doktor supaya boleh bawa Idah jalan-jalan, boleh happy kan Idah, boleh belanja Idah macam-macam," ujar Syah.

"Yalah, yalah..." Syahidah menghulurkan beg silang kepada abangnya.

"Terima kasih," ucap Syah. Dia menyeluk poket seluar. Satu kotak kecil dikeluarkan olehnya. Kotak itu diberikan kepada Syahidah.

"Apa ini, abang?" Kotak yang dihulurkan itu masih belum diambil olehnya.

"Ambil saja. Ada something special dalam itu," kata Syah. Bibirnya mengukir senyuman manis.

Syahidah mencapai kotak kecil itu. Ucapan terima kasih diberikan kepada abangnya. Syah mengangguk tanda terima.

"Abang gerak dulu, ya?" Enjin motosikal dihidupkan. Helmet juga dipakai. Syahidah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Syah. Huluran salam itu disambut oleh abangnya.

"Abang dah salam mak ayah belum?" soal Syahidah. Syah mengangguk lagi. Tangan kanannya mencubit pipi Syahidah perlahan. Berkerut dahi adiknya.

"Marahlah itu..." Syah mengusik adiknya.

"Tak lah. Fi amanillah, abang," ujar Syahidah. Tangan kiri abangnya digenggam erat.

Syah tersenyum bahagia.

——

Rina menyergah Syahidah dari belakang. Terhinjut bahu sahabatnya itu. Rina pula dengan suka hati mentertawakannya.

"Kau ini, nasib baik tahap kesihatan aku baik. Kalau tidak, esok kau dah tak dapat jumpa aku," ujar Syahidah. Dia kerling wajah Rina yang berubah sedih.

"Janganlah cakap macam itu, Idah. Aku sayang kau, tahu?" Bahu Syahidah menjadi tempat dia menyembamkan pipi.

"Sesi curhat ke apa ini?" tegur Aira. Dia melabuhkan punggung di sebelah Syahidah.

"Ini haa... Kawan kau ini, down sangat." Rina tujukan kata-kata itu kepada Syahidah. Aira menggaru kepalanya.

"Kenapa pula, Idah? Down sebab apa?" soal Aira. Syahidah menggeleng kecil.

"Tak ada apalah," jawabnya. Buku teks Biologi direnung lama.

Rina dan Aira hanya mengangkat bahu. Mereka tidak mahu bertanya lebih, risau sahabatnya itu terasa hati.

"Aku nak masuk kelas dulu." Syahidah bangkit dari bangku kantin.

"Relakslah dulu. Ada lagi 15 minit," kata Rina. Dia memandang muka Syahidah. Keningnya berkerut.

"Aku bertugas dekat blok kelas kita minggu ini. Jadi, kena pergi awal," balas Syahidah, lembut. Aira dan Rina hanya mengangguk faham.

Syahidah berjalan ke blok kelasnya. Buku teks Biologi itu diletakkan terlebih dahulu di atas meja. Kemudian, dia mengambil buku catatan pengawas lalu berjalan sambil menegur setiap pelajar yang makan serta lepak di dalam kelas.

Sampai saja di hadapan pintu belakang kelas 5 Bijaksana, telinganya menangkap suara sekumpulan pelajar lelaki. Dia menapak sedikit ke belakang pintu dan cuba mendengar setiap apa yang diceritakan oleh mereka.

"Hei, Hilman. Kau suka dekat Syahidah itu, kan?" tanya Ilham. Hilman yang hanya berdiam diri sejak tadi terkejut dan menatap wajah rakannya.

"Itu ke taste kau? Bukan lawa mana pun Syahidah itu kalau nak dibandingkan dengan awek aku." Rakan Ilham, Haziq menyambung.

"Tak baik kau orang cakap macam itu. Kalaulah dia dengar kau hina dia macam ini, mesti dia terasa. Setiap orang ada kurangnya. Dia cantik apa, kau saja yang tak perasan. Sibuk nilai orang dari luaran. Awek kau memang cantik, tapi baik sangat ke?" pintas Hilman. Sopan, tapi menusuk kalbu masing-masing yang berada di situ.

Indera penglihatan Hilman sempat menangkap susuk tubuh Syahidah yang berselindung di sebalik pintu. Dia cepat-cepat keluar dari kelas itu untuk mencari Syahidah.

Dia perlu meminta maaf, walaupun bukan salahnya. Syahidah pula sudah awal-awal lagi telah mengatur langkah ke tandas murid perempuan. Air mata yang mengalir sedikit diseka laju.

"Buruk sangat ke muka aku ini?" monolognya memandangkan tiada siapa yang ada di dalam tandas tersebut waktu itu.

Hilman yang berjalan di hadapan pintu tandas itu terdengar monolog Syahidah. Dia memejamkan mata dan menghembus nafas berat.

"Ini semua salah aku," bisiknya sambil mengetap bibir.

Dia melangkah pergi dari situ. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

——

"Balik dulu, Idah! Bye! Assalamualaikum!" Ceria sungguh nada Rina dan Aira. Syahidah cuma melambai tangan dan menjawab salam dengan perlahan.

Selepas itu, dia berjalan pulang ke rumah. Sambil-sambil berjalan, otaknya ligat memainkan klip memori ketika di kelas 5 Bijaksana tadi.

Terus tembok keyakinan yang lama dia bina itu runtuh.

Ya, selama ini dia bertarung dengan insekuriti yang mengganggu mindanya. Namun, selepas menonton dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kaunseling serta motivator di media sosial, dia telah berjaya melawan perasaan merendahkan diri itu dengan baik.

Kini, dia sudah dihantui semula dengan perasaan itu.

"Idah! Buang insecure itu jauh-jauh!" Hatinya menjerit sekuat-kuatnya.

"Syahidah," sapa Hilman dari belakang. Senyuman manis terhias indah di bibir.

Syahidah hanya mampu tersenyum nipis.

"Awak okey?" Soalan itu hanya dibiarkan berlalu ditiup angin. Hilman menghela nafas panjang, mencari kekuatan untuk meneruskan perbualan.

"Saya minta maaf sebab kawan saya cakap awak macam itu." Hilman menunduk.

"Tak. Bukan salah awak. Tak apa, saya tak kisah. Saya tahu, saya memang tak cantik macam orang lain," ujar Syahidah tanpa menoleh wajah Hilman. Dia menjarakkan diri daripada Hilman.

"Awak cantik. Mereka yang salah anggap," jelas Hilman lagi.

Syahidah menggeleng perlahan. "Terima kasih atas pujian itu. Maaf sebab saya buat awak rasa serba-salah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," ucap Syahidah.

Dia berlari meninggalkan Hilman yang masih kaku di lorong itu.

"Waalaikumussalam wbt..." jawab lelaki itu dengan keluhan yang terlepas dari mulut.

"Saya minta maaf, Syahidah."

Langkahnya terus diatur untuk pulang ke rumah dengan perlahan-lahan.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now