BAB 54 (AKHIR)

319 15 30
                                    

Pintu kereta ditutup rapat. Syahidah membawa diri ke dalam kedai runcit untuk membeli kad prabayar. Selesai urusan pembelian, dia melangkah keluar dari pintu masuk kedai. Waktu itu, Hilman menyapanya dengan senyuman manis.

"Awak sihat?" soal Hilman, bertanya khabar. Syahidah menyengguk perlahan.

"Alhamdulillah. Awak pula macam mana?" balas Syahidah dengan soalan.

"Sihat juga... Alhamdulillah..." Hilman menjawab.

"Abah dengan adik awak, dah keluar hospital? Macam mana keadaan mereka?" Riak muka risau Syahidah ditatap oleh Hilman dengan segaris senyuman.

"Prihatinnya dia ini..." Dalam hati Hilman memuji Syahidah.

"Abah dengan adik saya dah sedar. Cuma tak boleh keluar lagi. Kaki adik saya retak, abah pula... Lumpuh. Ini pun saya balik rumah sebab ada urusan sikit," kata Hilman.

"Semoga mereka cepat sembuh..." Syahidah mendoakan kesejahteraan dua ahli keluarga sang sahabat itu.

"Awak ini dari mana nak ke mana?" Hilman menukar topik. Meletus tawa kecil Syahidah selepas disoal begitu.

"Saya... Nak ke KL. Pindah duduk dengan abang." Syahidah menjawab dengan nada perlahan. Kedua kening Hilman terjungkit ke atas.

"Satu keluarga pindah sana? Kenapa?" Pegangan pada plastik barangan dikemaskan Hilman. Syahidah menggeleng pantas sekaligus menafikan pernyataan Hilman.

"Tak. Saya dengan abang saja. Sebab, kami cuma anak angkat. Ibu dan ayah kandung saya dah lama meninggal. Sejak saya dengan Abang Syah kecil lagi. Jadi, abang saya minta izin dengan ayah dan mak dekat sini untuk bawa saya pindah," tutur Syahidah, menjelaskan hal sebenar.

"Maaf, Syahidah... Saya tak tahu." Hilman menundukkan kepala - turut bersedih hati.

Dari jauh, Syah memerhatikan kedua mereka yang sedang berbual. Spontan bibirnya mengukir senyum kecil.

Biarlah dua sahabat itu berborak sebentar. Selepas ini mungkin mereka akan sukar untuk bertemu.

"Apa-apapun, saya doakan awak terus happy Syahidah. Insya-Allah, kita akan jumpa lagi. Dan masa itu, janganlah awak lupakan saya." Syahidah menguntum senyuman tatkala ayat itu diujarkan oleh Hilman.

"Mana mungkin saya lupakan awak. Kita kan sahabat. Mana tahu suatu hari nanti, kita jumpa lagi dekat universiti ke atau sama tempat kerja ke... Insya-Allah," ujar Syahidah. Hilman tertawa halus.

Syahidah memandang ke arah abangnya di dalam kereta. Rasa kasihan muncul di benak hati kerana membiarkan si abang duduk di dalam perut kereta terlalu lama.

"Hilman, saya nak gerak dulu lah. Abang saya tunggu lama dah itu. Kesian dia." Roman sawo matang Hilman dipandang sekilas.

"Betul juga itu. Yalah, hati-hati Syahidah. Saya doakan awak dengan Abang Syahir selamat sampai ke sana. Assalamualaikum," ucap Hilman. Syahidah menjawab salam tersebut dan terus berlari ke kereta.

Syah menggeleng kecil saat melihat gelagat si adik yang berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan terlebih dahulu.

Masuk saja Syahidah ke dalam kereta, dia ditegur oleh Syah.

"Mentang-mentang lepas jumpa buah hati, terus lupa nak jaga keselamatan diri ya?" perli Syah. Syahidah mengembungkan pipi sambil berkerut seribu.

"Mana ada buah hati bagai. Kita orang kawan. K-A-W-A-N, kawan!" Siap disertakan sekali dengan ejaan bagi memastikan si abang faham.

"Yalah itu..." Syah menjeling sambil tersenyum seperti badut ke arah Syahidah.

Malas mahu melayani karenah abangnya, Syahidah membuang pandangan menatap persekitaran luar.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now