PROLOG

593 29 51
                                    

"Mak, Idah teringin nak beli ini." Syahidah menghalakan jarinya ke gambar komputer riba berjenama Acer itu. Wajahnya teruja.

"Tak payahlah," balas Azilah, emaknya.

"Tapi, Idah boleh guna duit sendiri saja mak," katanya lagi.

"Aku kata tak payah Idah. Kau tak faham bahasa ke?" Azilah berjalan ke dapur sambil membiarkan Syahidah mengeluh di situ.

Apa yang dia dan abangnya inginkan pasti tidak akan dilayan oleh emak dan ayahnya. Berbeza pula dengan adik-adiknya yang lain. Minta saja, terus dapat.

Bilik tidur ditujunya. Pintu bilik dikunci dari dalam. Saat itu, air mata laju menuruni pipi. Makin diseka, makin banyak pula yang keluar.

Syahidah akhirnya tewas dengan perasaan sedih dan kecewa.

"Aku ini... Anak pungut ke? Kenapa mereka perlu layan aku macam ini?"

Seringkali soalan itu berlegar-legar di ruang minda. Tetapi jika dilihat pada sijil kelahiran...

Ah, sijil kelahirannya pun dia tidak pernah nampak, ini kan pula nak berbicara soal anak angkat?

Haih,  Idah, Idah... Selalu saja fikir negatif.

Wajahnya diraup perlahan. Senyuman nipis mula menghiasi roman muka manisnya.

"Tak apalah Idah. Komputer saja..." bisiknya sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.

Telefon bimbit berjenama Samsung A15 pemberian abangnya ketika hari lahirnya yang ke empat belas tahun diambilnya dari meja belajar.

Aplikasi WhatsApp dibuka.

Terdapat 4 mesej yang belum dibaca daripada abangnya.

Abang Syah

Assalamualaikum, Idah.
Idah sihat?
Macam mana sekolah?
Okey?

Syahidah tersenyum lebar. Syah lah yang selalu bertanya khabar dan selalu mengambil berat tentangnya.
Terasa bahagia sikit hati Syahidah saat itu.

Waalaikumussalam, abang.
Alhamdulillah, Idah sihat. Abang pula?

Idah okey saja dekat sekolah. Macam biasa :D

Alhamdulillah... Abang pun sihat.
Idah tengah buat apa?

Idah tengah mesej dengan abanglah.
Kerja yang cikgu bagi semua dah siap dekat sekolah tadi.

Hahaha! Ya tak ya juga eh. Rajin adik kesayangan abang ini rupanya!

Mestilah! Tengok siapa abang dia...

Haha!

Cuba Idah teka, minggu depan ada apa?

Syahidah berfikir sejenak.

"Ada apa?" soalnya pada diri sendiri.

Jarinya pantas menari di atas papan kekunci telefon.

Entah.

Lah... Dia tak ingat pula.
Tak apalah.
Kalau dah ingat, beritahu abang.

Okey.

Idah rehatlah dulu.
Abang ada kelas, petang ini.
Assalamualaikum.
Bye, adik manis! :D

Waalaikumussalam, abang kacak!
Bye!


Syahidah tertawa halus. Dia masih lagi berfikir tentang apa yang disoal abangnya tadi.

Tak mungkinlah abangnya itu akan balik. Cuti semester pun belum lagi.

"Baik aku tidur. Makin lama fikir, makin berselirat urat dalam otak ini," monolognya.

Kepala direbahkan pada bantal. Kedua tangannya bertindak menarik sebuah bantal kecil ke dalam pelukan.

Matanya mula terkelip-kelip sebelum akhirnya gelap.

Tak sampai berapa minit, Syahidah terbangun semula dengan wajah terkejut bercampur riang.

"Hari Jumaat minggu depan hari jadi Abang Syah! Astaghfirullah... Macam mana aku boleh lupa ini? Kasihan abang." Telefon diambil semula.

Dia mula menaip sesuatu.

Abang, Idah dah ingat-|

Dia memadam apa yang ditaip itu.
Bibir mengoyak senyuman lebar.

"Buat-buat tak tahulah." Syahidah kembali baring di atas tilamnya.

Nakal!

Memang patutlah dia jadi adik manja abangnya. Perangainya yang comel dan kadangkala nakal itu boleh mencuit hati.

——

Syah menulis nota-nota ringkas di dalam buku kecilnya.

Tiba-tiba dia teringat akan mesej yang dibalas oleh Syahidah tadi.

Berkenaan hari jadi.

"Sampai hati Idah. Tak ingat pun hari jadi abang." Terpacul kata-kata itu dari mulut Syah.

Perasaan kecewa mula menyelubungi hati. Ini kali pertama dia rasa kecewa pada adik kesayangannya itu.

Sebelum ini, Syahidah tak pernah melupakan hari istimewa itu. Tetapi hari ini...

"Ke Idah buat-buat lupa..." Pen dijatuhkan ke atas buku. Nafas berat dihela.

Dia tidak tahu adiknya itu sedang merancang sesuatu sempena hari lahirnya nanti.

"Sabar sajalah, Syah. Mana tahu Idah ingat." Syah berbisik sendirian.

Terpaksalah dia berfikir positif meskipun dia masih kecewa akan adiknya.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now