BAB 35

106 10 20
                                    

Aina berlari-lari mendapatkan Hilman yang sedang berjalan ke koperasi sekolah. Hampir-hampir saja dia terlanggar lelaki itu dari belakang.

"Aina, kenapa ini? Sampai berlari untuk jumpa saya." Hilman mengambil jarak sedikit dan menundukkan pandangan daripada menatap Aina.

"Nah, ini untuk awak." Beg kertas itu dihulurkan kepada Hilman. Hilman masih berdiri statik tanpa mengambil beg tersebut.

"Ambil saja lah. Ini untuk awak," ujar Aina. Beg itu didekatkan lagi kepada Hilman. Hilman bergerak selangkah ke belakang.

"Maaf, Aina. Tapi atas tujuan apa ini?" Soalan itu dibalas dengan gelakan halus dari Aina.

"Saja bagi awak. Ambil..." Tangan Hilman yang berlapik dengan kemeja lengan panjang itu ditarik dan dia memberikan beg kertas tersebut kepadanya. Hilman cepat-cepat melepaskan tangannya daripada dipegang oleh Aina.

Dahinya berkerut seribu.

"Apa masalah awak sampai perlu sentuh tangan saya? Kita bukan mahram, Aina. Saya bukan tak nak terima hadiah itu, tapi awak pun tahu batas pergaulan antara kita. Kalau orang lain nampak, apa awak nak jawab?" tegas Hilman. Aina menunduk. Sentap.

"Habis kalau dengan Syahidah awak boleh pula rapat? Dengan saya, awak marah-marah macam ini. Syahidah itu siapa untuk awak, Hilman?" Nafas Aina turun naik.

"Saya dan Syahidah tak terlalu rapat. Dia pun jaga batas pergaulan dengan lelaki. Saya kenal dia lebih awal daripada awak kenal dia. Ambil semula hadiah ini. Maaf, saya tak nak ia membawa fitnah ke atas kita berdua," jelas Hilman secara baik. Beg itu dihulur kepada Aina semula.

"Tak nak sudah!" Aina merampas kembali hadiah itu dan berjalan pergi meninggalkan Hilman. Matanya sudah mula panas. Air mata hanya menunggu masa untuk tumpah.

"Awak jahat, Hilman! Awak jahat!" maki Aina di dalam hati.

Hilman mengeluh perlahan.

"Apa semua ini?" Hilman bercakap sendirian.

Dia meneruskan langkahnya yang terhenti tadi ke koperasi. Sampai saja di kaunter, sebotol air mineral bersaiz sederhana diambil dan wang kertas bernilai RM1 dihulur kepada penjaga koperasi bersama senyuman nipis.

Sambil-sambil itu, seorang guru memanggilnya untuk meminta bantuan mengangkat barang ke bilik guru.

Setelah membantu guru tersebut menghantar barang ke bilik guru, dia berlalu ke kelas semula. Ketika itu dia terlihat Syahidah yang sedang berjalan sendirian di susur gajah. Bibirnya secara tidak langsung mencoret sebuah senyuman kecil.

Kerusi ditarik ke belakang perlahan. Dia duduk di atas kerusi tersebut. Penutup botol air mineral dibuka laju. Bacaan basmalah diucap secara berbisik sebelum dia meneguk air dengan sedikit rakus.

Itulah akibat tertinggal botol air di rumah. Cuai.

Tetapi mahu kata dia cuai, tidak boleh juga. Ia disebabkan oleh Helmi yang memaksanya untuk membancuh air Milo pagi tadi sehingga dia terlupa bahawa botol airnya berada di atas meja makan.

Sedang Hilman memejam mata rapat, dia terdengar bunyi hembusan nafas halus dari arah kiri. Dia mengerling sekilas ke arah Syahidah yang sedang menggosok-gosok matanya yang redup itu.

Hidung gadis itu kemerahan.

"Syahidah? Awak okey ke ini? Hidung awak merah." Bukan niat Hilman untuk menjaga tepi kain orang, namun perasaan ingin tahu dan sikap suka bertanya itu mengatasi segalanya.

"O-Okey. Saya selsema," balas Syahidah. Ibu jari diangkat sekejap.

Hilman seperti tidak percaya. Namun masih mengekalkan riak manisnya agar tidak mewujudkan soalan lain daripada Syahidah.

Syahidah membuang pandangan ke luar tingkap kelas. Apa yang berlaku padanya sebentar tadi diingati semula.

——

Rina, Syeera dan Aira berselisih dengannya ketika berjalan ke surau sekolah untuk bertugas di sana.

Bibir Syahidah ternaik membentuk sebuah senyuman manis. Namun ia agak mengecewakan kerana mereka tidak membalasnya dengan senyuman malah menjeling tajam ke arah Syahidah.

"Tengok itu, perampas senyum dekat kita." Syeera memulakan langkah untuk mengejek Syahidah.

"Muka tak cantik pun ada hati nak suka dekat Hilman. Aku kesian tengok Aina. Hari-hari tunjukkan keikhlasan dekat Hilman, tapi tak pernah dibalas pun cinta dia." Rina pula menyambung.

Syahidah masih statik tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Kadang aku rasa menyesal jadi kawan dia dulu. Dahlah sombong, perampas pula itu!" kata Aira.

Dia berjalan mendekati Syahidah dan menolak tubuh kecil itu ke belakang. Hampir saja Syahidah terjatuh. Nasib baik. Kalau tidak, lagi teruk dia dimalukan di hadapan pelajar lain.

"Hei, Syahidah! Kau dengar sini! Kau memang kurang ajar, kan? Kau ambil Hilman daripada aku!" Kali ini, Syahidah ditolak kasar oleh Aina yang datang entah dari mana.

Dia jatuh ke belakang. Syahidah mengaduh sakit.

"Aku akan buat Hilman jauhkan diri daripada kau. Ingat itu!" Aina memberi amaran.

"Dengar itu... Jangan buat-buat bodoh dekat sini. Menyampah aku!" kata Syeera. Rina dan Aira senyum mengejek ke arahnya.

Setelah itu, mereka berempat beredar dari situ meninggalkan Syahidah yang bingkas bangun.

"Aku juga yang kena..." keluh Syahidah.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now