BAB 51

128 11 25
                                    

Baju kemeja yang tersarung pada tubuh ditilik terlebih dahulu. Risau jika ada cacat cela. Sikat diambil lalu dia menyisir rambutnya dengan kemas.

Hari ini, segala usaha yang telah dilakukan bakal terjawab. Hari ini, segala penat lelahnya bakal terbalas sama ada dengan kegembiraan atau kedukaan.

Keputusan SPM tahun 2023 bakal dikeluarkan hari ini.

Hilman secara umumnya gugup dan sedih kerana abah dan adiknya tidak dapat hadir bersama-sama dengannya ketika mengambil slip keputusan.

Tetapi hendak buat apa lagi... Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah dan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Dia berjalan kaki ke sekolah seperti yang dilakukan setiap hari dahulu. Perasaan ingin tahu, gembira dan risau bercampur-aduk dalam hati dan fikiran.

Tiba sahaja di hadapan pagar sekolah, seorang guru menyapanya dengan wajah manis. Dia menyalami tangan guru tersebut - sopan.

"Sir, apa khabar?" tanya Hilman.

"Alhamdulillah, sihat. Sejuk tangan kamu, Hilman? Are you feeling too nervous?" Soalan itu dibalas dengan anggukan kepala laju daripada Hilman. Sir Isyraf ketawa kecil.

"Don't worry too much, Hilman. I'm sure that your SPM result is good." Sir Isyraf menepuk belakang Hilman sebagai tanda semangat.

"Kamu boleh ke Dewan Terbuka Hang Jebat. Dah pukul 0855 ini. Semua orang dah berkumpul di sana. And one more thing is, your friends was looking for you there," kata cikgu tersebut.

"Thank you, sir. Tak sabar nak jumpa dia orang itu." Tawa kecil meniti di bibir Hilman. Dia kemudiannya berlalu pergi ke dewan terbuka sekolah dengan langkah yang pantas.

Dan... Orang pertama yang dia nampak ialah Syahidah. Dia tersenyum manis melihat gadis itu dari jauh. Sempat juga dia meneliti lelaki yang duduk di sebelah Syahidah.

Syah rupanya.

Hilman lega. Dia mati-mati ingatkan lelaki itu adalah kekasih Syahidah.

"Teruk kau ini Man!" marahnya pada diri sendiri.

Hilman mengambil tempat di kerusi barisan kedua dari depan. Suasana di DeTHaJ sangat riuh-rendah. Yalah, baru hari itu mereka dapat bersua muka dengan sahabat masing-masing.

Hilman menoleh ke kiri dan ke kanan untuk lihat kalau-kalau dua sahabatnya ada di kawasan itu.

Maklumlah, Feroz dan Mikael itu orangnya suka sangat merayau-rayau.

"Hilman! Kau ini, kita orang panggil kau dari tadi dekat hujung sana. Lepas itu kau menonong saja jalan duduk dekat sini. Geramnya aku!" Mikael menepuk lengan Hilman sedikit kuat.

Rasa geramnya sudah mencapai tahap maksima.

"Aku tak perasan lah. Orang tengah nervous kut," kata Hilman. Feroz mencebik bibir.

"Chill lah! Kita orang pun risau kau tahu? Tapi kita kena relaks... Buang rasa risau itu jauh-jauh. Kau okey lagi, bijak sikit daripada kita orang ini. Sekurang-kurangnya, kemungkinan besar kau dapat keputusan cemerlang. Kami ini? Entah-entah satu jenis A pun tak ada." Pantas tangan Hilman menampar lengan Feroz.

"Doa yang bukan-bukan. Kita mesti berjaya punya! Insya-Allah!" tegas Hilman. Feroz tersengih kecil manakala Mikael puka menggaru-garu pelipis kiri walaupun tidak rasa gatal.

Tepat jam 10 pagi, majlis pengumuman pelajar yang mendapat keputusan terbaik dimulakan.

Nama bagi setiap pelajar yang layak untuk naik ke pentas dipanggil seorang demi seorang.

"Nur Syahidah binti Muhammad Suhaimi, berjaya memperoleh keputusan 8A+ dan 1B. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Syahidah." Syahidah dengan wajah ceria naik ke pentas untuk menerima penghargaan daripada pihak sekolah. Pelajar yang lain di bawah turut bertepuk tangan dengan gemuruh.

Syah mengambil peluang mengambil gambar adiknya untuk dijadikan kenang-kenangan. Turun saja Syahidah daripada pentas, Syah terus mendapatkannya.

Syahidah memeluk lengan Syah erat. Tangisan kegembiraan mengalir ke pipi merahnya.

"Alhamdulillah... Tahniah, Idah! 8A+ 1B. Hebat!" ucap Syah. Rasa terharu dan kagum bercampur di hati.

Syahidah mengucapkan alhamdulillah berkali-kali untuk menzahirkan rasa syukur kerana telah dikurniakan kejayaan setelah berpenat-lelah berusaha sebelum ini.

"Terima kasih, abang," kata Syahidah, lembut. Syah memasakkan senyuman manis pada bibirnya.

"Muhammad Hilman bin Abdul Halim, berjaya mendapat keputusan 9A+. Tahniah diucapkan." Tepukan gemuruh bergema di seluruh ruangan dewan.

Hati Hilman tidak henti-henti mengucapkan syukur. Dan terdetik juga rasa sebu di dada tatkala teringat akan kata-kata abahnya.

"Man, abah teringin nak tengok kamu naik pentas waktu ambil keputusan SPM nanti. Belajar betul-betul , ya. Sekurang-kurangnya, satu impian abah dapat jadi kenyataan pun tak apalah. Abah tak minta banyak. Itu saja yang abah nak sangat."

Air mata yang mula bertakung ditahan agar tidak tumpah. Dia masih mampu untuk tersenyum di hadapan kamera walhal hati sudah bergetar menahan sedih.

Turun saja dari pentas, Hilman terus berlari keluar dari kawasan dewan. Dia pergi ke kawasan tangga yang agak sunyi tanpa orang lalu-lalang. Maka terhambur keluar tangisannya. Dia melepaskan segala kesedihan yang bersesak-sesak di dada.

"Abah... Man d-dapat straight A+, abah. Hilman berjaya, bah... Man b-berjaya." Mutiara yang turun dari tubir sudah diseka olehnya, namun makin banyak pula yang mengalir keluar.

"Kalau ab-abah ada m-mesti abah bangga. Ya Allah, sembuhkan abah ku. Aku ingin b-berkongsi kegembiraan ini dengannya, ya Allah..." Hilman memeluk lutut. Wajah disembamkan ke dalamnya.

Sontak, dia dapat merasakan ada seseorang sedang duduk di sebelahnya. Hilman angkat muka dan melihat Syahidah sedang berada di hadapannya. Dia berpaling ke kanan dan memandang wajah Syah.

Syah menghadiahkan senyuman ke arahnya. Kemudian, dia memaut bahu Hilman untuk menyalurkan sedikit kekuatan.

"Kenapa sedih ini? Awak dapat keputusan cemerlang." Hilman menunduk menekur lantai.

"Sebab abah dengan adik saya tak ada dekat sini. Dia orang kemalangan, dekat hospital sekarang. Abah saya koma. Kalau dia ada, saya tak sedih macam ini," jelas Hilman. Syah mendakap tubuh Hilman.

Syahidah terkejut apabila mendapat tahu berita itu. Dia mendoakan agar mereka berdua cepat sembuh di dalam hati.

"Sabar, Hilman. Abah awak mesti bangga dengan keputusan yang awak dapat ini." Pelukan dileraikan oleh Syah.

"Saya doakan mereka cepat sembuh, aamiin," kata Syah. Hilman senyum.

"Aamiin," balas Hilman.

"Tahniah, Hilman... Alhamdulillah atas keputusan awak. Kalau awak nak tahu, Feroz dengan Mikael masing-masing dapat 8A 1B, macam saya." Syahidah mengucapkan tahniah kepada Hilman. Sempat dia menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Hilman.

"Tahniah untuk awak juga, Syahidah," ujar Hilman. Air mata dilap menggunakan sapu tangan tersebut.

"Hilman, jom ke dewan semula. Kawan-kawan awak mencari itu." Syah bangkit dari tempat duduk dan mengajak Hilman mengikuti mereka sekali.

Hilman menurut. Jambangan coklat dan slip keputusan itu dibawa sekali.

Rasa sedihnya terubat sedikit setelah dipujuk oleh Syah tadi. Tak kurang juga setelah mendapat sapu tangan daripada Syahidah tadi.

"Terima kasih, Abang Syahir." Syah cuma menunduk dan senyum sebagai balasan untuk ucapan tersebut.

"Macam mana awak tahu nama saya?" soal Syah dengan nada terkejut di hujungnya.

"Daripada papan kenyataan tokoh pelajar cemerlang SPM dekat blok tingkatan lima dan daripada Syahidah." Terkedu Syah apabila mendapat tahu nama dan gambarnya terletak di papan kenyataan.

"Biar betul? Sungguh merisaukan..." Syah menggeleng kecil.

Syahidah dan Hilman tertawa halus melihat reaksi spontan daripada Syah itu.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now