BAB 43

94 12 15
                                    

Mendengar suara Syah yang agak lemah di corong telefon membuatkan Syahidah dilanda angin kerisauan. Berkali-kali dia bertanya tentang tahap kesihatan si abang, namun Syah tetap menjawab dengan tenang menyatakan bahawa dirinya tidak apa-apa.

"Pergi klinik abang... Nanti demam itu makin melarat." Pesanan itu dibalas dengan gelengan kecil daripada Syah.

"Geleng saja yang abang tahu," ujar Syahidah.

"Macam mana dengan periksa? Susah ke senang?" soal Syah dengan lemah-lembut.

"Alhamdulillah, abang. Idah dapat jawab. Cuma Add Maths itu ada satu dua soalan yang Idah tak berapa pasti dengan jawapannya. Soalannya fasal konsep vektor dekat kertas dua, bahagian B. Stuck juga masa jawab, tapi Idah tulis saja guna formula yang sesuai. Serah saja lah pada Allah." Syah menyengguk perlahan tanda faham.

"Tak apa, sekurang-kurangnya Idah mencuba. Fizik, Kimia dengan Biologi pula? Okey?" Hingus yang mengalir keluar dari hidung dikesat menggunakan sapu tangan.

"Okey. Subjek lain pun Idah okey - dapat jawab," balas Syahidah. Di hujungnya kedengaran suara Syah mengucapkan alhamdulillah.

"Abang... Idah sebenarnya nak minta izin sesuatu ini," tutur Syahidah.

"Ish, banyak pula hingus ini meleleh!" Secara tidak sengaja suaranya terkeluar.

"Kesian, abang..." kata Syahidah sambil tergelak-gelak. Syah tersengih sendiri.

"Idah nak minta izin apa?" soalnya.

"Macam mana nak cakap ya? Hmm, Idah nak buat kerja sambilan. Boleh ke?" pinta Syahidah. Terangkat sebelah kening Syah.

Dia berfikir sejenak. Boleh saja dia benarkan si adik bekerja sementara menunggu keputusan SPM. Masalahnya, dia takut apa-apa berlaku pada Syahidah.

Tidak mahu membiarkan Syahidah menunggu lama di atas talian semata-mata untuk mendengar apa keputusan yang bakal diberi, Syah memutuskan untuk membenarkan si adik bekerja sambilan.

"Dengan syarat, beritahu mak dengan ayah dulu. Jangan buat kerja berat sangat, okey? Idah kan baru lepas habis sekolah, jadi rehatlah dulu. Lepas dah masuk universiti nanti, tak ada santai-santai lagi dah, tahu?" putus Syah.

"Baik, abang! Terima kasih. Nanti Idah minta izin dari mak ayah. Abang jangan risau lah, Idah pandai jaga diri," ujar Syahidah. Syah mengecilkan kelopak mata sambil menatap wajah si adik.

"Kena kejar anjing pun cari abang, ada hati nak kata pandai jaga diri?" sindir Syah pada adiknya yang ibarat anjing menyalak tiada menggigit itu.

Syahidah memeluk tubuh.

"Sudah, sudah. Ini, Idah rancang nak kerja dekat mana?" Kedua tangan naik menongkat dagu.

"Kerja dekat mana-mana sajalah. Kalau boleh, Idah nak kerja 7Eleven." Syahidah menggaru kepala yang tidak gatal. Syah menggeleng kecil.

"Kalau macam itu, Idah duduk saja diam-diam dekat rumah. Tak payah mengada-ngada nak pergi kerja," terang Syah. Berubah air muka Syahidah.

"Abang... Tadi kata boleh, kenapa sekarang tak bagi pula?" Suaranya bertukar lirih.

"Idah lupa ke, dekat 7Eleven ada jual arak. Kalau Idah kerja dekat situ, gaji yang Idah dapat terang-terang haram sebab berurusan dengan minuman najis itu tahu tak?" jelas Syah. Syahidah mengangguk kecil. Dia terlupa akan perkara itu.

"Kan abang pernah share hadis daripada Anas bin Malik RA, yang dalam maksudnya, Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” Abang nasihat saja... Jangan terasa hati pula, ya? Abang tak nak adik kesayangan abang ini terjerumus dalam perkara-perkara yang berdosa," pesan Syah dan disertakan juga sebuah hadis.

"Baik, abang... Idah sebenarnya terlupa fasal itu. Nasib baik abang ingatkan." Senyuman manis dia hiaskan pada bibir. Syah membalas senyuman itu.

"Abang-" Terhenti kata-kata Syahidah yang seterusnya apakala si abang bersin kuat.

"Alhamdulillah..." ucap Syah, perlahan.

"Yarhamukallah," balas Syahidah.

"Yahdikumullahu wa yuslih balakum," tutur Syah pula.

"Abang, Idah ada satu lagi permintaan." Jari telunjuk kanan dihalakan ke arah kamera.

"Apa dia, wahai adikku?" Syah membetulkan kedudukan telefonnya yang hampir terjatuh tadi.

"Tak ada apa-apa lah. Tak tahu nak sambung ayat macam mana." Syah menjeling sekilas ke arah adiknya seorang itu.

"Ada pula macam itu? Abang hantar cubitan online baru tahu!" Kedua keningnya dikerutkan. Syahidah tertawa kecil.

Mereka berbual-bual bersama sehinggalah Syah sendiri yang ingin menamatkan panggilan kerana tidak tahan denga selsema yang menyerangnya tanpa henti. Syahidah cuma membiarkan abangnya berehat.

Dalam hati terbit rasa kasihan terhadap si abang yang tidak sihat itu.

MENANTI KAMU [C]Where stories live. Discover now