Mira Edora
Sophie mengiau dikakinya. kucing itu meminta dibelai.
"ahhh..dasar si kucing parsi meminta dijaga dan dibelai.. meminta dipelihara bagai minyak yang penuh" desis hatinya. kucing itu seperti aku ketika mula menagih simpati dengan Datuk Mukhriz. oppss bukan simpati tapi cinta. aku memastikan datuk mukhriz jatuh cinta dengan aku agar dia dapat mengikut telunjuk aku. tapi tidaklah aku sekejam lady Mcbeth sehingga meragut nyawa lain. aku cuma ingin memastikan aku boleh bernafas dalam kehidupan ini. tidak merasa sempit tidak merasa sukar.aku penat dengan segalanya. segala rintangan yang dilalui aku terasa panjang.
sekalipun hati ini terdetik sejemput dosa tapi persetankan semua itu. aku terpaksa mengetepikan maruah dan iman. segala anugerah yang dikurniakan Allah aku gunakan ke lembah maksiat.betapa aku jauh tersimpang bertuhankan nafsu dan kebendaan.telefon berdering aku lihat paparan di screen Sayang. siapa lagi kalau bukan datuk Mukhriz. aku mengangkat malas.
Helo...sapa ku.
darling i outstation kat Langkawi you nak ikut tak?
kalau dengan cara tu you fikir you boleh bayar sakit hati i baik tak payah.. "aku tak akan biarkan hati aku dipermainkan si mukhriz ini dengan mudah. biar dia serik untuk bermain dengan hati aku.
i minta maaf masa ke Sarawak hari tu wife i ikut sekali ling. please you kena faham kedudukan i. mukhriz membela diri.
bukan faham kedudukan you now i rasa faham tempat i kat mana. ok fine i berpijak di bumi nyata. you ajaklah bini you pergi langkawi. ok bye.
talian dimatikan.
Mira mengambil laptop dan mencari tiket kapal terbang. mencari flight ke sarawak esok. dia ingin pulang ke kuching rindu tanah airnya.
*************
loceng pintu berbunyi bertalu-talu. sengaja dia membukanya lambat. mogoknya dengan datuk Mukhriz masih bersisa. dia sudah membulat tekad untuk pulang ke Sarawak sendiri. Sekiranya Datuk Mukhriz tidak pulang malam itu dia tidak akan memberitahu pemergiannya. tapi sekiranya datuk Mukhriz pulang kepadanya dia terpaksa memberitahu. pintu di buka wajah datuk Mukhriz marah.
what? terpacul di bibirnya masih menandakan dia tidak puas hati.
you jangan mengada-ngada sekarang ni Mira. i busy i pergi bekerja jangan bawa keras kepala you dengan i.
huh.. i peduli apa. i tak peduli sama ada you suka atau tak esok i balik sarawak alone. tiket i dah beli. flight jam dua petang.
you tau i tak suka you balik kuching sorang-sorang. you memang nak sakitkan hati i Mira.
Mukhriz i tak ada hak atas you macam tu jugak you. so ..i nak ke mana itu i punya suka. you yang cakap kan my priority is my wife. so now my priority is my own.
datuk Mukhriz diam. sebab itu dia tidak suka mungkir janji dengan Mira Edora. dia sendiri tidak faham mengapa hatinya ada pada perempuan degil dan ingkar seperti Mira Edora.
dah i malas nak gaduh dengan you. kalau you nak makan i masak.kalau dah makan you pergi mandi. i nak tonton tv. nanti kalau mood i dh baik i masuk bilik. kalau you nak gaduh meh main pillow fight. so apa pilihan you? ... Mira sedar pergaduhan dengan Mukhriz tidak sampai ke mana-mana. lebih baik dia memberi pilihan beralah. lagipun dia akan balik ke kuching untuk jangka masa yang agak lama kerana ingin menjenguk rumah pusaka.sekaligus mencari tukang untuk membaik pulih rumah tersebut.
i nak mandi pastu i nak makan masakan you. tak kisah masak apa. i rindu you Mira. suaranya mengendur. memohon Mira mengerti perasaannya. matanya merenung wajah Mira. biar Mira mengerti betapa kasihnya dia kepadanya.
Ok. Mira hanya menjawab sepatah berlalu ke dapur.
Mula menyediakan ramuan masakannya mengeluarkan ayam yang telah di marinate nya tengah hari tadi. malam ini cukup chicken chop sebagai hidangan. masakan malasnya. kalau rajin dapat jugak datuk mukhriz merasa ayam masak merah nasi hujan panas kegemarannya.
setelah siap Mira memanggil Datuk Mukhriz untuk makan.Datuk Mukhriz hanya menikmati hidangannya tanpa bicara. Dia khuatir salah bicara boleh menimbulkan rasa tidak puas hati Mira Edora lagi. keputusan yang telah dia buat dia simpankan dalam hatinya sahaja.usai menjamu selera Mira mengemas ruang dapur. mandi dan ingin tidur. Jauh disudut hatinya dia rindukan datuk Mukhriz. Datuk Mukhriz masih handsome berumur pertengahan 30an. mempunyai isteri awal 30 an dan belum mempunyai anak.
tapi dia sedar perasaannya kepada datuk Mukhriz bukan cinta hanya rasa kagum terhadap lelaki itu.
usai mengemas dapur dia mandi mengemas beg pakaian. Jadi pagi esok dia cuma perlu mengemas Sophie dan dihantar ke pusat penjagaan kucing berdekatan.
Datuk Mukhriz masih membaca di bucu katil. Mira menghampirinya. menunggu bicara Datuk Mukhriz dan akalnya sudah mencanang jawapan yang disediakannya pada bakal soalan datuk Mukhriz tetapi datuk Mukhriz masih tenang meneruskan bacaannya. Mira menarik gebar tebalnya. Membungkus badan dan memaling mukanya.
Darling.. suara datuk Mukhriz memanggilnya lembut. Dia hanya diam.
i minta maaf memang i mungkir janji. i tak sangka Hani tiba-tiba nak ikut ke Kuching. Esok i izinkan you balik Kuching i hantarkan you ke lapangan terbang tapi bila you balik?i tak beli tiket balik. tengoklah kalau mood i ok i balik kalau tak tak lah.
ok. tapi i ada suprise bila you balik jadi tolong jangan lama-lama. i tunggu you. tolong jangan lebih daripada satu minggu.
tengoklah. i tak jamin boleh balik dalam waktu tu. i perlukan ketenangan. kata-kata you buat i fikir banyak. you tau i tak suka berfikir banyakan. dahlah tidur lah sayang. suara Mira mengendur. tidak keras seperti tadi.
tidurlah. i rindu you Mira. jari jemari nya mengulus rambut Mira. menarik lembut tubuh Mira mendekatinya. Mira hanya menurut. Dia juga rindu dalam pelukan hangat Mukhriz.
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...