Tengku Mukhriz Tengku Mokthar P.O.V.
Melihat refleksi diri dari cermin melahirkan berbagai rasa dalam diri. Aku masih kacak lagi mengenakan baju melayu berwarna putih kain sampin pink belacan pilihan Mira. Walau kadang colour pilihan Mira tidak berkenan di hati aku tapi aku terima sahaja kerana jarang pilihan Mira mendapat kritikan. Bagi aku Mira lambang kesempurnaan. Sempurna untuk hati aku. Aku kini berusia 35 tahun. Bakal berkahwin dengan wanita simpanan aku lima tahun lalu. Seharusnya aku bersyukur. Tuhan masih sayang akan aku kerana tidak mencabut nyawa ketika melakukan dosa. Tambahan pula, aku masih kacak pada usia ini. Sekali lagi aku bersikap narsisistik. Memandangkan aku akan berkahwin dengan wanita yang lebih muda 10 tahun dari aku. Terima kasih Tuhan.
"Abang, cepatlah" Tengku Izrail muncul mengejut membuatkan aku kaget.
"Kau kalau tak muncul macam malaikat maut memang tak sah. Dah siap ni", aku mengambil songkok di meja solek. Membuntuti langkah Izrail.
Bonda senyum manis menyambutku diruang tamu. Mak Yam juga senyum penuh makna. Kami keluar dari Santubong Suites ke rumah Mira untuk akad. Perasaan aku pada ketika ini pastinya susah untuk diucap. Aku tidak pernah merasakan sebegini berdebar ketika berkahwin dengan Hani dulu. Kata dan usikan daripada bonda, Izrail dan mak Yam bagai silir berpuput lembut. Tidak ku hirau. Sejujurnya aku excited barang kali.
Melihat dari jauh kanopi di depan rumah Mira aku lega. Kami sampai jua. Rombongan kami hanya tiga belas orang. Adik beradik bonda tiga orang bersama pasangan dan adik beradik ayahanda dua orang berpasangan. Sepupu? tiada. Mereka hanya akan bersama kami pada majlis resepsi nanti di Perak.
Aku melangkah perlahan menaiki tangga rumah di sambut senyum simpul para tetamu. Keluarga terdekat Mira. Azmi menghulur tangan. "Tahniah", ucapnya ringkas aku hanya senyum.
Apabila aku duduk mengambil tempat di depan kadi. Aku menjeling Mira. Dia tenang. Duduk disisi Maz Mira bagai ratu. Mira kalau dibandingkan dengan Hani sebenarnya Hani lebih cantik tapi wajah Mira lebih lembut. Matanya lebih mempesona. Aku percaya sesiapa yang melihatnya akan suka. Merasa senang. Cuma yang menghairankan Mak long tak suka dia. Aku pun dia macam tak suka. Itu wanita pelik yang aku pernah jumpa.
Debaran kian terasa bila tangan aku hulur kepada kadi. "Aku nikahkan dikau dengan Mira Edora binti Husin dengan maharnya 1200 ringgit tunai", ucap kadi dengan segera aku menjawab. "Aku terima nikahnya Mira Edora binti Husin dengan mahar yang tersebut", aku menjawab tenang.
"Alhamdulillah", suara pak su tidak dapat di tahan. Kami gelak kerana terkejut bila dia memecah kesunyian selepas saksi menjawab sah. Aku kerling Mira. Senyum dan air matanya bergenang.
Aku menghampiri Mira. Menyarung cincin di jarinya. Bersalam dengannya. Mengucup dahinya. Aku gembira. "Terima kasih sayang", bisik ku perlahan.
Mira hanya senyum. Senyum yang sukar aku mengerti. Kemeriahan acara ijab kabul kami terus membuai kami dengan kesibukan. Masing-masing sibuk melayan tetamu. Sesekali kami menjeling sesama sendiri. Esok majlis resepsi. Malam ini ada majlis berlulut. Hanya di hadiri keluarga terdekat. Mira akan mengenakan pelbagai jenis baju. Aku tidak faham apa faedahnya tapi adat kan. Kita ikut sahaja.
******************************************************
Kami berduaan dalam bilik ini. Kedengaran suara saudara mara yang masih riuh diluar. Berbual. Padahal jam telah menganjak ke pukul 11 malam. Mira mengikut aku kembali ke Santubong Suites. Berada dalam bilik kami. Dalam situasi yang berlainan. Mira masih di dalam bilik air. Membuang make up barang kali. Aku menghadap wajah ke Laut China Selatan. Sebenarnya, Santubong Suites merupakan kediaman yang paling aku suka. Menjana ketenangan.
Terasa bahu aku dicuit seseorang. Aku pasti dia Mira Edora. Aku paling wajah ke arahnya. Sedikit terkejut dan teruja melihat Mira berpakaian tidur jarang dan singkat. Aku tergoda. Mira senyum.
"I tau you rindu i Mukhriz", ungkapnya yakin. Aku hanya senyum mengeleng.
Leher aku dipautnya lembut. Perlahan-lahan wajahnya menghampiri aku. Mira seperti selalu penuh dengan kejutan. Bibir kami bersatu. Aku memeluk pinggangnya erat. Lantas Mira menganjak naik tubuhnya. Melingkari pinggang aku dengan kaki panjangnya. Lidah kami masih berlawan ibarat mata pedang. Aku bergerak perlahan ke katil. Sebenarnya bukan mudah mengawal keadaan sebegini. Kau jangan fikir perempuan cantik ringan macam layang-layang. Hakikatnya mereka tetap berat dari tong gas memasak.
Kami berada di katil. Perlahan-lahan jari jemari aku beralih ke bahagian sensitif Mira. Basah. Mira telah bersedia. Sebentar lagi kami akan memulakan persaingan. Kali ini lebih seronok.
"Terima kasih Mira untuk cinta yang tiada terhingga", bisik ku ke telinganya.
"Jangan berani jadikan ratu lain selepas i dalam hidup you Mukhriz", bisikan balasnya masih tetap Mira Edora. Tapi, aku tetap mencintainya sepenuh hati dan raga.
_______________________________The End_________________________
Terima kasih buat pembaca. Cerita ini berakhir di sini dengan sambungan yang akan menyusul jika saya kelapangan Disember nanti.
With Love,
JasmineMj
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...