Mira Edora bangun awal. Menyediakan sarapan seperti selalu jika datuk Mukhriz di sisinya.
hidangan pagi ini hanya hot cakes dan madu.
morning sayang. Datuk Mukhriz menyapa Mira dengan suara yang ceria.
Morning. Awal bie bangun? sapa Mira.
kan ada orang nak tengok sunrise. lepas tu ke rumah saudara mara awak pulak.
ok. nanti i kenalkan you dengan mak ngah. sepupu i dan pak su.ujar Mira.
Mak Long? dalam list kenalan itu tertinggal seorang.
tak payahlah. nanti lain pulak jadinya. kata Mira.
ok. Mukhriz tidak bertanya selanjutnya. biar Mira mengatakan padanya sendiri ketika Mira sudah sedia untuk bercerita.
sepanjang dia bersama Mira dia tidak pernah mengambil tahu siapa Mira pada masa lalu. Dia takut Mira merasa dia gemar mengungkit.
Tempat pertama yang mereka pergi ialah pantai. Melihat matahari terbit dari ufuk timur adalah kegemaran Mira.
Lepas ni you jangan pandai-pandai kenalkan i sebagai datuk atau sebut datuk depan nama i Mira. Datuk Mukhriz memberi amaran.
Mana i tahu jadi macam tu malam tadi. habis i nak cakap apa?
you cakap aje you penasihat guaman i. senangkan?
ok. datuk. serentak itu satu ciuman singgah di bibirnya.
you datuk i lagi i tak tunggu iddah Hani habis untuk kahwin you. biar kita kahwin tangkap basah je di sini.
beraninya you. dah jom. nasib baik tak da orang lalu kat sini.
*****************
Assalammualaikum mak ngah. Mira memberi salam di muka pintu rumah mak ngah.
walaikumsalam Mira. Untungnya mak ngah tengok kamu pagi-pagi lagi. Masuklah Mira. eh..Encik sekali masuklah.
Mak Ngah ni kawan Mira. Mukhriz.
Mukhriz ni mak ngah i.
Mukhriz bersalaman dengan wanita yang dipanggil Mira Mak ngah itu. Wanita itu sudah berusia pertengahan 50 an. Jadi inilah isteri pak ngah yang menjual Mira di kelab dulu. Fikirnya.Tidak sesuai langsung wanita yang kelihatan sebaik ini bersuamikan lelaki yang tidak berhati perut.
Mak ngah menghidangkan air kepada tetamunya. Banyak yang mereka bualkan terutama zaman kanak-kanak Mira. Bagaimana Mira melalui zaman kanak-kanaknya yang riang dan gembira. Bagaimana Mira lari dikejar kambing sehingga jatuh dalam perigi buta. Bagaimana Mira lari dikejar anjing. Menangkap ayam dan sebagainya yang anak kampung sering lakukan. Mira sememangnya nakal sejak kecil lagi.
seronok betul you gelakkan i Mukhriz. Mak ngah, Mira nak tanya ni, dengarlah Mak ngah pun nak gelak Mira. Dulu masa Mira jatuh perigi Mak ngah jugak yang susah hati siap pergi marah Pak Leman lepaskan kambing dia. Mira cuba meleraikan tawa mak ngah dan Mukhriz.
Mak ngah betul ke Mira dan abang Mi bertunang? tanya Mira. Mak ngah diam seketika.
Mira,kalau mak ngah cakap Mira jangan ambik hati ye. Memang Mak ng ah pernah temankan Azmi beli cincin untuk Mira tapi cincin tu tak pernah sampai ke tangan pak su. sepatutnya masa Azmi dapat posting di Miri kamu dah dipinang ileh mak long kamu. cerita Mak ngah.
mana kamu dengar cerita ni Mira? tanya mak ngah.
malam tadi Mira jumpa abang Mi. jawabnya.
sekaligus menjawab apa yang terjadi dengan bibir Mukhriz yang sedikit biru itu.
Mak ngah harap kamu tak kecik ati dengan sikap mak long kamu Mira. mak ngah memujuk.
Mira menjeling Datuk Mukhriz. biar dia dengar sendiri dari mulut Mak ngah mengapa dia tidak ingin memperkenalkan Mak long kepada Mukhriz.
Orang tua itu memang tidak menyukai sedari kecil. Tidak mungkin orang tua itu mahu menerimanya sebagai menantu. Dia sendiri tidak pasti mengapa Mak long tidak menyukainya. bila dia tanya pada Mak Ngah tidak ada pula jawapan. Begitu juga Pak Su. Layanan Mak Long terhadapnya berbeza benar berbanding dengan sepupu-sepupunya yang lain.
Mak Ngah temankan Mira dan Mukhriz ke rumah Pak Su. Mira meminta dengan wajah manjanya.
Mak Ngah mengangguk. Mira nak pergi sekarang ke?
yelah Mak Ngah nanti sebelum Maghrib Mira balik.
Mukhriz hanya diam. Menunggu Mak Ngah menyarung tudungnya.
**************
Mira memberi salam dari kaki tangga rumah Pak Su. dia sendiri masih berdebar untuk menemui pak su.
salamnya bersahut kedengaran suara seorang perempuan menyahutnya.
Wajah perempuan itu berubah melihatnya. Sama ada terkejut atau tidak suka dia tidak pasti.
Kamu Mira, baru ingat dengan Pak Su kamu ke? Lama kamu tak balik.ucapnya.
Mira hanya senyum. Apa khabar Mak Su? Mira menghulur tangannya ingin bersalam.
Som, mana Hisyam? kamu ni tak boleh ke sambut Mira ni baik sikit dah lima tahun dia tak balik. apa salah nya dia jenguk pak su dia? yang kamu tak da angin tak da ribut tiba-tiba nak menyerang orang. Mira bawa kawan dia ni. sekurang-kurangnya kalau engkau tak malu dengan aku ni ipar kau, kau malu sikit lah dengan orang luar. Mak Ngah berkata panjang. Mak Su hanya memuncungkan bibir.
abang Hisyam ke pangkalan sekejap lagi baliklah. naik lah Mira, kak ngah dan encik. Mak su akhirnya beralah.
baru hendak membuka alas kakinya kedengaran bunyi motosikal pak su di halaman rumah Mira menoleh.
Pak Su meluru ke arahnya memeluknya erat. Maafkan Pak Su Mira. Pak Su tak sepatutnya lepaskan tanggungjawab pak su pada mak ngah. ujar pak su.
pak su, Mira dah lupakan semuanya. Ni kawan Mira. Err..daa Mukhriz. Mira memperkenalkan Mukhriz kepadanya.
Mukhriz bersalaman dengan Pak Su. Pak su menjemput mereka naik ke rumah berbual-bual.
Pak Su bertanya khabar kepada Mira. Apa yang Mira buat dan bagaimana kehidupan Mira selama lima tahun belakangan ini. kebanyakan soalan pak su tidak di jawab Mira.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mira Edora
Romansasemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...
