Percutian

6.5K 163 8
                                    

Datuk.. bangun.. Mukhriz bangunlah..

Mira, you ni kenapa.. pagi lagi ni.Mukhriz masih mengantuk.

i rasa i nak pergi Pulau Satang lah. you nak ikut tak? tanya Mira.

What? Mukhriz terduduk. Mira hari tu i ajak you ke Langkawi you tak nak. Now you nak pergi ke Satang. Ish.. mengada lah you Mira. tidurlah. Meh i peluk.

Eeeeii tak nak lah datuk. kalau you tak nak pergi i pergi sorang you tinggal rumah aje. Mira menolak tangan Datuk Mukhriz.

ok. Datuk Mukhriz beralah.

you guna bilik air sebelah.i nak mandi juga. kalau tunggu you mandi tak berlabuh kapal.
entah apa kaitannya mandi dengan kapal. dia sendiri tidak faham.

Dia ingin melihat penyu bertelur malam ini. biar percutian kali ini hebat sedikit. Dia mengemas pakaiannya dan pakaian Mukhriz dalam beg yang berasingan. lebih baik dia memakai jeans sahaja fikirnya. memandangkan jeans akan memudahkan pergerakannya. lagipun kalau tidak silap ada chalet di sana. Kali terakhir dia ke sana enam tahun lalu bersama Azmi. Sungguh dia rindu pemandangan disitu. Dia sudah siap berkemas. Sementara menunggu Datuk Mukhriz dia menyediakan sarapan. kaya toast dan kopi sahaja.

ini aje Mira? mana nasi goreng. tak pun hot cake ke? Datuk Mukhriz mengerutkan mukanya.

Alah.. kita pergi kampung dulu tanya ada bot ke tak dapat naik ke tidak. sambil menunggu kita makan kat gerai ya. Mira melembutkan wajah.

yelah. Datuk Mukhriz beralah.
selesai sarapan Datuk Mukhriz memandu keretanya terus ke rumah pak su.

Mukhriz memberi salam.

walaikumsalam, awal kamu pagi ni Mira Mukhriz. nak ke mana? tanya pak su.

Ni ada orang nak tengok penyu bertelur, sindir Mukhriz kepada Mira.

Boleh lah kalau kamu nak ke Satang. Kamu tumpang abang Hamdan kamu kebetulan dia bawa cikgu bercuti dari semenanjung. jemputlah naik dulu pak su ambil kunci moto, kata pak su.

tak payah pak su. nanti terlepas pulak. kata Mira. hakikatnya dia malas melihat wajah jelek mak su nya bila melihatnya. Memang Mak Su tidak sukakannya kerana dia sering mendapat pujian daripada Pak su berbanding dengan Mila.

Mira jom.. dah sampai jeti ni..Datuk Mukhriz mengajak Mira turun.

Abang Hamdan, apa khabar? Mira menanyakan khabar kepada lelaki yang akan memandu bot untuk ke pulau Satang kelak.

Mira, lama nya tak jumpa kamu abang sihat. Makin cantik kamu sekarang. Sorry Mira abang tak ke pulau Satang. Ni abang nak hantar mereka ke teluk asam. kalau Mira nak join boleh aje. Mungkin lusa abang bawa Mira ke Satang. boleh?

Mira senyum kelat. Boleh lah abang. Ni je ke yang pergi. eyhh lupa kenalkan. Mukhriz. Kawan Mira. Mukhriz dan Abang Hamdan bersalaman.

Tunggu seorang aje lagi. kejap ye Mira.

Mukhriz abang Hamdan selain bawa pergi snorkeling sekitar sini dia juga bawa orang pergi memancing. kalau you nak memancing you boleh bagi tau dia. Mira memperkenalkan abang Hamdan.

Mukhriz berbual-bual dengan Hamdan bertanya pakej snorkeling memancing dan sebagainya. Akhirnya orang yang mereka tunggu tiba.

Mira senyap. Kenapalah perlu dia yang datang. Silap-silap boleh karam bot ini kerana Mukhriz dan Azmi seperti sudah sedia untuk beradu kekuatan.

Mira, bawa datuk ni melancong ke? sindir Azmi.

Yelah. Apa salahnya dia menengok tempat kelahiran Mira? Mira membalas.

Mira, orang kaya macam dia nak ke naik bot macam ni? Mira tak nampak ke beza hidup dia dengan hidup Mira macam langit dan bumi. kata Azmi.

dia tak sesuai langsung dengan Mira. Mira tak cintakan dia pun. Mira tengok abang Mira. Azmi menambah.

Siapa kau nak tentukan aku layak bersama Mira atau tidak hah? Mira berhak untuk memilih bukan kau yang tentukan.Untuk pengetahuan kau aku dah menyatakan hasrat aku untuk peristerikan Mira dengan Pak Su. Mukhriz membela dirinya. senang-senang dia cakap aku tak layak dengan Mira. Dia ingat dia layak sangat ke. getus hati kecilnya. Selama ni aku berusaha bahagiakan Mira bukan setakat wang ringgit emas permata tapi aku sentiasa berada bersama Mira. Susah dan senang.

Mukhriz jom naik bot ni. Mira menarik tangannya.

Azmi berlalu menarik wajah masamnya.

Ok. Datuk Mukhriz menjawab pendek. masih tidak berpuas hati. Dia geram betul dengan Azmi. Sungguh mulut lelaki itu tidak beradap tidak padan dengan profesionnya sebagai guru.

Mira sengaja memeluk erat lengan Mukhriz menghangatkan hati Azmi. Biar Azmi rasa dan tahu bagaimana hatinya selama ini.

Mira mengeluarkan iphone5s miliknya mengambil gambar dia dan Mukhriz. Mukhriz hanya melayan kerenah Mira. itu lebih baik daripada Mira memilih untuk menyakiti hatinya. Lima tahun hidup bersama Mira sudah cukup untuknya mengenali sikap gadis itu. Jika dia tidak berpuas hati dengannya dia akan menyakiti hatinya dengan pelbagai cara tidak mustahil dia boleh bermesra dengan Azmi hanya kerana kameranya tidak di layan.
Akhirnya sampai juga ke destinasi yang ditujui setelah penat dipukul ombak.

Mira,ni bukan Taman Negara Bako ke? tanya Mukhriz.

inilah. kenapa? Kan tadi abang Hamdan kata dia tak pergi ke Satang. Dia bawa ke sini sahaja. Mira memandang hairan.

ok tapi tadi kata teluk Asam. Mukhriz meminta kepastian.

lah, teluk Asam tu sinilah sayang oi. itu nama tempatan. Macam i jugs kadang you panggil i Mira kadang you panggil i sayang. kadang bie. Mira senyum ketawanya ditahan takut wajah Mukhriz mengelat.

So, Mira you nak tinggal di chalet atau dalam khemah. tanya Mukhriz.

Tinggal di chalet. i tak nak tinggal dalam tent you know kera kat sini tersangatlah freindly. Tengok i baru cakap. Mira menunjuk seekor kera mengambil baju yang dijemur di depan sebuah chalet.

Mira, i nak sebilik dengan you. ya? Mukhriz berbisik.

sukati you lah i tak kisah nanti ada yang bertumbuk lagi kat sini. Mira menarik muka masam.

i gurau ajelah. jap i daftar. you tunggu sini jangan main jauh-jauh. tengok tak da coverage di sini. ingat Mira tunggu i.

Mira hanya mengangguk.

Mira EdoraWhere stories live. Discover now