Singa betina

5.4K 160 16
                                        

"Hello Mukhriz. bangunlah. dah 430 ni", suara Mukhriz mamai menyambut telefon.

"Mira, apa you kejutkan i pagi buta ni Mira", tanya Mukhriz.

"You kat Kuching Mukhriz bukan kat Perak. Imsak pukul 5.03 pagi. Pergi sahur. you tahu macam mana i susun barang kan. tengok dalam kabinet atas ada oat dan susu pun ada belum buka lagi", kata Mira.

"Kejap Mira. I masih tak hadam cakap you kejap Mira", Mukhriz masih mamai.

"You nak i datang sana robohkan pintu rumah tu?", Mira mula meninggikan suara.

"Sabar Mira. i tengah ke dapur ni", ujar Mukhriz memang dia rasa lucu bila Mira marah. Suaranya halus apabila meninggi bunyinya pelik.

"Jangan gelak Mukhriz. Kalau you tak nak makanan tu pergi rumah Mak ngah makan nasi", ujar Mira.

"Tak payah. i makan ni aje. Lepas ni i nak subuh kat surau boleh?", tanya Mukhriz.

"Pergilah kat masjid. Kat sini tak da surau. Masjid depan simpang sebelum masuk kampung", jawab Mira.

"Ok, i nak makan dulu. lepas subuh i jumpa you. you dah sihat ke Mira?", Mukhriz inginkan kepastian walaupun dia tahu Mira sudah sihat. Sudah boleh marah.

"Nanti you tengoklah sendiri. bye", Mira memutuskan talian.

layanan Mira dingin. Pastinya masih marah. Salah aku juga tidak menyahut. Bukan aku tidak mahu menyahut luahan cinta Mira Edora tapi dengan keadaan aku yang kehilangan segala pangkat dan aset ini akulebih merasakan cintanya simpati. Mira sendiri masih ku lihat seperti berteka-teki dengan perasaannya. Bisikan hatinya.

Mukhriz mandi berkemas ke masjid. Masakan tidak nampak masjid yang besar di pintu gerbang kampung ini. Cuma kesilapan Mukhriz memanggilnya surau.

usai solat Subuh Mukhriz berkenal-kenalan dengan jemaah masjid. Setelah beramah mesra dengan penduduk setempat Mukhriz terus ke rumah Mak Ngah. Menemui Mira.

Dari jauh kelihatan Mira duduk di bawah pohon mangga Mak Ngah yang rendang. Dia memberhentikan keretanya. Mira masih merenung jauh ke angkasa.

"Mira sayang", sapanya.

"Siapa sayang you?", Mira mengecilkan pandangannya.

"Dahlah. Singa betina asyik nak melenting aja", kata Mukhriz.

"I bukan singa Mukhriz. Kalau i menyinga i makan you", hatinya terasa panas digelar singa betina begitu.

"Dahlah Mira. I minta maaf pasal malam tadi. i sayang you cinta you sepenuh hati i", luah Mukhriz mengharap Mira berpuas hati.

"Tengoklah", jawab Mira.

"I balik ajelah macam ni Mira", Mukhriz mengugut.

"Jangan ugut i Mukhriz. I rindu you", Mira menundukan wajah.

"Boleh ulang sekali lagi Mira. Lima tahun i bersama you. I tak pernah dengar you kata macam tu, macam hari bersejarah pulak", Mukhriz senyum sendiri.

"You perli i Mukhriz", Mira memuncungkan bibir.

"I tak perli you sayang, lama i tak dengar you panggil i biey..i rindu you Mira. Bila you luah perasaan you malam tadi i rasa sukar nak percaya sama ada you bercakap dalam mimpi atau realiti Mira", Mukhriz cuba menerangkan perasaannya.

"You tak berada di tempat i Mukhriz. Dulu you ada isteri. Siapa pun i di hati you, i tak akan pernah miliki you. Mana mungkin i tak sayang you Mukhriz, i hidup kerana you. I bahagia kerana you. kali ini i tak akan keliru i cintakan you. i ulang buat kali akhir i pilih you, i cintakan you", sekali lagi jadi dia harap bukan balasan yang hambar dari Mukhriz seperti semalam.

"I cintakan you Mira sepenuh hati i. kalau pun you bukan yang pertama dalam hidup i, you tetap yang terakhir dalam hidup i, i janji tak akan sia-siakan you", Mukhriz membalas.

Kalau tidak dibalas entah apa lagi di anginnya. Menjaga hati Mira ibarat menjaga singa di zoo kalau nasib baik boleh di bawa bergurau senda kalau nasib tidak baik kita diterkamnya. Aku sendiri tidak faham kenapa boleh gila dengsn perempuan sepelik ini. Bisik hati Mukhriz.

"Jangan hati you mengutuk i Mukhriz", Mira bersuara.

"Mana you tahu Mira?", tanyanya apa dia boleh membaca fikiran orang ke.

"I bukan bodoh Mukhriz, kalau tak masakan you cintakan i. You ingat hati you nak suka ke dengan perempuan yang akalnya tak setanding you", jawab Mira.

"Bila nak kahwin dengan i?", Mukhriz mengubah topik perbualan. Dia tidak suka Mira mengungkit masa lalunya.

"You yang kata tunggu eddah bini you habis. tunggu jelah", Mira membalas.

"Mira, you dah betul-betul sihat ke?", tanya Mukhriz. Mana mungkin orang sakit boleh berbicara sekeras Mira bukan.

"Badan i sakit, dahi i yang berjahit ni pun sakit. Tapi mulut i tak sakit masih boleh bercakap. Telinga i pun tak sakit masih boleh dengar hati you kutuk i", ujarnya. Sengaja menyakiti hati Mukhriz dia tahu Mukhriz memang akan mengomel dalam hati bila di layan dingin.

"I tak kutuk you lah. Apa you nak buat hari ini?", tanyanya.

"Shoping boleh?", tanya Mira.

"Ok, tapi pakai elaun you sendiri", jawab Mukhriz.

"Tahulah. Elaun tu banyak lagi. Eyhh, tapi kenapa elaun i tak kena tarik mak you?", dia hairan.

"I buat pelaburan atas nama you. keuntungan setiap bulan masuk akaun you", Mukhriz berharap Mira berpuas hati dengan jawapannya.

"Banyak juga you buat pelaburan atas nama i?", tanya Mira.

"I tak nak you susah kalau apa-apa jadi dengan i Mira, banyak tanya you ni. You dah mandi belum", tanya Mukhriz.

"Sudahlah sebelum subuh pagi tadi", jawabnya.

"Pandai juga you bangun awal solat ya", kata Mukhriz.

"Sampai bila nak hidup menghurung dosa Mukhriz?", tanya Mira.

Mukhriz diam.

Baliklah you Mukhriz. tukar baju you. lepas tu ambil i", cadang Mira.

Mukhriz mengangguk dan berlalu pergi.

---------------------------------------------------------------

Mira EdoraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang