Sebenarnya Pak Su tujuan saya ikut Mira ke sini saya nak minta izin untuk ambil Mira sebagai isteri saya. Mukhriz membuka bicara.
Mira yang sedang minum tersedak. Mak Ngah mengurut belakangnya.
Hisshh, kamu ni Mira. memalukan je. orang nak ambik kamu sebagai isteri kamu boleh macam ni.
Mira hanya diam. membiarkan Mukhriz meneruskan kata-katanya.
Saya dah lama kenal Mira sejak dia di universiti lagi. Jadi saya rasa dah tiba masanya saya berterus terang untuk melamar Mira dengan Pak su, ujar Mukhriz.
Mukhriz, pak su ni tak kisah sangat siapa pilihan Mira yang penting apa yang Mira suka. Kalau putih katanya putihlah kalau hitam-hitamlah. Tapi sebagai orang tua kami ni perlulah memberi pendapat dan cadangan pada anak- anak agar kami tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, kata Pak su. pak su menghela nafasnya berat dan lemah. Dia tahu Azmi masih menunggu Mira. Berat membuat pilihan sama ada mementingkan lelaki di depannya atau Azmi anak saudaranya. Begitu juga Mira atau anaknya sendiri Mila.
Pak Su ni baru kenal kamu hari ini jumpa Mira pun hari ini. Jadi pak su harap kamu beri kami masa untuk bersama Mira dulu. Sementara tu pak su harap kamu dan Mira jagalah pergaulan kamu dulu. tambah pak su lagi.
Mira hanya diam memandang lantai. Mukhriz serius dengan kata-katanya. bahagiakah dia jika mengahwini Mukhriz?
Baiklah pak su kalau itu kata pak su. Saya pun tak memaksa Mira untuk menerima saya dan saya harap saya juga dapat peluang mengenali pak su, balas Mukhriz.
Pak su mula bertanya pekerjaan Mukhriz. Mukhriz hanya mengatakan dia bekerja dengan ayahnya dan Mira pula sebagai penasihat guaman kepada syarikat mereka. Mukhriz terpaksa mereka cerita bagi menutup aibnya dengan Mira. Dia tidak mahu Mira dipandang serong oleh Mak su dengan wajahnya penuh jengkil melihat Mira. entah mengapa orang tua itu tidak menyukai Mira.
kadang-kadang Mukhriz juga bertanya mengenai pekerjaan pak su sebagai nelayan bagaimana menangkap ikan. malah Mukhriz mengeluarkan hasratnya untuk mengikut pak su ke laut. Mira hanya menjeling. dihati Mira terasa lucu. bagaimana Mukhriz boleh terfikir yang dia boleh turun ke laut? berpanas dipukul ombak. menurunkan pukat. apa dia ingat kerja itu semudah dia mengeluarksn buah fikirannya di pejabat?
sedang enak fikirannya menerawang berimaginasi wajah Mukhriz ke laut menangkap ikan. kedengaran suara perempuan memberi salam. Mira hanya menghadiahkan senyuman kepada perempuan itu.Mira, balik juga engkau rupanya. ujar Mila. dia tetap menghulur tangan bersalam dengan mak ngah dan Mira. Mila tahu tidak ada gunanya dia membuat muka tidak senangnya terhadap kehadiran Mira kembali dalam hidupnya sudah pasti abang Mi gembira mengetahui perempuan sial itu sudah kembali. sekaligus merampas Azmi darinya. tapi siapa lelaki yang bersama dengan Mira itu.
Mila ke dapur dulu. kata Mila meminta diri.
Mak Su juga bergegas ke dapur mengikut Mila.Mak sapa tu? bergaya benar Mira sekarang. Mila ingin tahu.
itu boss Mira. kenapa kamu berkenan ke? kalau dia suka kamu Mila senang hidup kamu macam Mira tu. kata mak Su.
Mak, Mila ni tak lah gila harta macam si Mira tu mak. masalahnya kalau si Mira tu balik memang taklah mak long pinang Mila mak. kata Mila.
sejak dari sekolah lagi Mila menyimpan perasaan kepada Azmi tetapi Azmi hanya memerhatikan Mira. Sedangkan dia rasa dia lebih cantik dari Mira tetapi Mira juga yang mendapat perhatian. cuma Mira lebih bijak darinya.ishhh, kamu ni Mila. Mak tak fahamlah susah benar kamu nak menarik hati Azmi. Sudah lima tahun Mira tu bagi peluang pada kamu ushakan Azmi tapi tak dapat juga. kamu ni kena mandi bungalah mak rasa. Mak su berkata. sungguh dia hairan memang tiada langsung lelaki yang berkenan dengan Mila padahal jika dibanding dengan Mira, Mila lebih cantik. wajah Mila seperti bintang filem. Mila lebih tinggi dari Mira. Memiliki hidung yang lebih mancung dan kulit putih.
hakikatnya beza di antara Mila dan Mira hanya di bezakan dengan raut wajah dan ketinggian. Mira berketinggian 160 cm berbanding Mila yang berketinggian super model itu.hidung Mila lebih mancung dari Mira. Tetapi keayuan wajah Mira tidak dapat ditandingi Mila. wajah Mira lebih terserlah kelembutan wanita melayu berbanding wajah Mila yang kelihatan sombong dengan kecantikannya.Mak, ishh zaman dah moden ni tak kan mak nak percaya dengan kepercayaan karut marut macam tu mak. cubalah mak yang berpengalaman ni beri idea macam mana nak dapatkan perhatian abang Mi tu. Mak. oo mak.
ish... ape lah kamu Mila. terkejut mak. mak tengah fikir lah ni mila oi.. lamunan Mak su terhenti.
Mak, mak masak apa hari ni? kalau ada lebih boleh hantar dengan Mak long.
Gulai ikan kamu hantarlah kepada Mak long kamu lepas Mira balik. Makan lah dulu Mila. Mak tak faham lah apa budak Mukhriz tu minat sangat dengan Mira tu sampai nak buat bini. Mak su akhirnya mengeluarkan apa yang termangu di hatinya sejak dari tadi.
iye ke mak? bila Mira nak kahwin mak? kalau dia kahwin senang hati Mila mak. Memang sah lah abang Mi milik Mila.
Mila, beruntung benar kalau Mira nak akan si Mukhriz tu Mila. Tengok rupanya bergaya. macam berharta jugak. kamu hanya fikirkan abang Mi kamu tu aje. eh, Mila sekali sekala kamu pandanglah yang lebih baik yang jauh sikit. Mak su cuba menyedarkan Mila.
Alah mak tu rezeki Mira lah. Mila tak kisah yang pentingkan mak hati. Mila sedar Mila sapa mak belajar pun tak tinggi. Tadi mak cakap tu boss Mira. Mira kerja apa sekarang?
katanya peguam. macam tulah mak tak faham lah. Mak su menjawab bosan melayan kerenah Mila yang hanya memikirkan Azmi.
Som... ooo som. kedengaran suara pak su memanggilnya.
Mak su berlalu ke ruang tamu.
balik dulu Mak su, ujar Mira lalu menghulur tangan bersalam dengannya begitu juga Mukhriz.nanti ada masa singgah lagi Mira. Mukhriz. pelawa pak Su.
baik pak su. jawab Mukhriz ringkas.
setelah menghantar Mak Ngah pulang Mira dan Mukhriz terus kembali ke Santubong Suites.
![](https://img.wattpad.com/cover/41962637-288-k931587.jpg)
YOU ARE READING
Mira Edora
Romancesemanis wajah yang digunakan untuk memiliki segala yang ingin dimilikinya. dia tidak betah untuk hidup susah. baginya seorang wanita perlu dibayar harga yang tinggi untuk dimiliki. sesiapa yang ingin memilikinya perlu membida harganya yang tinggi. m...