Musim Bunga

4K 131 32
                                        

"Tahniah, Mira", tangan Mira digengamnya kemas. Pipi Mira dilagakan ke pipinya. Mira terasa canggung. Mimpikah ini? Bukan selama ini sepupu sebayanya itu tidak pernah suka padanya?

"Nanti kita tolong awak buat persiapan ya", tambah Mila lagi. Mira hanya mengangguk. Apa lagi pilihan yang dia ada? Orang buat baik tak akan nak di tolak mentah-mentah bukan?

"Kan kak Maz?", kata Mila melihat aku tidak membalasnya dengan kata-kata.

"Ya Mila. Kamu tolonglah apa yang patut", Mak ngah menjawab. Seperti mana aku yang canggung begitu jugalah kak Maz. Membutang matanya melihat Mila menyalami aku siap cium pipi lagi.

"Kamu ni Mila, tak kerja ke hari ini?", Mak ngah bertanya.

"Tak lah Mak ngah. Tak ada aktiviti sekolah minggu ni", balas Mila. Mila merupakan pembantu tadbir sekolah.

"Agak-agaknya bila langsung majlis kamu ni Mira?", Pak Su bertanya.

"Kau ni Hisyam, rombongan lelaki belum datang lagi kau dah tanya bila", Mak ngah menjawab.

"Kak Ngah, Syam tanya ni kak senang la nak menjawab bagi pihak Mira kelak. Kalau nak segera kita beri jawapan segera. kalau nak tunggu beri pantun menunggu lah lagaknya", Pak Su menerangkan.

"Dah suka sama suka buat apa nak menunggu abah", Mila menyampuk.

"Hai, cepat benar kamu menjawab Mila. Kamu pulak yang tak sabar nak akan Mira ni kahwin. Kalau macam tu abah kahwinkan kamu dululah dengan anak imam kampung yang baru balik dari Mesir tu", pak su membalas.

"Kalau anak imam tu setuju benar saya bang", Mak Su menyampuk.

"Mak, abah apa pulak ni. Ishh, tak sesuai lah Mila dengan anak imam tu. Tak pasal-pasal nanti dibuatnya Mila kena berpurdah. Tak kuasa Mila mak", Mila menjawab.

"Tak kuasa apa pulak? Dah bersuami ikutlah kata suami. Eh, tak faham aku budak ni ada orang baik nak dia membimbing dia ke jannah dia tak hendak pulak", Mak Su bersuara.

"Betul ke Som?", mak ngah meminta kepastian.

"Betul kak. Minggu lepas lagi dah isteri Imam haji Ali jumpa saya. Tanyakan si Mila. Alah kira berkias-kias. Tapi, Mila ni pulak tak nak", terang Mak Su.

"Kenapa tak nak Mila? Kacak lah Al Fatih tu. Beragama lagi", kata kak Maz. Al-Fatih seusia dengan Kak Maz. Mereka sekolah rendah bersama seterusnya Al-Fatih terpilih ke sekolah menengah agama. Selepas SPM al-Fatih ke Mesir menyambung pengajiannya.

"Kalau kak Maz nak kak Maz lah ambil. Dia bukan taste saya kak", tutur Mila sombong.

"Kalau dia nak akan kak Maz ok lah tapi kalau tak nak tak akan akak kau nak hegeh-hegeh", mak ngah menjawab.

"Entah aku tak faham dengan Mila ni kak Ngah. Azmi tu tak nak akan engkau Mila oi. Kau nak aku berbesan dengan mak long kau? Jadi ipar dia pun aku tak terlayan kerenah sombong dia inikan pulak jadi besan dia", kata mak su. Lain sungguh bunyinya. Mungkin ada perkara baru yang mengecilkan hati mak su dengan perangai mak long itu.

"Lain benar bunyi engkau Som?", mak ngah bertanya.

"Huh, kau bukan tak tahu dengan perangai kak long, kak ngah. Hari tu aku cuba lah kendengkan si Mila ni kalau nak jadi menantu. Tak payah nak tilik sekilas ikan di air aku dah tahu Mila ni memang nak Azmi jadi laki dia. Aku pantun lah sikit. Kau tahu apa jawab dia? Mila ni tak layak jadi menantu dia. Mila ni ada rupa je. Pelajaran tak tinggi mana setakat kerani cabuk. Berapi hati aku ni kak ngah", terang mak su panjang lebar. Mira hanya mendiamkan diri.

Mila tunduk. Baru dia kenal perangai Mak long yang bermulut manis dengannya selama ini. Mak long hanya melayannya dengan baik kerana dia yang terhegeh-hegeh rupanya Mak long tidak pernah menyukainya sama sekali. Sakit hati dan malu bersarang dalam hatinya.

"Kau ni Som. Kenapa kau cakap dengan kak long begitu? Aku dah cakap kak Long tak akan hendak dengan Mila jadi menantunya, aku kenal benar kak Long macam mana orangnya", kata pak su.

"Mak ngah pak su. Mira call Mukhriz dulu nanti baru Mira bagi tahu bila tarikh yang dikehendaki. Mak ngah kak Maz baik kita beransur dulu. Lepas ni kita nak mengemas rumah pusaka lagi", Mira mengajak mereka untuk bergerak. Hakikatnya dia tidak selesa berbincang tentang Azmi dan Mila. Sungguh dia kurang selesa. Terasa seperti Azmi dibuat bagai bola. Ditendang kiri dan kanan. Kasihan Azmi. Kalau jasadnya boleh di potong dua pasti dia akan berikan separuh pada Azmi dan Mukhriz. Ahhh, tentu menyeramkan rupanya. Tidak mungkin mereka mahu.

"Apa yang kau senyumkan Mira?", tanya Mila.

"Seronok? Mak Long tak suka aku macam kau?", Mila tiba-tiba emosi.

"Aku fikirkan Mukhriz lah. Kau ingat aku peduli ke Mila? Antara kau mak long dan Azmi terpulanglah. Atleast mak long berlakon sukakan kau daripada macam aku langsung dia tak suka. Kau pernah kena ludah bila datang rumah dia? Kau pernah kena sapu masa makan di rumah dia?", kesemua wajah di situ pegun memerhati dan mendengar Mira. Mereka terkesima.

"Belajarlah bersyukur dan terima dengan ikhlas Mila baru orang suka kita. Orang tak suka tak apa lah. Reda Mila. Kalau kau nak bahagia", tambah Mira lagi.

"Kau tak ada hak nak ajar Mila, Mira. Kau jangan nak tambah duka anak aku", mak su pula membidas Mira.

"Maksu kalau mak su rasa boleh layan kegilaan anak mak su dengan Azmi silakan jangan cakap apa yang sebenarnya dengan dia. Biar terus dia berkhayal dapat hidup dengan putera dia. Kenapa Maksu cakap tadi?", Mira menyerang balas. Hatinya sakit melihat sikap prejudis dua beranak itu kepadanya.

"Sebab mak su sendiri pun tak tahan nak layan kegilaan diakan?", Mira menyoal.

"Kau diam Mira. Kerana kau semua ni berlaku. Buat apa kau balik? Azmi dah mula layan aku. Kerana kau balik dia tak pandang aku Mira. Sejak kecil semua yang aku nak kau yang dapat. Kasih sayang perhatian semua milik kau Mira. Mak Long je yang tak suka kau. Orang lain semua suka kau. Tiap mata yang pandang kau akan jatuh sayang pada kau. Kau sentiasa sempurna Mira", Mila meluah apa yang telah tersimpan selama ini di hatinya.

"Kau terlalu banyak mengejar Mila. Berhentilah berehatlah. Aku minta maaf kalau kepulangan aku jadi penghalang kau. Tapi aku sikitpun tak ada niat nak gugat hidup kau Mila. Aku minta maaf. Nasihat aku cuma kau muhasabah diri. Jawapan yang kita cari selalunya hadir melalui keikhlasan kita", kata Mira.

Mira, mak ngah dan kak Maz berlalu pulang. 'Antara aku dan Mila perlu ada pengakhiran yang baik', desis hatinya.

-----------------------------------------

hakikatnya Mira Edora masih keliru antara Azmi dan Mukhriz. Adakah masih ada harapan buat Azmi?

Mira EdoraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang